Aiskrim Onde Onde Nestlé Sedap Ke?

Agak mencabar kesabaran ye nak dapatkan aiskrim onde onde Nestlé ni. Cari tak jumpa cari tak jumpa. Akhirnya mendapat juga. Ada rezeki mencuba onde-onde ice cream Nestlé yang dikatakan sedap itu. Selagi tak dapat, dok tertanya tanya. Sedap ke aiskrim onde onde nestle tu?

Sedap ke tidak, diri sendiri lah kena cuba rasa. Selera orang lain-lain. Mungkin sedap pada orang lain tapi tidak pada kita, kan?

Setiap kali Encik Suami beli barang, saya pesan kalau ada aiskrim onde onde Nestlé jangan lupa beli. Agak kecewa jugalah bila beberapa kali pergi tak ada.  

Baru-baru ni je lah ada rezeki jumpa aiskrim onde onde ni. Beli 2 terus.

Aiskrim Onde Onde Nestlé

Gigit punya gigit, dekat separuh barulah muncul isi dalam aiskrim ni. Tapi rasa aiskrim tanpa isi dalam tu pun dah sedap sebenarnya. Dia manis manis lemak santan dan rasa pandan. 

onde-onde ice cream nestlé

Aiskrim onde onde ni luaran dia berperisa pandan dan kelapa dengan inti gula melaka dan kelapa parut. Inti dia macam kuih ketayap atau kuih bantal peluk tu. Kurang jelas pulak dalam gambar. Almaklumlah sekarang musim mendung. Mendung juga hasilnya. 

Aiskrim Onde Onde Nestlé

Rasa Aiskrim Onde Onde Nestlé ni memang sedap. Manis yang biasa biasa. Cuma isi dalam tu manis luar biasa sikit. Termanis sikit kot. Ke manis sangat. Tahap rasa kemanisan lidah masing masing berbeza kan. Kalau dah biasa makan atau minum manis takde hal kot.

Tapi jenis kurang manis, mungkin akan rasa manis sikit lah. Kalau rasa manis sangat, makan luaran je. Sesekali kita into the scene lah cuba benda baru. Dah rasa sekali tu sudahlah. Melainkan kalau teringin nak makan lagi.

Selain jenama Nestlé, aiskrim onde onde 7e dan aiskrim potong onde onde pun ada. Tapi dua tu tak pernah cuba lagilah. Ada yang dah cuba?

48 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Ada nampak kat kedai tapi tak terbeli. Terfikir onde-onde mesti manis eskrem ni.. Boleh kut nanti cuba beli sebatang je dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Onde onde sinonim dengan manis. Boleh cuba dulu. Inti dia manis dan aiskrim luaran tu tak berapa manis. Lemak lemak sedap

      Delete
  2. pernah cuba dan akak tak berapa suka... entah lah mungkin gula melaka tu manis sangat kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kena dengan selera akak kot. Memang manis inti dalam tu

      Delete
  3. ada ternampak aritu tp x terpk nak cuba hehehe..
    tp dah terbyg rasa manis eskrem ni hheheh

    ReplyDelete
  4. Nampakkk sedapp! Nak beli haritu tapi takut rasa pelik hahaha. Takpe next time boleh try, mana tahu kena dengan selera ke hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli satu untuk rasa. Pada saya tak pelik sangat pun rasa dia

      Delete
  5. Lama tidak jenguk tempat icebox aiskrim.
    Boleh bayang rasa apabila Fiza terangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiskrim ni kalau teringin makan je baru pergi jengah kan. Takpe, next time boleh membelek kot ada aiskrim baru boleh cuba

      Delete
  6. Belum cuba semuanya.tapi hari tu encik suami ada cakap, dia ada nampak airkrim macam kuih katanya..onde-onde..hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. belum rasa nak cuba. Next time teringin boleh cuba kak

      Delete
  7. roti xsempat lagi dah kluaq aiskrim pulak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Macam macam keluaran baru keluar kan. Tak sempat nak mengejar

      Delete
  8. Tengok gambar ni, teringin jugak nak try

    ReplyDelete
  9. Sama lahhh! Cari tak pernah jumpa huh >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih terlajak laris kat sana kot. Harap ada rezeki ain dapat rasa juga

      Delete
  10. semua tak pernah cuba Fizah. Sebab ramai cakap manis, saya pulak tak suka makan manis

    ReplyDelete
  11. Tak teringin lagi.. walaupun dh tengok banyak kali... Haha.. sebab su terbayang rsenye mcm kuoh onde onde yg manisss.... gula Melakaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. iye. Inti gula melaka tu manis. Kalau berdiet jangan beli tau

      Delete
  12. Belum pernah cuba tapi nampak sedap. Lama tak makan onde onde..

    ReplyDelete
  13. so far dah rasa 2 kali. mmg �������� tp syg x tebal mcm solero��

    ReplyDelete
  14. blum rasa lagi, huhu..nk cari lah ahad ni..

    ReplyDelete
  15. Belummm....Baru cuba onde2 buah melaka bulan puasa tu ja🤭

    ReplyDelete
  16. Allah, ice cream tu meamng nampak sedap. Saya kurang gemar ice cream ni sebab gigi sensetif bila benda sejuk. Dia jadi macam tak best nak makan. But if nampak ice cream ni berminat nak try warna hijau dia nampak sedap sangat-sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gigi sensitif jadi auto tak suka dengan benda sejuk ni. Seksa ngilu tu. sesekali teringin makan aiskrim rasa sikit okaylah

      Delete
  17. Tak cuba lagi aiskrim ni . Ibarat makan onde2 buah melaka x rasanya .

    ReplyDelete
  18. Macam sedap jew rasanya tu Fizah. Kalau jumpa di kedai nanti, nak cuba juga sebatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak amie. Sekali rasa okaylah sebab inti dia boleh tahan manis

      Delete
  19. Belum cuba lagi. Beberapa kali terserempak tapi tak beli sebab takut manis sangat untuk taste akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sampai rasa teringin nak mencuba tu. faham faham 😆

      Delete
  20. ok, bole lah cube nanti.. sekarang ni kalau pegi kedai jarang2 nak jenguk dalam peti ais krim tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak pandemik ni jarang nak membelek barang makanan tepi ni kan. Nanti kalau jumpa bolehlah membeli

      Delete
  21. saya belum cuba, kak.. dan penasaran pula. Tampaknya manis sangat di bagian dalam karena gula yang meleleh, tapi nak cuba dulu lah, menghilangkan rasa penasaran. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, isi dalamnya manis naia. Saya pun cuba untuk lepas rasa teringin mencuba je

      Delete
  22. Belum cuba lagi, teringin pula onde-onde betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat onde onde mudah je kak. Boleh guna pelbagai perisa asli. Pandan, labu, keledek. Sedap jugak tu.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال