Cadbury Chocolate Dairy Milk Pandan Coconut

Roti Gardenia Toast’em pandan kelapa sudah, aiskrim onde onde sudah. Kini giliran mencuba cadbury chocolate coconut pandan pulak. Tengah fenomena pandan kelapa agaknya kot. Apa lagi yang berkaitan dengan pandan kelapa yang tengah viral sekarang ni?

Baru-baru ni banyak kali pulak lalu lalang iklan cadbury chocolate coconut pandan di youtube. Suruh kita beli lah tu. Baiklah, saya pun terjebak membeli. Pengaruh iklan sangat betul. Bukan saya beli tapi encik suami belikan.

Seingat saya, harga dia RM7.++. Dapat dapat je terus lah shoot kejap. Takut nanti tak sempat digambarkan dah habis dulu.

Cadbury Chocolate Pandan Coconut

Pek cadbury chocolate pandan coconut ni sangat menarik warnanya. Gabungan warna original pek cadbury purple dan warna hijau neon mewakili daun pandan. 

Ikutkan gambar dari pek cadbury chocolate pandan coconut ni, dalam coklat ada kelapa parut panggang dan berperisa pandan.

Cadbury Chocolate Pandan Coconut

Bila digigit adalah kelapa parut tu. Rasa pandan bergabung dengan coklat yang sedap. Ada rasa lemak lemak kelapa tu. Ikut taste saya, rasa macam tak terlalu manis sangat. Boleh makan lah sesekali teringin makan coklat.

Rasa yang unik dengan selera local. Tersangatlah Malaysia. Limited edition dari Cadbury. Nak rasa, kena membeli cepat cepat sebelum habis musim.


32 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. akak da cuba ni, housemate beli..tapi tak berapa kena dengan tekak...😅

    ReplyDelete
  2. Wow.. sekarang semua dah buat mengikut citarasa tempatan..

    ReplyDelete
  3. Menariknya!
    Peminat kelapa dan aroma pandan mesti sukakannya.

    ReplyDelete
  4. macam2 sekarang ni. dah lama tak beli coklat, sebab tu tak pandang2 dah shelves coklat kat pasaraya. tak tau pon ada perasa baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Macam macam perisa keluaran baru. Kalau tak ada iklan, saya pun tak perasan. Plus, ramai jugak blogger yang dok up. Pengaruh rakan blogger, beli jugak cuba rasa.

      Delete
  5. Yang roti fiza review sebelum ni pun xdapat lg..kedai runcit berdekatan xde la plak..7e x usha lg..99 speedmart xde aeon pn xde..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlajak laris betulkan. mungkin ada mall yang tak ambil atau cepat habis. kalau jumpa cepat cepat kene beli.

      Delete
  6. Eh,kimia lagi la kita...
    Saya pun baru makan coklat ni maghrib tadi..Adah kata ada orang sponser kat tempat kerja.
    Cadbury coklat plain pun sedap dah cuma manis sangat la...Kelapa tu rasa macam kerisik...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh eh..betul betul chemistry ni. Hihi. coklat ni sesekali makan akan rasa manis betul.

      Delete
  7. Dah ada pandan pulak ye sekarangn ni, nampak macam menarik tapi bila kak fiza cakap bila gigit rasa kelapa parut tu rasa macam pelik sekejap hahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Atiqah. Kalau biasa macam coklat bounty tak rasa pelik ada kelapa parut tu. tapi chocolate bounty sedap lagi lah

      Delete
  8. uishhh merebak kat coklat fenomena pandan kelapa ni ye.. haha..
    roti dh rs.. aiskrim xsempat lg.. coklat ni lg la xsempat..
    kena cr jgk ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..tu lah merebak pulak dia. Mana sempat je lah kita cuba rasa Ezy. Tak terkejar nak cuba semua. hihi

      Delete
  9. dah rasa. memang sedap. dah beberapa kali repeat makan.

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap. Tapi tak pernah cuba lagi. Tak masuk mall memang tak de jual la kat kedai biasa ni jenis flavour macam ni.

    ReplyDelete
  11. Sedap ke..nak cuba la..ada ternampak hari tu tapi x tercapai tangan plak nak beli...kena beli la nampaknya nanti...nak rasa jer kan..kena ke x dengan tekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak kak. Saja nak cuba rasa and get into the scene.

      Delete
  12. Nampak beberapa kali dah tapi tak terasa nak mencubanya.. Hahaha.. Ok la kalau tak manis, boleh try.. huhu

    ReplyDelete
  13. Roti kelapa pandan dah rasa memang kena dgn selera CCL, dah tak susah sapu jem pada roti . Cadbury pandan ni belum cuha lgi . Ada ternampak kt pasaraya haritu . Tapi belum capai lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti pandan kelapa tu memang sedap kan. Betul, tak payah sapu kaya bagai. Pasni cuba coklat pandan kelapa pulak.

      Delete
  14. erkkkk almaakkkk dia buat perisa pandan plak daaaa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..memang bukan favourite KakRet ni. Kena beralih ke page seterusnya lagi :)

      Delete
  15. dah rasa. ada lg dlm peti ais tu. mkn sikit2😆mg sedap. kalau ada kacang tu lg berlemak kot rasa coklat ni😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun makan sikit sikit je. Kann..letak hazelnut ke almond ke lagi kebabom rasa dia.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال