Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa Sedap Gila!

Laku keras betul roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa ni. Letak habis letak habis agaknya. Biasalah baru baru keluar memang ramai orang cari. Dah tu semua cakap sedap pulak. Lagilah buat orang tercari cari roti gardenia pandan kelapa ni.

Macam biasa kalau benda viral. Lambat sikit baru nak mendapat. Memanjang sold out tanpa sempat beli. Tengok tengok rak dah kosong. Lepas ramai dah cuba dan kurang membeli, barulah ada stok hujung hujung untuk kita yang belum sempat merasa lagi.

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Roti keluaran Gardenia baru jenis roti Gardenia Toast’em. Roti Toast’em ni adalah jenis roti bakar yang berperisa. Ada perisa butterscoth dan Choco Raisin. Terbaru, Pandan Kelapa seperti yang diwar warkan. 

Harga roti Gardenia Toast’tem Pandan Melaka, RM4.70. Mahal ke murah? Tapi biasalah, roti berperisa ni lebih mahal sikit harganya berbanding roti putih biasa.

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Inilah dia rupa bungkusan roti gardenia hijau kena dengan tema pandan kelapa. Rotinya harum dengan aroma daun pandan serta berwarna hijau muda. Dalam gambar agak kurang kelihatan warna hijau. 

Diserikan dengan tompok tompok gula melaka dengan rasa yang manis. Gabungan pandan dan gula melaka yang sedap menjadikan roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa kegemaran ramai.

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Katanya dibakar lagi sedap. Ye, memang sedap gila! Saya bakar guna pan je. Lebih cepat. Rasa macam makan roti putih bakar di sapu kaya. Makan begitu saja pun dah sedap. 

Mewah dengan rasa pandan dan seperti di sapu kaya. Rasa gula melaka yang tak terlalu manis. Sedap sedap!

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Tekstur roti gardenia yang lembut tak pernah mengecewakan. Tapi AWAS!!! roti ni tak sesuai untuk mereka yang berdiet ye. Sebabnya :
  • Tinggi lemak
  • Rendah serat
  • Tinggi GI (Glycemic index)

Baca juga : roti gardenia untuk diet


Untuk diet, boleh pilih roti Gardenia Wholemeal atau roti Gardenia ala Eropah kegemaran saya.
  • Tinggi serat
  • Rendah lemak
  • Rendah GI (Glycemic index)
Ada yang dah cuba roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa ni? Apa kata awak? Saya rasa perlu diteruskan keluaran roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa ni sebabnya sangat kena dengan citarasa Malaysia. Kan?

Agaknya sekarang ni tengah fenomena pandan kelapa ke macamana? McD keluarkan kek pandan gula melaka even dah lama pun ada perisa kek ni. Cadbury pun ada keluarkan coklat bar pandan coconut juga. 

Aiskrim nestle tak ketinggalan juga buat aiskrim onde onde. Kira geng dengan pandan gula melaka & pandan coconut juga lah. Ini barulah citarasa Malaysia.

42 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Citarasa Malaysia pandan gula Melaka. Kalau sedap boleh terus hasil kan.
    Wah boleh cuba beli dan bakar roti ini. Hehe kuat pengaruh bloggers. Terima kasih cadangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam ramai yang suka. Kalau diteruskan bagus juga. Hehe pengaruh rakan blogger memang kuat. Nanti cuba tau kak

      Delete
  2. br mlm td tgk entri dkt blog sapa entah ceta pasal roti ni.. semoga mydin adalah bawak msk gardenia baru ni lps ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah trending roti gardenia toastem pandan kelapa ni. Rasanya mana mana yang ambil roti gardenia mesti ambil roti ni sekali. Harap kakmim dapat jumpa dan rasa

      Delete
  3. hehehe ok k ret kurang gemar sket klu rasa pandan kelapa...
    tp blm try lagi la yg gardenia ,, kot bau kelapa nya x kuar sgt bole la telan kot eheh..
    nnt kita cuba

    ReplyDelete
  4. yeee serius sedap sangatt..ingatkan viral sekadar viral, tapi bila da cuba sendiri dan bakar..mak oii..sodapnyaaa..beli pagi, petang da habis..ahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sekadar viral. Ternyata sedap amat roti ni. Bakar lagi sedap crunchy dan terasa roti bakar disapu kaya gitu. Kalau lapar dan buat roti bakar memang cepat habis

      Delete
  5. sedapnya nmpk. dah lama x mkn roti gardenia.
    klau blik dari penang, mesti akan bwk balik 2-3 bngkus roti gardenia ke sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Syu. Nanti balik semenanjung boleh borong roti ni pulak

      Delete
  6. Semalam suamia bawa balik roti pandan ni..sedap! Tapi makan gitu jer..belum try bakar.

    ReplyDelete
  7. Memang citarasa Malaysia sangat. LeYa pun belum try lagi..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah rasa lagi, nanti boleh la try. Bosan dah makan yang jenis butterscotch tu je selalu.

    ReplyDelete
  9. Mesti sedap sebab pandan kelapa. Melayu sangat kan perisa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap flavour pandan kelapa ni. Cubalah nanti Ain

      Delete
  10. terliurnya tengok. ramai share tapi gi kedai tak pernah berpeluang beli. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pun macam tu jugak Sal. Kecewa bila takde. Baru baru ni lah dapat beli. Itupun satu je yang tinggal. Kalau jumpa kena cepat cepat beli

      Delete
  11. Sy fikir manis sangattt.. so x cari pulakkk.. ehh.. bila baca entri akak ni, rse nk try carik la. pulak... Huhu...

    ReplyDelete
  12. Belum cuba lagi. Rasanya semua yang beli roti ni cakap sedap roti ni.

    ReplyDelete
  13. betul fiza sgt sgt ���������� merata jg cari. n bkn semua kedai ada termsk 7E. puas hati. plg suka bla buka plastik semerbak bau pandan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy sangat bila dapat tu kan. Puas mencari gak sebelum tu. bau best rasa pun best

      Delete
  14. asyik habis jer dekt rak roti tu, tnggu lma sikit org x xcited bru boleh beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Awal awal dulu lansung tak nampak bayang

      Delete
  15. Roti macam ni memang favourite orang malaysia lah. Abah saya mesti suka roti ini. Harap one day dapat jumpa roti ini. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nad. Nanti jumpa kena beli cepat cepat sebelum habis

      Delete
  16. Macam lama tak jumpa apa-apa jenis roti Gardenia di LD. Sejak pandemik ni, memang susahlah nak makan roti tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti makanan paling laku sejak pandemik ni. Itulah kalau ada rezeki dapatlah merasa

      Delete
  17. hahaha.. tinggi segala nya terus tak jadi nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe…faham faham. Orang jaga kesihatan. Bagus bagus

      Delete
  18. Sepertinya tak ada di Indonesia, kak.. Hehehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال