Anda sudah membuat bilangan maksimum ulasan untuk hari ini, sila cuba lagi esok

Baru nak ambil feel blogwalking semalam. Tiba tiba tengah syok nak tinggalkan komen keluar pulak ayat ni

 " Anda sudah membuat bilangan maksimum ulasan untuk hari ini, sila cuba lagi esok.

Warna merah tu yang tak tahan tu. Marah kita ke wak? Baru tinggalkan beberapa komen je pun. Sejak bila pulak tak boleh tinggalkan komen banyak-banyak? Sejak bila pulak ada had maksimum tinggalkan komen? 

Nampak tak permainan dia macamana. Lepas satu, satu lagi masalah muncul. Sajalah tu tak nak bagi komen banyak banyak. 

Benda ni baru je malam tadi. Ada yang pernah jadi macam ni tak? Benda ni jadi lepas banyak kali keluar gambar gambar kena pilih tu. 

Anda sudah membuat bilangan maksimum ulasan untuk hari ini, sila cuba lagi esok.

Tapi selepas beberapa minit, saya tekan publish semula. Eh boleh pulak. Komen muncul. Lepas refresh, komen hilang. Dia buat perangai dahhhh...Beberapa kali saya tinggalkan komen ada, lepas tu hilang lagi. 

Kena check lah di bahagian comment spam. Kalau ada duplicate komen tu bolehlah delete ye. Terima kasih. Kalau lama tak singgah komen tu faham-fahamlah ye.

Nota untuk Kak NA : Adakah merah ni yang akak maksudkan?

47 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Serious laaaa....biar betul...x leh k nak komen banyak- banyak lepas ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah betul betul limit ke tak atau sementara je ni sebab bila refresh boleh pulak komen semula.

      Delete
  2. Haish...macam-macam permainan depa yer Fiza..Nak bantu tak reti.Hanya mampu jadi pendengar setia sajalah.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, tak boleh tengok kita senang sikit agaknya kot. Takpa mama cella, faham saja :)

      Delete
  3. Macam pernah dia keluarkan logo B besar orange = blogger tu, mesejnya tak perasan, cepat refresh je matlamatnya/semangat nak komen kann heee bagus Fiza share ni, Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yang tu macam broken je. Pernah jadi jugak tiba tiba. Tu lah tu, kadang ignore dan refresh dan teruskan komen je sebab memang nak tinggalkan komen :)
      sama² :)

      Delete
  4. Saya komen banyak banyak dia keluar robot tu
    Huishh mencabar lah jugakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang robot tu selalu jugak keluar. Mencabar betul nak tinggalkan komen sekarang ni

      Delete
  5. masih jyga budaya blogwalking ini...nampaknya saya sudah ketingglan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, masih aktif sekarang. Takpe, faham tu. Adakalanya kita sibuk dengan kerja yang lain.

      Delete
  6. Komen akak selalu masuk dalam spam box saya. Pelik jugak Blogger ni.

    Entah lah kak. Diorang punya level intern memang tak boleh bawak bincang. 😑

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Mesti banyak komen terselit dalam spam box tu. Itulah tu, pelik benar sekarang ni. Agaknya buat eksprimen tak jadi jadi. Try and error.

      Delete
  7. ini masalah baru dar blogger ke akak? Macam ada masalah teruk dari pihak blogger ja huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti, tapi baru terjadi kat saya. Macam macam kan masalah blogspot sekarang ni. Sabar je lah

      Delete
  8. Lah.. ada limit ka? baru saya tahu.. ka cuma glitch sj... bug..bug

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti sebab baru jadi macam ni. Harapnya bug sementara je lah.

      Delete
  9. sekarang selalu betul komen blogger masuk kat spam.

    ReplyDelete
  10. Bukan yang itu. Di bahagian atas untuk taip URL Fiza contoh https://www.azhafizah.com/2021/10/anda-sudah-membuat-bilangan-maksimum yang warna merah.
    Ini ok pula dah kembali warna putih.
    Aduh pening. Kasihan Fiza. Itulah waktu semangat komen, macam-macam keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat browser ye? Ohh..ada lah kot problemnya.
      Pening 2-3 hari ni hadap blog entah apa apa jadinyaa. sabar je lah kan.

      Delete
  11. aikkk ok ok nnt nak try laaa... apa motif x leh komen byk2 eh??? moskel

    ReplyDelete
  12. eh sejak bila mcm tu pula.

    syu xsmpt blogwalking tinggalkan komen, jd xperasan benda ni.

    ReplyDelete
  13. alahai , kebelakangan ni , macam-macam betul diorang lakukan perubahan

    ReplyDelete
  14. Sayaaa pernah kena sekali macam ni, memang potong mood sungguh, tapi bila try balik lepas beberapa jam, okeyy pulakkkk. Tak tahu lah apa masalah blogger sekarang ni huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan saya sorang je. Memang potong mood betul bila jadi macam ni. Betul tu, lepas refresh tu okay balik. Entahlah, tak tahu punca kenapa.

      Delete
  15. mama kalau yg keluar gambar2 tu pun dah terasa annoying, tapi tak penah lagi kena yg maks comment ni.. tak patu laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahnya kan. Tak faham betul. Lepas tu boleh je pulak komen. saja nak buat cuak kita je.

      Delete
  16. Ah sudah... akak baru nak panas enjin pergi jalan-jalan blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..dah elok panas enjin dah..boleh naik hangin satu badan. huhu

      Delete
  17. sebab tu shida suka selang2 hari komen,,nk elak benda ni lah ^_^

    ReplyDelete
  18. hahahah... belum pernah lagi kene yang ni. kalau yang robot ngan teka2 gambar tu pernah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ni macam acah acah kita je kot. Harapnya tak berlaku lagi. Saya pun dah sampai tahap tahap teka gambar tu kalau banyak sangat komen.

      Delete
  19. Perghh, penat penat komen, tapi masuk spam..sedih plak..hahah...Tak pernah sampai dapat kaler merah tu....biasanya sampai robot jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Macam cakap sorang sorang pulak kan. Sekali tu je dapat kaler merah. Lepas tu tak ada dah.

      Delete
  20. jrg dpt yg mcm ni selalu robot x diundang tu je yg muncul hehehe

    ReplyDelete
  21. Betul.. Ada sekali tu rasa nyampah je nak comment. Sbb nak kene verity bukan robot lah, pilih gambar. Tup tup takleh nak publish comment. Ishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang masa menyampah tu memang tinggalkan terus kadang. Ada mood baru jengah semula. Hangin je kan.

      Delete
  22. Lately ni, bahagian spam saya pun kerap ada. Saya pun pelik dengan suasana sekarang. Nampaknya mmg kena blogwalking secara tenang tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kena check jugak bahagian spam tu. pelik kan boleh termasuk kat situ. heran betul. Iye, kena blogwalking tenang tenang je.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال