Sunquick Campuran Ros Laici Edisi Terhad

Stok sirap dah habis. Bila nak membeli buat stok tak ada pulak jenama sirap yang biasa beli. Pesan kat encik suami beli sunquick ice tea & lemon, pun tak ada jugak. Yang ada, Sunquick campuran ros laici tu je ada. Pun boleh lah, asalkan ada.

Kebetulan anak buah nak datang rumah. Kurang sesuai pulak nak hidang air kopi atau teh. Boleh je buat air teh o ais sebenarnya tapi macam air sirap lebih menyegarkan tekak kot kan.

Beli Sunquick campuran ros laici saiz 330ml tu, sekadar untuk ada stok je lah. Risau juga kalau beli botol besar tapi tak menepati selera nanti. 

Sunquick campuran ros laici ni edisi terhad katanya. Tak tahulah terhad sampai bila. Gabungan perisa ros semulajadi dan jus buah laici yang menyegarkan tekak. Sunquick campuran ros laici ni sejenis kordial. Hanya perlu campurkan dengan air masak je. Tak perlu bancuh air gula lagi.

Sunquick Ros Laici

  • Diperbuat daripada jus buah sebenar
  • Tiada perisa tiruan, tiada pewarna tiruan dan tiada pemanis tiruan
  • Mengandungi Vitamin C

sunquick rose lychee review

Nampak tak penyusutan kat botol tu, maknanya apa? Sedap lah tu. Sekali bancuh masa anak buah datang. Lepas tu saya bancuh sekali lagi tinggal sikit sudah kordial sunquick rose lychee ni. Sebotol 330ml boleh bancuh untuk 20 gelas.

Warna airnya taklah macam Apa yang saya bayangkan, warna merah jambu macam tu. Warnanya seakan akan warna peach dan macam warna air guava tu. 

Rasa sunquick rose lychee, rasa yang sedap! Menyegarkan tekak. Rasa manis manis buah laici. Macam lebih kepada rasa laici sikit dengan bauan dan rasa ros. Hujung hujung tu akan rasa masam masam sikit. Sekali minum rasa macam nak minum lagi pulak.


Kalau suka rasa air sirap campur buah laici tu, bolehlah cuba rasa sunquick rose lychee ni. Saya tak pasti sunquick perisa baru atau tidak. Mungkin dah lama sebab lama jugak tak membeli sunquick ni sebenarnya. 

Tak silap saya setahun lepas kali terakhir membeli. Biasa beli pun perisa oren sunquick yang satu tu je lah. Paling lain pun akan beli tropical. 

Rupanya ada banyak jenis perisa sunquick di pasaran. Disebabkan jarang membeli jadi tak tahu lah kan. Yang mana satu terpaling sedap?

Jenis perisa sunquick

  • orange & peach
  • exotic
  • pineapple
  • apple
  • passion fruit
  • ice tea & lemon
  • grapefruit
  • orange & apricot
  • cherry
  • grape
  • mixed orange
  • rose lychee mix
  • lime
  • strawberry
  • orange
  • tropical
  • mango
  • berry mix
  • mandarin
  • lemon
  • blackcurrent
  • guava & strawberry

25 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Macam akan menepati selera saya nih...kena cari ni..Tq Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nanti mama cella, kot kena dengan selera ke kan.

      Delete
  2. Dia punya terhad tu, rasanya dah bertahun jugak. Tiap kali mesti beli yg botol besar, tapi tiap kali antara perisa sunquick yg ada kat rumah, mesti dia yg habis dulu. Saiz botol dia pun special, ramping dari perisa yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bertahun dah ke? Alamak, ketinggalan sungguh saya ni. Nanti nak beli botol besar gaklah. Memang sedap perisa ros laici ni kan.

      Delete
  3. wow menarik nih, mesti semerbak harum bau nya....

    ReplyDelete
  4. betul ke kak.... Diperbuat daripada jus buah sebenar
    Tiada perisa tiruan, tiada pewarna tiruan dan tiada pemanis tiruan
    Mengandungi Vitamin C

    hahahaha....

    ReplyDelete
  5. Haritu beli sedap, tapi mula ingatkan rose macam sirap rose, rupa baru perasan ada rasa laici hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Tak perasan mungkin tak terbaca laici tu. Hihi...

      Delete
  6. macam menarik. biasa beli yang original atau pun tropika. next time beli groceries boleh cari

    ReplyDelete
  7. Haah selalu beli yang oren atau anggur sahaja. Apabila Fiza senaraikan perisa yang ada, tetiba rasa hendak cuba passion fruit.
    Banyak ya perisa baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu, rasa macam banyak betul perisa yang tak pernah rasa. Bolehlah cuba rasa beli saiz kecik.

      Delete
  8. Boleh cuba juga. Selalu beli tropical & mandarin

    ReplyDelete
  9. Dlu akak penah beli laici ni fiza tp x laku... hihih... terus xmo beli dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kena dengan selera kot kak. Takpe, boleh hidang untuk tetamu :)

      Delete
  10. Sedappp kalau gabung camni....Terasa nak try pulak..hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال