House of Secrets : The Burari Deaths
Dimana 10 orang daripadanya mati tergantung dengan tangan diikat kebelakang, manakala hanya seorang nenek ditemui mati terbaring di tepi katil. Hanya ada anjing milik keluarga ini yang satu-satunya saksi kejadian. Semasa kejadian anjing tersebut yang telah diikat.
Mula tayangan : 8 Oktober 2021
Jumlah episod : 3 part series
Genre : Dokumentari kisah jenayah sebenar (based on 2018 Burari mass murder-suicide)
Idea asal : Leena Yadav
Pengarah : Leena Yadav, Anubhav Chopra
Negara asal : India
Bahasa : English, Indian
Siaran : Netlix
House of Secrets The Burari Deaths cast
11 Dead Family MemberReal Name / Age -Relation
Narayani Devi Bhatia / 80 - Grand Mother
Pratibha Bhatia / 59 - Grand Mother's Daughter
Bhuvnesh Bhatia / 53 - Grand Mother's Son 1
Savita Bhatia / 50 - Bhuvnesh's Wife
Lalit Bhatia / 47 - Grand Mother's Son 2
Tina Bhatia / 43 - Lalit's Wife
Priyanka Bhatia / 33 - Pratibha's Daughter
Neetu Bhatia / 25 - Savita's Daughter 1
Menaka Bhatia / 22 - Savita's Daughter 2
Dhruv Bhatia / 15 - Savita's Son
Shivam Bhatia / 15 - Tina's Son
KRONOLOGI HOUSE OF SECRETS THE BURARI DEATHS
Pagi 1 Julai 2018, 10 orang sekeluarga (tiga generasi) termasuk seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati tergantung di jeriji besi ini. Yang terselamat cuma anjing milik keluarga ini yang diikat pada bahagian luar rumah. Kejadian disedari kerana suasana amat sunyi dalam rumah.Kesemua mangsa yang tergantung berada dalam kedudukan yang agak aneh. Bagaikan dalam satu barisan. Dekat kesemuanya. Yang menjadi misteri adalah, kesemua tangan mangsa diikat, mata ditutup dan mulut disumbat kain. Polis terus dihubungi.
Polis melihat mangsa diikat ketat kebelakang pada bahagian tangan. Ini menyebabkan kes ini dianggap kes bunuh. Mana mungkin mangsa boleh ikat sendiri tangan sebelum digantung. Mesti ada pembunuh. Yang jadi persoalan, siapa pembunuh? Tiada saksi yang melihat apa yang berlaku.
Rakaman CCTV di luar rumah menjadi petunjuk dalam siasatan polis. Yang anehnya, tiada kelibat orang luar selain daripada ahli keluarga yang keluar masuk ke dalam rumah. Jadi, siapakah dalang semua ini? Polis terus syak mesti ada orang dalam, ahli keluarga itu sendiri. Fuhhh
Disebabkan keadaan di tempat kejadian agak menyeramkan dengan melihat kedudukan mangsa mati tergantung, pasukan pakar forensik diarahkan masuk ke tempat kejadian. *gambar sebenar tempat kejadian ditunjukkan dalam dokumentari di Netflix.
Segalanya terlerai setelah polis menjumpai diari. Segala yang ditulis dalam diari menceritakan bagaimana mereka semua boleh mati dalam keadaan tergantung. Polis percaya diari itu ditulis oleh ahli keluarga yang merupakan mangsa dalam kes ini.
Pelbagai persoalan misteri dalam kes ini masih belum terjawab: - Kenapa pintu rumah dibiarkan terbuka ketika kejadian? - Kenapa kesemua mangsa tidak langsung cuba selamatkan diri? - Kenapa kesemua mangsa terlalu mudah diperdaya suspek sedangkan mereka dikatakan ‘beragama’?
Fakta mengenai kes ini yang berlaku pada Julai 2018. Pelbagai persoalan misteri menjadi teka-teki. Anjing milik keluarga ini juga dikatakan tidak menyalak ketika kejadian. Ahli keluarga terdekat yang lain berkeras mengatakan ini adalah kes pembunuhan.
Kronologi kes. Segalanya terbongkar setelah polis menemui diari yang dipercayai ditulis ahli keluarga. Diari tersebut dikaitkan dengan satu ritual keagamaan yang agak aneh. Kesemua mangsa seolah-olah perlu digantung.
Pakar Patologi forensik sahkan kesemua mangsa mati kerana digantung (asphyxia). Cara bagaimana dan kenapa mereka semua digantung menjadi amat aneh. Khidmat psychologist digunakan bagi meneliti kes ini. Rupa-rupanya ahli keluarga sendiri jadi mastermind. Dia yang terakhir mati
CBI (Central Bureau of Investigation) sahkan melalui ‘psychological autopsy’, ini bukanlah kes membunuh diri tetapi kematian ketika jalankan ritual. Tiada seorang mangsa yang sangka mereka akan mati pada hari kejadian. Melihat keadaan di dapur rumah, sarapan pagi akan tersedia.
Kedudukan mangsa yang tergantung ketika ritual, dikaitkan dengan pokok ini. Diikat dan berjuntai ke bawah. Arahan ritual yang ditulis dalam diari ‘keep water in a cup. When it will change colour, you will be saved’. Malangnya, semuanya tidak menjadi. Tiada yang terselamat.
Antara kes bunuh paling misteri pernah berlaku.
— Sir kamarul (@kamarul14) October 9, 2021
11 sekeluarga ditemui mati dalam sebuah rumah. 10 orang daripadanya mati tergantung.
Kisahnya diceritakan di Netflix dalam ‘House of Secrets: The Burari Deaths’.
Pada yang lemah semangat, dinasihatkan supaya jangan tengok. pic.twitter.com/I7W7MqcJ6H
nakk tgk he hee
ReplyDeletebaru lg kiranya ni 2018
Yep, baru lagi 3 tahun lepas.
DeleteConfirm ammi nak tengok yg ni.. Suka sangat tengok benda2 mcm ni.. Yg boleh buat kita fikir
ReplyDeleteCerita dari kisah benar memang best. Saya pun nak tengok nanti.
DeleteRitual kepercayaan tidak menjadi seakan berlaku di Penang tapi seorang kanak-kanak yang maut.
ReplyDeleteOhh ada ye kak? Tak pernah dengar pulak kisah tu.
Deletesama mcm kes yg berlaku kt amerika kalau tak silap sy. yg tu pengikut ajaran sesat. diorg buat ritual dan mangsa korbannya ahli keluarga jg... nnt nk tgk jg laa dokumentari ni
ReplyDeleteAda jugak ye kes yang sama macam ni. Tak pasal pasal nyawa jadi taruhan. Kesian yang jadi mangsa ahli keluarga sendiri.
DeleteOh upacara sesat ke? Tapi kan macam siapa yang gantung mereka.
ReplyDeleteLebih kurang macam tu. Belum baca habis lagi bebenang tu dan belum tengok lagi ceritanya.
DeleteFuh, nampak menarik untuk ditengok. Kes benar pulak tu. Tapi tak boleh nak tengok sorang sorang . Takot
ReplyDeleteKisahnya macam menarik orang untuk tengok, kan sebab kisah benar. Nak tahu apa yang terjadi. Tengok siang siang baru berani sikit.
Deletecerita dari kisah benar ya, menarik unutk ditonton , ccl bookmarks , free nanti nak tengok
ReplyDeleteYe, cerita dari kisah benar. Selamat menonton.
Delete