Susu Kacang Soya Berperisa Biskut 'N' Krim

Pesan kat encik suami beli air susu kotak goodday perisa susu kurma. Nak kotak kecil ada 6 tu. Balik balik dia bawa air kotak goodday perisa kurma saiz besar tu. Saiz kecil tak ada katanya. Susu goodday ni selalu betul cepat habis.

Ada yang besar pun jadilah kan. Untuk tidak menghampakan si isteri, dia pun belilah jugak air minuman kotak saiz kecil, Soyfresh Hersheys cookies n cream. Minuman susu soya berperisa biskut 'n' krim.

Saya suka minum soya sebab rasanya yang kurang manis. Bila bergabung dengan biskut dan krim, rasa dia taklah manis seperti yang disangkakan. Manis yang ringan. Sedap diminum sejuk sejuk. Kalau tak sejuk, macam kurang sedap sikit.

Soyfresh Hershey's Cookies And Cream Review

Rasa dia sedap tapi tak terlalu sedap. Kiranya so so je lah. Tapi yang Soyfresh Hersheys Chocolate dan Soyfresh Hersheys Mocha memang sedap. Pernah cuba dulu tapi tak digambarkan dan tak review masa tu.
 
Dalam banyak banyak jenama air susu, saya paling suka susu goodday dan farm fresh. Semua jenis perisa dua brand ni sedap pada saya. Brand lain macam kurang sikit rasa sedap tu. 

Susu nilofa ke susu kisu ke saya tak pernah cuba lagi. Tak tahulah kenapa tak terjebak nak membeli. 

30 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Susu pisang dutch lady Aini pernah rasa and sedap drpd Good Day.. walaupun Good Day pun is part of my fav. too cuma pisang dia kureng skit sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera kita berbeza. Pilih mana yang sedap ikut selera masing masing :)

      Delete
  2. sllu beli gak susu ni.. kat kedai eco.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai Eco mesti banyak stok kan. Tapi harga dia berapa tu Ezy untuk 6 pek?

      Delete
  3. tak pernah lg shida minum brand hersheys

    ReplyDelete
  4. Wahhh tak pernah beli lagi
    Tapi biskut hershey ni pernah lah rabia makan

    ReplyDelete
  5. Selalu juga beli susu soya kotak
    Tapi yang biasa2 aje, tambah cincau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soya kotak pun sedap wak. Minum sejuk sejuk sedap. Tambah cincau sedap juga :)

      Delete
  6. Saya suka minum Soyfresh yg coklat Hershey tu 😍 Lamanya dah tak minum. Teringin pulak. Haritu baru je try Farm Fresh Banana Milk. Sedap teruk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang coklat tu memang sedap. Banana milk tu belum cuba sebab tak jumpa lagi.

      Delete
  7. Ni feveret MY ni...tapi sejak dah ada penyakit yang tinggi dan manis ni...suami belikan susu segar tanpa perisa je...

    ReplyDelete
  8. Saya entahlah tak suka langsung rasa susu kak :D. Mungkin itulah sebab badan saya tak setinggi adik2 saya. Susu yang masih bisa saya trima susu coklat zaman kecil dukun kalo susu putih, muntah langsung. Baru cium aroma aja, udah tak bisa diterima perut.

    Tapi susu soya saya suka. Walopun lebih suka yg dibuat homemade, daripada yang dijual di supermarket. Tapi setelah merasakan susu almond dan susu cashew, tak bisa pindah ke lain hati lagiii hahahahha. Lebih sedap susu almond dan cashew nih :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan suami saya, tak boleh minum susu fresh. Susu berperisa je dan soya boleh minum. Wahh macam sedap je susu almond dan cashew tu. Bolehlah cuba buat nanti. Tq :)

      Delete
  9. Tidak pernah cuba susu soya. Orang tidak boleh minum susu lembu ada alternative susu lembu.
    Good day ini macam perisa susu dikeluarkan.
    Akak minum perasaan yang biasa minum macam coklat atau strawberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Yang alergik susu boleh minum susu soya. Yep, goodday ada banyak susu berperisa sedap sedap.

      Delete
  10. betul, akak pun suka jenama farm fresh dan goodday juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, kita geng! Sedap kan susu goodday dan farm fresh :)

      Delete
  11. jarang minum susu... sebab x berapa nak suke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham..sebab ramai juga dikalangan keluarga tak minum susu.

      Delete
  12. Saya suka Hershey coklat..ang ni..kurang gemar..xoxo jugak..hehe... coklat puna memang sedappp..Ketagih bila dah start minum sekali tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni kurang sikit rasa dia nona. coklat tu sedap lagi.

      Delete
  13. pernah nampak tp belum tergerak hati nk cuba... sy ok je kalau soya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa boleh cuba. Soya memang sedap tapi tengok jugak gabungannya. Kalau sedap okaylah 😊

      Delete
  14. Suka tak green teen goodday ??? Saya suka susuk greentea goodday. Tapi kan nadia tak tahu apa beza rasa setiap susu by jenama lagi lagi kalau susu lowfat ke susu fullcream ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. green tea goodday sedap. Mostly semua sedap perisa susu campuran goodday. Saya suka. Kalau susu fullcream ke lowfat macam tak de beza je. saya pun tak tahu nak beza kan.

      Delete
  15. soyfresh hershey cookies cream ccl belum cuba lagi , pernah try soyfresh hershey coklat tu sedap juga , tak manis

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال