Rojak Mi Hj Shariff Cendol Sesekali Makan Baru Sedap!

Sebelum gerak balik rumah, macam biasa encik suami akan call tanya nak beli apa-apa ke. Saya pun jawablah tak ada apa-apa kot sebab saya sendiri pun tak tahu nak makan apa sebenarnya. Complicated sungguh la perempuan ni kan.

Tiba-tiba, mood rajin sampai. Teringat ada setin sardin dan secengkak pucuk paku. Terus masak nasi dulu. Kemudian baru tumis sambal sardin dan nak makan nanti baru tumiskan sayur pucuk paku. Makan fresh rangup-rangup baru sedap.

Balik-balik tengok encik suami menjinjit 2 bungkus makanan dalam polistren dalam plastik merah. Ahhh sudah, beli nasi bungkus ke? Tadi sebelum masak nasi tak inform pulak saya nak masak nasi dan lauk.

Tahu tahu dia pergi beli rojak mi dan Cendol Hj Shariff tu. Patutlah macam lambat je sampai rumah. Katanya beratur lama. 

Rojak Mi Hj Shariff Cendol

Kalau beli rojak, mesti akan beli 2 jenis rojak. Satu rojak kuih goreng dan satu rojak mi. Rojak mi untuk sayalah sebab encik suami tak makan rojak mi. Pelik katanya. 

Saya pulak suka rojak mi kuah kacang. Sesekali makan rojak mi Hj Shariff ni sedap jugaklah. Kalau selalu macam jemu. Pulak tu kuah kacang dia berubah ubah rasa. Kejap sedap, kejap kurang sedap. Begitulah...

Kesedapan rojak terletak pada kuahnya, kan? Sebab tu kuah kacang tu kena sedap.

Portion rojak mi Hj Shariff memang besar. Makan kongsi berdua pun kenyang. Ada telur sebiji. Pendek kata, tak kedekut!. Kuah dia pun lebih dari cukup. Dalam gambar saya letak sikit je. Nanti letak kuah banjir, tak nampak pulak apa yang ada dalam pinggan.

Rojak sebungkus RM4.50. Rasa macam dah banyak kali juga cerita tentang Rojak Mi Hj Shariff dalam blog ni. Yang pasti setiap rojak mi yang dibeli kisahnya berbeza.

28 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. kalau kat sini dipanggil rojak tambi tu fiza.. haha.. entah kenapa jd namanya rojak tambi... kalau kakmim, cucur sayurnya sedap, sedaplah... kuahnya kena ada manis² ada ayam goreng jugak.. nk pedas suk aletak kicap pedas.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..agaknya rojak mamak kot. Kat sini macam tak pernah ada ayam goreng pulak. Tak pernah jumpa lagi lah. Agak rare jugak tu makan dengan sambal kicap :)

      Delete
  2. Akk tak berapa gemar rojak, sekali-sekala tu bolehlah layan :)

    ReplyDelete
  3. dekat je ngan opis, tapi jarangs sgt singgah beli sbb susah nak parking la area tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, nak parking tu memang jarang sekali nak kosong. Kena naik motor senang nak menyelit parking.

      Delete
  4. feberet somi akak
    sejak pkp. x dpt layan rojak cendol
    nak. lg panas2 ni kan. sedapppnya layannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene beli bungkus je lah musim pkp ni. Memang layan rojak dan cendol bila cuaca panas.

      Delete
  5. setuju! kesedapan bergantung pd kuah kacang. even makanan lain yg berkuah. mcm sate contohnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..kalau kuah kacang sedap, sedap jugaklah rojak tu.

      Delete
  6. Alaaa....nak beli la weekend nanti...teringin plak rojak...selalu makan rojak Berahim kat Kuala Pilah...ni ntah bila nak pergi kan...sibuk kerja je...weekend dah berehat jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kak jangan tak beli. kalau ke pilah perdana boleh try rojak mama depan speedmart tu. Sedap gak.

      Delete
  7. Hehe lain-lain citarasa. Akak pula lagi suks rojak buah. Rojak ini makan sedikit sahajalah. Asal dapat rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera masing-masing kak. Rojak buah tu saya panggil rojak petis :)

      Delete
  8. betul fiza kesedapan rojak pada kuahnya..tepat!

    ReplyDelete
  9. saya suke jugak rojak mamak macam ni, saya belasah jer ade mee ke tak. tapi susah nak dapat yang menepati selera saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. senang flexible mana mana jenis rojak boleh makan. Susah kot nak jumpa yang kena dengan selera. Tapi once dah jumpa. Akan beli kat situ je lah kan.

      Delete
  10. suka rojak tp rojak mi tk brp sgt tp bole la mkn..nk plak ada cendol ..mmg kombinasi yg ngam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah boleh makan dua dua. Ada cendol memang lagi ngam lah kan 😊

      Delete
  11. Lama dah tak makan cendol pulut kat situ. Yg leceh asyik kene beratur panjang.

    Skrg option cendol pulut kat area rumah mama kat Sikamat tu je.

    BTW.. fiza kat area mana sebenarnya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi beli cendol pulut situ. Beli cendol biasa je pun dah sedap. Iye, memang kena beratur beli kat situ. Sabar je lah kan beratur.

      Belah mana tu kat Sikamat? Kot dekat bolehlah beli situ pulak. Tak payah susah pergi bandar.

      Area Sikamat jugak :)

      Delete
  12. Dulu time tak pandemik adalah makan rojak dekat UM tu. Rojak memang sedap. RM 4.50 murahnya!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rojak kalau kuah dan isi sedap memang best lah. Ye, murah lagi RM4.50 portion besar.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال