Drama Semanis Senyumanmu TV3

Semanis Senyumanmu, drama terkini slot Akasia di TV3 lakonan Aiman Hakim Ridza dan Daiyan. Drama Semanis Senyumanmu full episode online pernah disiarkan di Disney+ Hotstar. Tak dapat tonton kat Disney+ Hotstar kita layan ulang siar di slot Akasia di TV3 pulak.

Semanis senyumanmu episode 1 mula bersiaran pada 7 Oktober 2021 menggantikan drama perisik cinta tak diundang.

Drama Semanis Senyumanmu TV3

Drama : Semanis Senyumanmu
Mula tayangan : 7 Oktober 2021
Waktu tayangan : Isnin- Jumaat, jam 7:30 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis skrip : Nur Hussein
Pengarah : Faizul Jais
Produksi : Parallax Pictures

SINOPSIS SEMANIS SENYUMANMU

Mengisahkan tentang Chef Azim (Aiman Hakim Ridza) yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal dan  hasil masakannya selalu mendapat pujian. 

Chef Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan. 

Chef Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan tersebut dan menganggap pelanggan tersebut hanya perasan bagus.

Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.

Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.

Pada satu hari, Chef Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Chef Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini. 

Kali ini Chef Azim pula mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.

Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Chef Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Chef Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya.

Adakah Chef Azim akan bersetuju dengan tawaran itu dan berbaik dengan Azra?

PELAKON SEMANIS SENYUMANMU

Aiman Hakim sebagai Chef Azim
Daiyan Trisha sebagai Azra
Shyrim Husni sebagai Naufal
Shekeen Waida sebagai Azreen
Adib Azlan sebagai Izzat
Abbas Mahmod sebagai Joe
Mia Deen sebagai Nisa
Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal
Thaqif Zohiri sebagai Chef Ali
Adib Fikri sebagai Chef Fik
Aqilah Abas sebagai Iman
Sofea sebagai Sofea
Afif Mikhail
Lokman Hakim

LAGU TEMA (OST) SEMANIS SENYUMANMU

Lagu pembukaan
Lagu : Kalau Kau Rindu
Artis : Luqman Podolski

Lagu Pneutup
Lagu : Thinking about us
Artis : Daiyan Trisha


20 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. ini citer lama ulang blk ke mmg citer baru eh? eh eh dia dah tukar layout laa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulang siar dari channel Disney+ Hotstar KakRet. A ah tukar layout sebaab problem loading lama katanya.

      Delete
  2. Ulang tayang tapi tak tertengok lagi. Jalan cerita sweet ja. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak langgan channel disney+ hotstar. Ada kat TV3 ni bolehlah tengok :)

      Delete
  3. Boleh tengok ni. Hero heroin boleh layan :)

    ReplyDelete
  4. Menarik juga jalan cerita. Cerita pasal kulinari.

    ReplyDelete
  5. uiiii kritik pun x boleh? payah chef mcm ni hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chef jenis sentap. Hahaha..habislah kalau hari hari orang kritik masakan dia boleh resign terus.

      Delete
  6. Kita tengok jelingg jeling je selalu, tak tahu kenapa tak boleh fokus dekat mata lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..maknanya kurang menarik lah cerita ni untuk Nadia :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال