Responsive Ad Slot

Slider

Dendam Manisa

dendam manisa dendam manisa full movie sinopsis dendam manisa dendam manisa tv3 pelakon dendam manisa telefilem dendam manisa telemovie dendam manisa
Dendam Manisa, sebuah telefilem cerekarama TV3 2016 lakonan Elizad Sharifuddin, Fattah Amin, Puteri Balqis dan ramai lagi. Dendam Manisa full movie ulang siar pada petang hari Sabtu yang lepas 2 Oktober 2021. 

Telefilem Dendam Manisa TV3 pertama kali ditayangkan di Slot Cerekarama pada 27 Februari 2016.  Agak emosi juga tonton cerita ni. 

Dendam Manisa Cerekarama TV3

TELEFILEM DENDAM MANISA

Waktu tayangan : Sabtu, 27 Februari 2016, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Ulang Siar : Sabtu, 2 Oktober 2021
Penulis Skrip : Jumal Yunus
Pengarah : Jamal Khan
Terbitan : Asia Era Film Production Sdn Bhd

SINOPSIS DENDAM MANISA

Keakraban Rosman dan Manisa membuatkan mereka bernikah tanpa pengetahuan sesiapa. Apabila Manisa mengandung, Rosman mula tidak senang duduk dan mula berubah perangai. 

Apakah yang terjadi?

Manisa baru keluar dari mahkamah, masih terdengar ditelinga manisa kata kata ketua hakim yang telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepadanya. 

Walaupun airmata Manisa terus bercucuran tetapi manisa tetap tersenyum kerana dendamnya sudah terbalas. Semasa menaiki kereta polis menuju kepenjara manisa terkenangkan peristiwa lalunya.

Manisa seorang gadis melayu yang sering menjadi idaman setiap lelaki apabila memandang dan mengenalinya. Sikap Manisa yang lemah lembut dan hormat pada semua orang, membuatkan setiap lelaki ingin mengambilnya sebagai suri rumah tangga mereka. 


Spoiler Alert!
Manisa (Siti Elizad Sharifuddin) seorang gadis kampung yang hidup susah selepas ibu bapanya meninggal dunia sejak umur 8 tahun lagi. Manisa tinggal bersama neneknya yang sakit. Jadi terpaksalah Manisa bekerja mencari rezeki.

Manisa bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Tuan Omar. Manisa beruntung kerana keluarga Tuan Omar melayan Manisa dengan baik. Sehinggakan Puan Maria, isteri Tuan Omar rasa kurang senang dengan keakraban itu.

Satu hari, anak Tuan Omar iaitu Rosman (Fattah Amin) pulang dari Oversea. Mereka mula rapat dan jatuh cinta. Rosman ingin menjadikan Manisa sebagai isterinya. Tapi yang peliknya nikah secara senyap di sempadan bukan di Malaysia.

Mungkin kerana takut dihidu oleh ahli keluarga Rosman yang mungkin menghalang perkahwinan mereka. Sebelum berkahwin, Rosman nampak sangat baik. Rupanya ada muslihat Rosman kahwin senyap senyap tanpa pengetahuan keluarganya.

Rosman hanya mahu memuaskan nafsunya secara halal dengan Manisa. Tembelang Rosman pecah bila Manisa mengandung.

Disebabkan mereka berkahwin secara rahsia. Bila nenek Manisa dapat tahu Manisa dah nikah dan mengandung tapi Rosman tak nak bertanggungjawab, nenek Marisa meninggal dunia.

Manisa terpaksa menjalani hidup sendirian sampailah melahirkan anak. Rosman pulak tak mengaku anak yang dilahirkan oleh Manisa anaknya. Pengasuh anaknya pulak terpaksa berpindah. Mujurlah Manisa masih ada kawan baik dan berhijrah ke luar negara.

Pada satu hari, ada pekerja rumah kebajikan datang untuk menawarkan pertolongan dan tempat tinggal untuk anak Manisa. Pengurus Kebajikan seperti memaksa Manisa untuk melepaskan anak tinggal di rumah kebajikan tersebut.

Manisa percaya bulat bulat bahawa anaknya akan hidup lebih selesa dan kebajikan terjaga bila tinggal di rumah kebajikan tersebut. Manisa bersetuju dan tandatangan borang yang disediakan tanpa mengetahui lebih lanjut kandungan borang tersebut.

Manisa rasa lega dan bekerja dengan senang hati. Bila dia rindu mengenangkan anaknya, dia nak pergi menziarahi anaknya di rumah kebajikan. Alangkah hancur luluh hati Manisa bila anak yang dirindui tiada. Katanya anaknya telah diserahkan kepada keluarga angkat tanpa diberitahu.

Mungkinkah ada tertulis dalam borang tersebut anak boleh dijadikan anak angkat tanpa persetujuan atau beritahu pada keluarga asal? Agak kejam jika rumah kebajikan macam ni wujud. Tidak sepatutnya ada klausa mengatakan ibu tidak ada hak ke atas anak sendiri. Tambah lagi keluarga sebenar tiada hak untuk tahu keluarga angkat. Agak agaklah kan.

Nak dijadikan cerita, akhirnya Manisa bekerja di Syarikat Rosman. Manisa juga pergi ke rumah Rosman kerana Mama Rosman, Puan Maria sakit kena strok. Puan Maria dan kakak Rosman minta maaf pada Manisa selepas apa yang telah terjadi.

Disebabkan dendam Manisa, dia telah meletakkan racun dalam makanan mereka berdua. Puan Maria dan kakak Rosman meninggal dunia. 

Hujung hujung cerita, ada seorang budak bersama Rosman. Bukan Rosman berkahwin lain tapi macam menunjukkan budak itu Rosman dan Manisa.

PELAKON DAN WATAK

  • Fattah Amin sebagai Rosman
  • Siti Elizad Sharifuddin sebagai Manisa
  • Balqis
  • Norlia Ghani
  • Dato’ Jalaluddin Hassan
  • Nisha Dirr
  • Delimawati
  • Dian P.Ramlee
  • Jasmin Hamid

LAGU TEMA (OST) DENDAM MANISA

Lagu : Kekal Bahagia
Penyanyi : Ippo Hafiz

Lagu : Hujan Sepi
Penyanyi : Ippo Hafiz 

18
( Hide )
  1. Jalan cerita menarik, teralit baca.. kena baca terma sebelum tandatangan kan.. lana tak nampak Puteri Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita mainkan emosi penonton. Ada pengajaran jugalah dan ada juga yang tak logiknya. Contohnya rumah kebajikan sepatutnya lebih amanah. Yep, agak lama dia tak berlakon sejak sakit dan viral kisahnya dulu.

      Delete
  2. Replies
    1. Kesian dia dipermainkan Rosman dan kehilangan orang yang disayangi.

      Delete
  3. rasa macma pernah tengok cerita ini, dulu-dulu suka tengok siti elizad belakon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah tu pernah tengok sebab lama dah telefilem ni kak. Baru baru ni je ulang siar.

      Delete
  4. Mengapalah Manisa tidak racun Rosman tapi racun emak dan kakak Rosman.

    ReplyDelete
  5. haaaa...yg ni mcm best. baca sinopsis fiza pun rasa best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita melibatkan kasih sayang ni agak emo sikit. Best boleh layan.

      Delete
  6. Jahatnyaaaaaaaa, jahatnyaaaaaaaa..ishh..Kejammm..kesian Manisa, tak tentu arah dah...sedih gila lahhhh

    ReplyDelete
  7. Tak pernah rasanya tengok cerita ini. Ingatkan kahwin sebba cinta tapi sebab nafsu semata - mata. sedih betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Manisa dipermainkan. Dahlah hidup sebatang kara.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu