Drama Sihir

Sihir, astro ria drama list 2021 terbaharu lakonan Kamal Adli, Hun Haqeem dan ramai lagi. Drama sihir astro ria episode 1 bersiaran mulai 1 November 2021 jam 11:00 Malam di Astro Ria. 

drama sihir astro ria full episode

DRAMA SIHIR

Jumlah episod : 20/ 32
Mula tayangan : 1 November 2021
Waktu siaran : jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria
Idea asal : Syawal Azrai& Sri Kandi Emma
Penulis Skrip : Nadia Khan, Michelle Yoon, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Mamu Vies
Pengarah : Michael Ang, Hun Haqeem, Kamal Adli & Azmir Affendi
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Kamal Adli sebagai Nuh
  • Hun Haqeem sebagai Hud
  • Zarul Husin sebagai Ustaz Ayub
  • Farah Ahmad
  • Fiza Thomas
  • Zarynn Minn
  • Katalina
  • Afiq Rahem
  • Faha Azhar

SINOPSIS SIHIR

Mengisahkan tentang 2 beradik, Hud dan Nuh yang mempunyai keistimewaan "sixth sense".

Episod 1 : Hud & Nuh kini perlu meninggalkan rumah anak yatim yang didiaminya setelah cukup umur namun terpaksa membatalkan hasrat mereka setelah mendapat alamat mengenai Mak Cik Halimah yang merana terkena busung.

Episod 2 : Nuh mendapat alamat mengenai seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun di sebuah jambatan. Hal ini membawa mereka kepada gangguan di sebuah majlis perkahwinan yang terkena sihir pemisah.

Episod 3 : Bayangan yang mucul dalam pandangan Hud menjelaskan keadaan Nuh yang sedang sakit. Kerana iri hati, Nuh di uji dengan sihir "Gong Tau" yang hampir meragut nyawanya.

Episod 4 : Salina membawa Nuh & Hud bekerja di sebuah kelab malam tempatnya bekerja. Nuh & Hud mula mendapat petunjuk tentang penyanyi suara merdu yang mereka dengari selama ini menggunakan minyak buluh perindu.

Episod 5 : Cik Hilyah meminta bantuan Nuh & Hud setelah kes histeria yang berlaku di asrama mereka sukar dibendung. Kembalinya mereka kini merungkai kisah jin yang bersarang dalam rahim warden asrama itu.

Episod 6 : Berbekalkan informasi terbaru, Nuh & Hud kembali merantau untuk mencari asal usul mereka dan dipertemukan dengan keluarga En Azmir. Azimat taring rimau yang digunakan En Azmir akhirnya memakan diri.

Episod 7 : Nuh & Hud bekerja sambilan di sebuah kedai makan untuk kelangsungan hidup. Namun kehadiran mereka telah membuka rahsia pemilik kedai itu yang menggunakan pocong pelaris bagi menarik pelanggan.

Episod 8 : Fikri menjemput Nuh & Hud untuk hadir ke majlis perkahwinannya. Namun di majlis itu Hud mendapat bayangan wajah sebenar mak andam yang hodoh dan menakutkan.

Episod 9 : Nuh mendapat petunjuk melalui mimpinya mengenai kes perogol bersiri yang semakin berleluasa. Dari petunjuk itu mereka cuba merungkai dan menjejaki penjahat ini yang mengamalkan ilmu pukau.

Episod 10 : Ben adalah kenalan Nuh & Hud yang telah terkena sihir Bitas sebagai balasan atas kejahtan yang sering dia lakukan terhadap gadis-gadis yang ditemuinya. Sihir ini sangat popular kalangan masyarakat Sabah.

Episod 11 : Nuh & Hud diberi kepercayaan untuk menguruskan food truck baru majikan mereka. Namun persaingan yang mereka hadapi semakin teruk apabila ada yang menggunakan sihir tanah kubur.

Episod 12 : Ustaz Ayub terpaksa meminta bantuan Nuh & Hud untuk membantu anak rakanya yang terkena sawan tangis. Tanpa Daim sedari gangguan itu datang dari pedang antik lama yang disimpan olehnya.


10 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.