Cara Goreng Sotong Celup Tepung Rangup

Pagi semalam encik suami membeli barang dapur sikit yang dah kehabisan. Saya tuliskan sotong sekali dalam senarai barang yang nak dibeli. Agak lama juga tak membeli sotong sebenarnya. Harga sotong pun boleh tahan mahal juga, kan.

Dapatlah 4 ekor sotong besar yang segar. Harga dekat nak cecah RM20 untuk 4 ekor besar tu. Lebih kurang RM19 lebih. Saya bersihkan dan potong simpan dalam bekas. Sebelum tu tanya encik suami nak makan lauk apa memandangkan ada udang dan ayam juga.

Sotong lah, katanya. Tahulah kegemaran dia, sotong je dia pandang dulu.  Sotong nak masak apa? Masak lah kicap ke, sambal ke dia menjawab. Saya pun bagi idea juga, masak sotong celup tepung lah. Okay? 

Haa sedap sedap! 

Cara Goreng Sotong Celup Tepung Rangup

Cara goreng sotong celup tepung rangup paling mudah gunakan tepung bestari je. Sasya basuh sotong dan tos sekejap bagi kurangkan air tu. Masukkan sotong dalam bekas tupperware dan masukkan tepung bestari.

Saya gunakan tepung bestari pedas. Baru sedap ada rasa pedas tu. Dah masukkan tepung, goncang je bekas tupperware sehingga tepung bestari salut sekata semua hirisan sotong. Kalau rajin boleh masukkan satu satu dan goncang.

Tapi saya malas nak salut satu satu, saya masukkan semua je dalam bekas. Cepat sikit kerjanya. Ada orang suka campur dengan telur sekali. Terpulang.

Cara Goreng Sotong Celup Tepung Rangup
 
Panaskan minyak dan masukkaan satu persatu supaya tak melekat antara satu dengan yang lain. Bila angkat letak dalam penapis dulu toskan minyak dan sotong pun kekal rangup. 

Meratah pun sedap! Rasa macam tak cukup pulak goreng 2 ekor sotong je. Tahu goreng 4 ekor terus. Selain sotong celup tepung, saya masak sayur pucuk paku tumis ikan bilis. Encik suami beli sampai 2 ikat pucuk paku. 

62 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sedapnya sotong grg celup tepung..cicah dgn soscili lg terangkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sesekali buat. Cicah dengan sos lagilah sedap kak.

      Delete
  2. Esok boleh la cari sotong ni...beli kat mana ni Family Store ke kat Zemart...akak ingat kalau badan ok esok boleh la akak pi Pasar Besar...hari ni macam x larat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beli kat Zemart ni kak. Family Store macam jarang ada sotong besar. Semoga kembali sihat kak. Aaminn...

      Delete
  3. Saya tak pandai nak masak soto g celup tepung..Udang pun sama..Kalau daya uat jadi kecut..Tak sama macam kat kedai..Apa rahsia depa ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kedai tu banyak campuran tepung rasannya. Ada lah resipi rahsianya kot. Takape, kita kat rumah guna tepung bestari ready made pun dah sedap. Gaul rata kering kering tanpa bancuh dengan air pun sedap dah.

      Delete
  4. Suka guna tepung BESTARI yang pedas tu. Sedap. Tapi yang tak tahan tu, bila terhidu jer mesti nak bersin. Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Tahu takpe! Asal terbau je mesti nak terbersin.

      Delete
  5. Sy pun baru jer buat sotong celup tepung hari tu guna tepung bestari. Caranya semua sama dgn Azhafizah cuma tepung tu masuk plastik, tak payah cuci bekas, lepas habis boleh terus buang, jimat air dan masa mencuci 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, ada baca kat blog akak. cara sama cuma bekas berbeza. hihi..

      Delete
  6. Senang cara Fiza goncang semua hirisan sotong dalam bekas. Hehe boleh cuba buat cara begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mudah je kak. Tak payah nak celup satu satu. Tapi kena pastikan semua bahagian bersalut dengan tepung lah. Tak cukup tepung bersalut, tambah lagi. Selamat mencuba.

      Delete
  7. Makan panas2 sedap ni.. Cicah sos thai hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sodap!. Kena makan panas panas baru rangup dan tak liat. Sos tu saya gantikan dengan sambal. Hihi

      Delete
  8. Harga sotong memang kuss semangat sikit. Ingat haritu kakak belikan 6 ekor (hampir sekilo) sbb kami nak buat projek takoyaki. RM36+ harganya fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mahal taknak kalah. Lagi lagi sotong saiz besar tu. Seeekor dah jatuh RM5 macam tu.

      Delete
  9. sedapnya sotong goreng tepung. kalau makan kat kedai seafood memang selalu order

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kan. Lagi lagi dapat yang fresh dan makan panas panas. Musim covid ni kita buat sendiri je lah dulu :)

      Delete
  10. Ammi pun lama tak masak sotong. Anak2 suka je kalau buat goreng twpung gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sotong celup tepung kena makan panas panas baru sedap. Dah sejuk nanti kurang laku.

      Delete
  11. Sekali pandang nampak betul betul rangup sotong goreng tepung tu . Sedap dicicahkan bersama sos thai

    ReplyDelete
  12. Bab nk goreng ni takut2 sbb banyak kali kena minyak huhu tp sedap. Kalau mkn di kedai wajib ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tutup dengan tutup kuali kalau nak elakkan percikan minyak. Sedap kan makan ratah je kalau order kat kedai.

      Delete
  13. Cara goncang rasa mudah, kecur air liur, sotongkan seadanya pun sedap tambah salut dengan tepung, menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mudah begitu. Bersalut rata semuanya dalam satu bekas. Ye, memang sedap sotong celup tepung.

      Delete
  14. Bagus tips ni. Selalu goreng sotong mcm ni tepungnya tertinggal dalam kuali haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itu biasa. Boleh cuba cara macam ni masukkan tepung kering kering dalam bekas tanpa bancuh. Goncang rata dan bilaa tepung semua dah bersalut, masukkan je satu satu dalam minyak panas.

      Delete
  15. puas ati buat sendiri..
    tp tu la.. sy xreti nk goreng sotong celup tepung.. haha..

    ni kalo mkn kat tepi pantai syok ni! kena pulak dgn air kelapa sejuk2.. fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Puas hati buat sendiri. Boleh cuba cara macam ni. Wahh dengan air kelapa makan tepi pantai memang syoklah. Terbayang bayang dah.

      Delete
  16. Ok temanya kena goncang je dalam bekas dengan tepung bestari pedas. Sedappp tu. Alahai kalau orang rumah ni tak allergic, memang dah beli dah sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Eza, senang cara macam tu. Boleh je beli sotong sekor untuk lauk sendiri :)

      Delete
  17. Sotong goreng tepung is the best. Makan gitu pun dah sedap dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, ratah macam tu lagi sedap dari makan dengan nasi. Kan Nadia :)

      Delete
  18. Lamaaa tak makan sotongg celup gini.. hoho

    ReplyDelete
  19. sedap sotong goreng tepung, cicah pula dengan sos cili thai. makan panas2...

    sotong masak sambal pon sedapjuga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong celup tepung cicah sos memang terbaik lah. Yep, sambal sotong pun sedap. Selalu gak masak sambal sotong. Sotong celup tepung je jarang buat.

      Delete
    2. saya ni jarang makan sotong, sebab pantang makan seafood. klu tidak boleh jer buat, tepung bestari pon ade di rumah

      Delete
    3. Oh ye..Alah dengan seafood kan. Takpelah, boleh cuba masak ayam. Masak ayam pun saya guna kaedah macam ni jugak.

      Delete
  20. Aiiisshh sedaaap niiiih kak. Sayapun sukaaa sotong dibalut tepung nih. Apalagi kalo masih hangat kan, masih crispy lah tepung nya. Tapi memang sotong nih enaaaak mau dimasak apapun. Saya juga suka kalo di masak cabe , masak saus salted egg atau pun di gulai kalo mama dulu. Kalo ke kedai mamak, pasti saya suka tergoda dengan sotong gulai nya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, makan hangat hangat lagi sedap. sotong pun rangup tak liat. Sotong masak apa pun sedap, sama seperti udang. Jarang sekali tak sedap melainkan tak makan sotong. hihi

      Delete
  21. memang senang guna tepung bestari saja. tapi yang tak best time nak menggoreng,risau betul kalau sotong tu meletop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Ada tepung bestari memudahkan kerja masak. Itu kena jaga-jaga tu. Kalau meletop boleh buat trauma nak makan sotong celup tepung. huhu...

      Delete
  22. Automatik jadi lapar tengok sotong celup tepung tu. Terbayang sedapnya Tepung Bestari yang pedas tu. Akak sukalah teknik goncang-goncang Fiza tu! Mudah kerja daripada dok guling sotong tu satu per satu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sotong celup tepung guna tepung bestari pedas. Mudah kak guna kaedah macam tu. cepat sikit nak menyediakannya pun.

      Delete
  23. sedapnya sotong goreng tepung ni. rsa mcm nak beli sotong dan buat jgk. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. Dapat sotong besar dan fresh lagilah sedap kejadiannya nanti Syu. Boleh senaraikan siap siap dan buat nanti ye.

      Delete
  24. Celup tepung macam ni memang buat ratah je la... Sedap... Naniey tak pernah buat sotong celup tepung ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ratah tu laju je habiskan, kan. Boleh lah cuba cara macam ni naniey :)

      Delete
  25. Sedapnyaaaaa ya allah, kalau ada kerakk tuu lagi sedapppp. Makan time panas panas cicah sos lagi terangkat kesedapan dia kan kak fiza hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak leh lawan ICT Terengganu Atiqah. Kat sana lagi banyak pilhan kan. Tak payah buat, beli je :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال