Ada yang kulit dia kemerahan dan agak masak tapi kulitnya macam ada penyakit. Agaknya kenapa ye? Buahnya tak berbungkus pun. Kalau dibungkus mungkin hasilnya bila masak lagi elok kan.
Ada satu yang macam ni dah merekah, tengok isi dalamnya elok je. Cuma kulitnya yang kurang cantik. Rasa buah delima pulak tak manis sangat. Tapi sedap je dimakan. Dapat jugaklah merasa hasil tanam sendiri.
Bukan saya tanam tapi mak yang tanam. Suka rasa buah delima, masam masam manis kelat gitu. Yang leceh nak membuang biji tu lah. Buah delima, jenis buah yang sedap tapi cara makan buah delima agak leceh.
Leceh tapi banyak khasiat buah delima untuk perempuan dan ibu mengandung.
baca juga :
Dalam dok belek belek pokok, ada juga putik bunga buah delima. Cantik pulak tengok. Jangan sesiakan peluang yang ada, kita gambarkan dia dalam sekeping gambar.
Untungnya ada pokok buah delima, sangat berkhasiat makanan sunnah ni. Betul ambil gambar bunganya sebab boleh jamu mata di sini :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..pokok ni baru je lagi ditanam beberapa tahun ni, dah ada hasilnya. Syukur juga dapat merasa hasilnya ada yang masak sikit. Ambil gambar untuk simpanan :)
DeleteKulit delima jadi begitu mungkin terkena jangkitan dari serangga yang hinggap. Memang agak terganggu sedikita apabila makan buah delima sebab ada biji. Kulit delima boleh dikeringkan dan dibuat 'teh'. Sewaktu pergi Turki Kak Amie beli beberapa bungkus 'teh delima'. Dengar kata, banyak khasiat teh delima.
ReplyDeleteOhh macam tu. Sebab tu kena dibungkus kan Kak Amie. Baru tahu kulit buah delima boleh dibuat teh. Terima kasih kak Amie share info ni. Nanti boleh cari infonya :)
DeleteSaya suka buah delima.Memang ralit makan bijinya yang seksi tu.Berangan kalau dapat ke Mekah nak minum jus delima puas2...
ReplyDeleteKalau sebiji tu saya mampu makan suku je lah. Kelat tu kadang melekat kat tekak. hihi..Sedap kalau minum jus buah delima. masam masam manis. Tak pernah ada pengalaman lagi minum jus delima dari Mekah. Pasti lebih sedap.
DeleteAkk suka buah delima! Biarlah leceh sikit nak makannya tapi sedap bagi akk.
ReplyDeleteCantiknya bunga dia.
Isinya memang sedap. Kalau dah suka, ape ada hal kan kak. Hihi..Kalau sempat tengok bunga dia kembang nanti nak jugak ambil gambarnya sekali lagi.
Deleteseronoknya dpt makan hasil tanaman sendiri...
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat merasa hasil tanaman mak abah kat kampung :)
DeleteElok tumbuhnya ye..
ReplyDeleteBuah delima ni kalau makan sebiji jenuh. Senang minum jus je. Tapi susah nak cari pure juice yang betul betul..
Alhamdulillah tumbuh elok, cuma buahnya kurang elok sikit. Tapi still boleh makan. Itulah kan, pasti ada campuran lain.
Deletesedapnya delima.. dulu ms sofia umur setahun sllu beli delima.. kalo dia batuk ubtnya jus delima perah sndiri.. hihi
ReplyDeleteBuah delima memang sedap. Bagus sangat khasiat buah delima ni kan Ezy untuk kesihatan.
DeleteBanyak khasiatnya..
ReplyDeleteAmmi bedal je makan bijiknya. Tak kuasa nak keluarkan satu2
Yep, banyak khasiatnya. Nak buang satu satu leceh pulak kan. Ape ade kunyah kunyah telan terus. Hihi
DeleteCantik gambar bunga delima tu
ReplyDeleteTerima kasih wak :)
DeleteBestnya ada pokok delima. Buah delima memang banyak khasiatnya kan...
ReplyDeleteBukan main cantik lagi putik bunga delima :)
Alhamdulillah..merasa juga buah delima dari pokok kat rumah tanaman mak abah. Kann..memang cantik putik bunga delima ni. Warna dia tu sangat menyerlah.
DeleteDuluuu saat saya duduk Kat Aceh, papa ada tanam delima, dan tumbuh lebat. Tapi rasanya memang lah tak manis sangat. Terus saat ke Istanbul, di sana ada banyak kan delima besar2 dan meraaah sangat. Pas dimakan, jauuh lebih manis. Ntahlaah , apa karena season di negara mereka lebih sejuk Kot :D.
ReplyDeleteMungkin juga tu. Jarang jugak jumpa buah delima tanam sendiri rasa dia manis. Yang dibeli di pasaraya besar dan mahal tapi tak manis sangat jugak. Belum pernah rasa buah delima dari sana.
Deletebesar2 jugak saiz buahnya, saya pernah tengok buah delima tanam sendiri ni kecik je buahnya
ReplyDeleteBoleh tahan jugak tapi tak sebesar yang dijual di pasaraya. Kira bolehlah untuk dimakan. Betul, biasa nampak kecik kecik je kan.
DeleteHehe akak gigit sahaja bijinya. Kadang telan.
ReplyDeleteSusah jumpa yang manis tapi kalau dapat memang sungguh-sungguh habiskan.
Haah bertompok-tompok hitam buah delima tersebut.
Agak susah nak dapat yang betul betul manis. Kalau beli pun dapat yang manis tapi ada masam masam jugak.
Deletebertompok tompok tu disebabkan serangga yang hinggap.
best bila hasil tanaman berbuah .
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki dapat merasa hasilnya.
Deletekurang suka buah delima sebab bijik dia tu lah..tapi orang cakap, telan aje...adeiii, tak tertelan nak makan dia..hahahah
ReplyDeletetu lah tu, tapi kadang ralit jugak makan sampai habis. hihi..bijinya memang tak tertelan lah. tetap buang jugak.
DeleteWow tanam sendiri. Dah lama saya tak makan buah delima. Last makan pun sbb makcik cafe bagi hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah...berhasil jugak Nadia. Buah delima ni ramai kurang suka makan kot sebab leceh. Tapi masih muda nak beli kat pasaraya kan.
Delete