Kuih Bulan Beri Biru Bersalju

Seperti kebiasaan, on the way balik rumah encik suami akan telefon dulu. Nak beli apa-apa barang atau nak tapau makanan tak. Soalan biasa yang akan ditanyakan. Senang dia nak plan nak ikut jalan mana bergantung pada barang yang nak dibeli. 

Tak ada apa nak beli. Masak sambal telur je lah untuk makan malam nanti, saya jawab.

Know know dia balik bawa kuih bulan beri biru bersalju. Tak pulak saya pesan apa apa. Tiba-tiba pulak dia beli. Baca blog kita lah tu. Ada kalanya rajin juga dia stalk blog isteri dia ni. Stalker nombor 1!

Dia kata beli kuih bulan yang tak ada telur masin. Haaa nampak sangat dia membaca blog. Lagipun haritu pun dia makan kuih bulan pearl of prosperity jugak. Dia pun tak boleh terima telur masin tengah tengah kuih bulan tu. 

Bukan beli kuih bulan je, siap beli kek baldu merah dan juga kek tiramisu. Alhamdulillah..rezeki orang belanja. Kita tukang makan je. Tak tahu kenapa dia pilih kuih bulan beri biru bersalju. Mungkin dia pun blur tak tahu nak pilih mana satu kot. Kuih bulan kan ada macam-macam perisa.

Kuih bulan beri biru bersalju/ Fruity Blueberry Mooncake (F9)

  • A fantasy blue snow skin paired with a rich white lotus paste filling.
  • Layered with delicious touch of sweet and sour blueberry to tantalize your taste buds.

Kuih bulan beri biru bersalju/ Fruity Blueberry Mooncake (F9)

Ber ais kek bulan beri biru bersalju ni dek kerana sejuk sebab diletakkan dalam peti ais. Kononnya bersalju lah gitu agaknya kot. Bekas plastik pun dah berpeluh peluh. Saya keluarkan untuk ambil gambar, terus mencair aisnya. 

Bentuknya tak berapa nak cantik sangat. Terkemek tepinya sikit. Tak betul betul bulat. Tapi rupa paras corak kuih bulan beri biru bersalju ni tetap maintain cantik. Kuih bulan ni ada pelbagai bentuk acuan coraknya. Semuanya cantik-cantik dipandang, kan?

Corak bunga teratai selari dengan isinya daripasa white lotus.

Kuih Bulan Beri Biru Bersalju Baker's Cottage
flatlay view

Mari tengok keratas rentas sebiji kuih bulan beri biru bersalju ni. Dalam dia inti beri biru di tengah tengah, lapisan luaran dari biji teratai putih. Rasa buah blueberry masam manis. Sedap! So far boleh lagi terima perisa beri biru ni.

Warna luaran dia biru biru putih seakan akan salju ni sangat menarik.

Kuih Bulan Beri Biru Bersalju

Harga kuih bulan beri biru bersalju RM22.20/pcs. Untuk menu lain, boleh rujuk website Baker's Cottage.

54 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. cantikk..lembut je warna biru nya..baby blue..

    akk pun tak suka yg ada telur masin..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik warna baby blue ni. Hihi..samalah kita tak suka jenis ada telur masin dalamnya

      Delete
  2. Wah! Cantik di luar, cantik di dalam.
    Kak Amie biasa makan inti telur masin dan lotus. Yang ini belum pernah jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik luar dalam. Yang telur masin dan lotus tu kuih bulan pertama saya makan. Cuma telur masin tak kena dengan tekak bila bergabung dengan kuih bulan.

      Delete
  3. Cantik isi dalamnya, luaran pun menarik, suka ambil gambar cantik macam tu, hari-hari ada sambutan istimewa, expresi syukur, penuh barakah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luar dalam kuih bulan yang menarik. Suka ambil gambar cantik cantik sedap mata memandang jadi hiasan dalam blog. Alhamdulilah

      Delete
  4. Cantiknya dalam tu!
    Nampak pun sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Sedap rasa blueberry masam masam manis dan kena dengan lapisan luar tu.

      Delete
  5. Saya suka ada yolk tuuu...Tapi yang ni nampak sedap jugak..haritu ada makan jenis snow skin jugak..agak sedap bagi saya, cuma tuhla..kena cepat makan, lambat makan memang cepat je menacirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh peminat yolk. Dia cair jugak eh kalau dibiarkan lama kat luar? Ingatkan cair sejuk luaran tu je. Lapisan pun mencair jugak ye.

      Delete
  6. Dah lama kita pendam keinginan nak beli kuih bulan salju ni kat Bakers Cottage. Baca post Azhafizah ni, perasaan tu semakin menggunung tau 😍

    ReplyDelete
  7. boleh tahan harganya, tapi berbaloi dengan rasa dan harga beri biru itu sendiri. unik namanya. rupa pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga taknak kalah betul. Orang belanja, kita terima je. Kalau english mungkin nama dia jadi biasa kot. hihi..rupa memang cantik.

      Delete
  8. Tgk kuih bln ni tetiba twringin plk bak cuba hehhe lain dr yg lain

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Shida peminat warna biru, lagilah sayang nak makan. Kannnn.. hihi

      Delete
  10. Wah, warnanya cantik seperti di disney dan aku ngerasa itu bukan kue sungguhannya.
    Saat dibuka, ternyata itu benar-benar kue.

    Jadi penasaran, selembut dan semanis apa rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, ala ala frozen gitu kan. Bercampur pelbagai rasa masam masam manis intinya. Luarannya seperti kue kacang.

      Delete
  11. Cantik rupanya...mesti sedap rasanya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Yang ni sedap kalau jenis suka rasa blueberry.

      Delete
  12. Alhamdulillah....
    Sama juga saya tak boleh go kalau moon cake ada telur masin..hihihi...Tapi perisa blieberry belum pernah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak masuk kalau kuih bulan ada telur masin. Mungkin pelik sikit rasanya. Kena makan jenis intinya buah buahan.

      Delete
  13. Wah ada versi sejuk tapi harga macam mahal pula.
    Hehe betul akak ada padang jangan beli ada telur kuning di tengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak, saya pun baru tahu. Ye, harganya agak mahal juga. Orang belanja kita terima je :)

      Delete
  14. tgk gmbr je dh tergoda..
    mooncake premium mesti sedap! berbaloi dgn hrga..

    ReplyDelete
  15. rupa dia tu, nampak macam kalau kita makan, sejuk je kat tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna dan fizikal dia nampak sejuk dan kita pun fikir sejuk bila dimakan. Tapi saya suka makan kurang sejuk. Laju sikit nak makan bila kurang sejuk. hihi

      Delete
  16. Yang ini nampak menyelera daripada kuih bulan haritu. Mungkin saya patut mencuba yang ini hehe.

    Comelnya suami stalker nombor 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba yang fruity kot baru masuk dengan selera.
      Hihi..stalker yang tak bahaya :)

      Delete
  17. macam sedap jer kuih bulan ni. versi hipster ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugaklah versi fruity ni. Boleh cuba nanti Afeezz.

      Delete
    2. Cuba check kat website Baker's Cottage, tengok branch yang terdekat. Kot ada bolehlah terjah membeli.

      Delete
  18. Terbalik kita kak, kalo saya justru paliiiing suka yg isinya telur Masin hahahahhas. Dah lamaaaa dah ga makan mooncake :D. Sebenernya di Jakarta banyak juga yg jual, tapi ntahlah saya susah mencari yang halal. Kalo di Malaysia banyaaak. Makanya saya trakhir makan mooncake ini sat masih di Penang dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera kita berbeza. Hihi..ya, di sini mudah untuk jumpa yang halal. Nanti datang ke Malaysia boleh merasa berjenis jenis kuih bulan.

      Delete
  19. Amboi, apasal bukan main seksi rupa paras kuih bulan ni? Kena keluar cari ni...

    ReplyDelete
  20. Warna cantik sungguh ye.. kuih bulan rasanya semua harga mahal mahal kan... Nak buat pun susah.. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik warnanya yang versi beri biru bersalju ni naniey. Tulah tu, harga boleh tahan mahal. Nak cuba rasa nak beli pun kena berkira kira.

      Delete
  21. Kalau saya kan, segan kalau family baca blog hahaha. Haritu siap marah kakak saya lagi sebab sibuk nak baca blog saya >.<

    Luar dalam cantikkkk kuih bulannya, sesuai dengan harga dia, makan sekali sekala boleh lah kan kak fiza hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tak boleh elak kadang. Ada je yang diam diam baca,
      Memang cantik luar dalam. Sekali dua je lah ni. Lepas ni tak membeli dah kot. Mahal boleh tahan

      Delete
  22. Sedapnya kuih buln, selalu beli amik inti kacang2, klau salted egg mmg xminat jugk, huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inti kacang tak pernah cuba lagi CikTimm. Baru cuba dua jenis je. Tapi itulah yang ada salted tu memang tak leh masuk. huhu

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال