Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem

Mencari Siratul Mustaqeem, telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul yang disiarkan pada hari Selasa, 19 Oktober 2021 jam 2:00 petang di TV3. Dibintangi Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Fadilah Mansor dan ramai lagi.

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem

TELEFILEM MENCARI SIRATUL MUSTAQEEM

Waktu siaran : Selasa, 19 Oktober 2021, jam 2:00 petang
Siaran TV : TV3
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Zamriez Golden Pictures

SINOPSIS MENCARI SIRATUL MUSTAQEEM

Mengisahkan tentang Hadijah yang ingin hidup bahagia bersama anak cucunya. Tiada apa lagi yang dipinta tetapi kebahagiaan keluarga. Dia juga mahu tumpukan perhatian pada Ibadah dan mencari Siratul Mustaqeem. 

Namun, ujian melanda Hadijah apabila anak-anak ditugaskan berjauhan dan hanya pulang sekali sekala. Lebih teruk lagi apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan PKP dilaksanakan.

Anak-anaknya yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) tidak dapat balik dan dia dicengkam kesepian. Ditambah dengan hasutan jirannya Senah yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama.

Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih sayang. 

Kesabaran Hadijah berhasil kerana doa dan restu Hadijah dengan pengorbanan anak-ananya sebagai frontliner sangat berbaloi dan mereka dapat bertemu akhirnya.

PELAKON MENCARI SIRATUL MUSTAQEEM

  • Fauziah Nawi
  • Fasha Sandha
  • Elisya Sandha
  • Aidil Aziz
  • Syafie Naswip
  • Fadilah Mansor

10 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.