Sepotong Kek Red Velvet Beli di McD Tapi Rupanya Kek Secret Recipe

Nak makan kek dan nak minum kopi? Kenalah order cake + McCafé Drink, perfect combo! di McD. Biasanya perfect match atau perfect combo ni saya order delivery by foodpanda bila nak bagi surprise birthday pada sesiapa. Secawan kopi dan sepotong kek dah boleh membuatkan sesorang happy, kan? 

Tapi kenalah penerima tu suka kopi dan kek kegemaran. Tapi saya belum pernah lagi order untuk diri sendiri. Makanya, saya minta lah encik suami belikan sepotong kek dan secawan kopi di McD. Beli perfect combo ni.

Encik suami beli Red Velvet Cake + McCafé Drink Iced Latte. Sebenarnya saya tak kisah pun kek apa sebab semua pilihan kek McD macam sedap-sedap je. Terbaharu pandan gula melaka cake dan apple crumble cheesecake

Dua-dua tu belum cuba lagi. Baru nak berjinak jinak dengan set kek dan kopi ni. Murah sikit bila beli ala carte

red velvet cake mcdonalds

Rupanya kek red velvet, si baldu merah ni cakes by Secret recipe. Rasanya semua kek juga dari Secret Recipe

Lahhh...Patutlah rasa macam sedap semacam je. Red Velvet Secret Recipe dah tentulah sedap. Favourite kot! Selain kek Secret Recipe, kek red velvet Baker's cottage dan red velvet Family Mart pun sedap jugak.

red velvet cake mcdonalds

Agak agak kalau teringin kek red velvet, kita order kat McD je lah memandangkan Secret Recipe jauh sikit dari rumah. 

46 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Tergoda la pula, kek baldu, beli, tak beli, beli tak beli, macam nak beli je, weekend kan:)

    ReplyDelete
  2. sesuai dengan harga dik oi... compomla sedap dari SR kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, sedap! kalau suka kopi dan kek boleh set, berbaloi lagi kot rasanya :)

      Delete
  3. baru semlm officemate beli cheese cake McD..dia pun tak tahu, tengok kt kotak baru perasan..bagus kolaborasi local & international company..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, saya pun baru tahu. Yep, bagus collab macam ni. Sama sama untung!

      Delete
  4. Mrs. A masa 1st time order pun terkejut juga, Eh! kek SR ke?
    Kekdahnya yang benar gitttewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..sama kita terkejut. Tak sangka pulak kan. Yang benar benar aja deh. Bagus lah jugak, ada pilihan untuk penggemar kek dan kopi.

      Delete
  5. Oh sedapnya secangkir kopi vs sepotong kek..Kek beledu pulak..lemak manis krim cheese sedapnya.
    Semalam beli juga kek tiramisu @ SR ni...gabung terus kopi tu dalam kek..Sebenarnya nak beli macadamia cake tu tapi dah habis...kempunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik dari McD ni. Set combo yang sedap untuk penggemar kek dan kopi. Haa senang gitu beli tiramisu ada kopi terus dalam kek. Macadamia tu manjang cepat habis. Suka gak flavour tu. Sedap kacang macadamia dan kek yang manis tak manis tu.

      Delete
  6. Mula mula tahu kek mcd ni daripada SR terkejut jugakkk, tapi okeyy je sebab kalau beli dekat SR pun lebih kurang jugak harganya yang dijual dekat mcd. Yang penting, sodappppp hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tulah tu terkejut jugak. Yep, harga lebih kurang tu yang macam okay je kalau beli kat McD atau SR kan.

      Delete
  7. Hehe bagus suami Fiza tolong beli kan.
    Tidak pernah beli kombo begini.

    P.S: Wah tukar baju blog ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...alang alang keluar beli makanan. Nanti boleh cuba beli combo ni kak.

      A ah kak, tukar baju baru sebab masalah blog lambat loading tu. Huhu

      Delete
  8. Ya...kek dan kopi,gabungan yg awesome...boleh membuatkan tersenyum sepanjang hari..

    ReplyDelete
  9. Betul. McCafe punya kek mmg from SR 😄 Air sedap, kek sedap. Layan 🌸

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tahu..lambat sikit tahu. Dua dua pun sedap. Memang layan lah

      Delete
  10. mcCafe cmfurmmm sedappp
    ramai yg suka
    akak penah skalije kor rasa sikit

    ReplyDelete
  11. sedapnya....semalam pergi beli ayam panggang baker's cottage dah terpandang2 dah kek red velvet ni. Tengok post akak rasa macam nak pergi beli jer kejap lagi. Hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kenapa tak terbeli sekali tu. Kesian dia. hihi..takpelah, next time kalau datang boleh beli kek Red Velvet pulak.

      Delete
  12. Owh, kek sr punya yer..xpernh lgi beli dari mccafe mcd!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, sebenar benarnya. Pasni bolehlah cuba beli. Lepas habis pantang ye :)

      Delete
  13. Whoaaa . ye ehh.. Baru kutahuu.. Kak. lupa nak bgtau.. iklan timbul tetengah masa bukak entri akak.. maybe effect baju baru.. huhu.. tapi ok aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, samalah saya baru tahu pun sebab baca kat kotak tu. Iklan tengah tengah tu memang ada nona. Kadang bawah kadang tengah. Alhamdulillah kalau ok. Terima kasih Nona.

      Delete
  14. Patut la sedap...baru tau kek dari SR.....

    ReplyDelete
  15. semalam beli sepotong red velvet di bakers cottage... masih tersimpan dalam peti ais... rasa tak jadi pulak nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu mood selera sampai, baru sedap menikmatinya :)

      Delete
  16. laa yeke.. aritu mama beli cheeesecake tak perasan pula.. ntah2 sr juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua dari SR. Saya tahu pun baca kat kotak tu lah. kalau tidak, tak tahu jugak.

      Delete
  17. Auto terliur tengok kek red velvet yang seksi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus terliur kalau seorang penggemar kek red velvet :)

      Delete
  18. Saya suka order cheesecake dan ice latte. aaaa tetiba terus teringin lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya cheesecake! Lama tak order kat SR. Nak juga order cheesecake tapi disebabkan keinginan RV tu lebih, jadi order RV lah. Hihi

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال