Sambal Telur Mudah Dan Sedap

Hari ni awal sikit memasak. Pukul 10 lebih dah kelentung kelentang kat dapur. Bila nak masak portion sikit, haruslah kita menumbuk bahan-bahan dengan lesung batu. Barulah sedap, kan.

Hari ni brunch (breakfast + lunch) terus senang. Cuaca mendung pulak tu, cepat lapar tibeerrr. Lepas masak terus makan. Sayur ada sayur salad je, jadi tak perlu masak sayur. Pukul 11 lebih dah mula hujan turun. Katanya hujan sampai esok pagi.

Ghisauu aghisauuu kalau ada naik air kat mana-mana. Ada beberapa tempat dah mula banjir. Ada yang banjir kilat. Semoga mereka terus kuat dan sabar hadapi dugaan yang menimpa.

Sambal Telur Mudah Dan Sedap

Hujan Itu Rahmat Allah. Bila hujan turun, marilah kita gunalah peluang dan nikmat kurniaan Allah untuk berdoa. Sesungguhnya kita manusia dan sebagai hambaNya tidak dapat melawan kuasa Allah dan tidak dapat mengelak hujan dari berlaku. Wallahu a’lam...

“Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.”

 Aaaminn...

Harini buntu tak tahu nak masak apa sebenarnya sebab kekurangan stok. Sementara nak beli stok makanan harini, masak je lah apa yang ada dulu.  Sambal telur pun okay je. Mudah dan sedap!

baca juga : resipi sambal telur rebus goreng mudah


18 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sedap apa. Hehe...
    Lama jugak akak tak buat sambal telur ni. Rasa teringin la pulak bila tengok.

    Tempat akak Dua tiga hari lepas hujan pagi sampai petang, banyak pakaian tak kering. Harini pulun sidai pakaian. Mudah-mudahan takde hujan petang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lauk favourite jugak ni kalau tak ada idea masak sambal telur je lah. Masak nanti kak :)
      Harini petang agak panas sikit. Betul tu kak, lambat baju nak kering.

      Delete
  2. ni lauk cari gaduh namanya.. haha.. febret setiap masa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari gaduh nak tambah nasi ke tak ekkk..Hihi..lauk sedap kan

      Delete
  3. Sini hari ini hujan sekejap.
    Sambal telur sebiji pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini pun hujan kejap lepas tu panas kejap. Lepas tu sambung hujan balik.
      A ah, sambal telur sebiji pun sedap dah

      Delete
  4. Aameen. Menyelerakan sangat sambal telur, nampak pun sedap. Hujan dari pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..menepati selera :)
      Sini hujan dari pagi lepas tu petang panas kejap.

      Delete
  5. Sesekali pekena sambal telur memang layan

    ReplyDelete
  6. sedap tu...tapi anak anak lagi suka kari telur

    ReplyDelete
  7. sedap nampak sambal telur tu, fevret saya gak sambal telur, kalau wat sambal pecah telur lg sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka jenis rebus dan goreng lagi berbanding sambal telur pecah :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال