Cara Memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi COVID-19

Sijil digital vaksin COVID-19, salah satu benda terpenting zaman pandemik ni. Sijil digital vaksin mysejahtera adalah sebagai bukti individu tersebut telah lengkap divaksin. Jangan pula jadi individu yang belum divaksin tapi gunakan sijil digital vaksin MySejahtera palsu.

Cara memohon sijil digital pengecualian vaksinasi COVID-19 (sijil pengesahan khas vaksin) bagi individu yang tidak boleh divaksinasi atas masalah kesihatan tertentu bolehlah ikut cara yang KKM Malaysia kongsikan di bawah. 

Cara untuk memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi
sumber: KKM | moh.gov.my

Cara dapatkan sijil pengesahan khas vaksin

Langkah-langkah untuk memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi (Exemption Certificate) COVID-19 bagi individu yang tidak boleh divaksinasi atas masalah kesihatan tertentu.

1. Sila bawa slip Penilaian Pra-Vaksinasi (Pre-Vaccination Assessment/PVA) dan dapatkan pengesahaan daripada pakar perubatan yang berdaftar yang merawat anda.

2. Kemudian bawa slip PVA yang telah disahkan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan untuk memohon sijil digital pengecualian vaksinasi.

3. Sijil digital anda akan diproses dalam tempoh 7 hari oleh MySejahtera.

Saya baca dari twitter, ramai juga yang belum dapat sijil digital vaksin selepas lengkap vaksin. 
 

22 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Baru tahu ada sijil pengecualian daripada vaksin. Kalau faktor kesihatan seperti allergic ubat memang kena berhati - hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada jugak untuk memudahkan urusan bagi mereka yang ada masalah kesihatan.

      Delete
  2. yg ni utk mereka yg memerlukan..
    kdg risau ade yg amek kesempatan pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, susah juga kalau tak boleh vaksin tapi ada urusan yang memerlukan kad vaksin. Harapnya tak adalah yang ambil kesempatan.

      Delete
  3. harap dapat bantu mereka yang memang ada masalah tak boleh vaksin. harap takde pihak ambil kesempatan jual sijil palsu pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tujuan utamanya. Harapnya tak adalah antivaksin yang turut serta ambil kesempatan.

      Delete
  4. Beri kemudahan pada mereka yang tidak boleh divaksin.
    Belum jumpa lagi orang yang tidak boleh divaksin.

    ReplyDelete
  5. Senang ada sijil untuk dua-dua, terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, untuk memudahkan urusan mereka yang ada pengecualian vaksin.
      sama sama :)

      Delete
  6. Alhamdulillah, sudah lengkap 2 dos, dah dapat sijil pon.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. ooo ada erk sijil pengecualian vaksin...akak baru tau la...

    ReplyDelete
  8. Sis pun baru tau ada sijil gini.. tapi ini okaylah kan sebab yang berpenyakit.. janga pulak ada antivaks yang salah gunanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, baru lagi post dari KKM ni. Pengecualian untuk mereka berpenyakit tak boleh vaksin. Susah jugak kalau tak ada sijil ni untuk mereka. Itulah tu, jangan ada ambil kesempatan sudah lah.

      Delete
  9. yang mana tak boleh vaksin tu, baik uruskan segera kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nanti lambat lambat, lambat dapatnya lambat juga nak settle mana urusan yang kena sijil vaksinasi ni.

      Delete
  10. Dorang mesti tengok bukti kan, before ada yang request sijil ni....

    ReplyDelete
  11. CCL nak share link entri ni untuk kawan CCL , dia dah settle first dose terus deman panas dan jadi pasly , so untuk seocnd dose memang dokter tak galakkan untuk dia ambil , risoko katanya , mujur ada sijil pengecualian ini , sekarang kalau nak masuk mana2 mall pun kena lengkap dua dose

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Lyana. Teruk juga tu sampai kena palsy. Dah okay ke dia? Harap cepat sembuh. Aaminn...
      ye, bolehlah suruh dia apply ni untuk sijil vaksinasi.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال