Kak Amie Belanja Makan Dari Kejauhan

Belanja makan bukan hanya sekadar bersua muka duduk semeja sambil berhuha huha (baca : bersembang-sembang). Mana mahunya zaman pandemik COVID-19 buat macam tu. Semeja paling tidak hanya boleh duduk berdua. Itupun kena jarak.

Disebabkan virus COVID-19 ni lah cara kita belanja makan dah berubah. Tak bersua muka hanya kenal di alam maya pun boleh belanja orang yang nun jauh disana. Kan?

Semalam saya terima duit belanja yang dikirimkan dari Sabah. Siapa lagi kalau bukan Kak Amie. Kak Amie kata dia nak belanja makan tapi kena beli sendiri lah.

Kebetulan petang semalam encik suami bersihkan air cond dan bersihkan compressor kat luar, hari Sabtu pulak computer saya buat hal windows problem. Tak pasal pasal encik suami kena format semula dan install apa yang perlu. 

Mujur kerja saya semua dah backup siap siap dalam hard disk. Tapi leceh jugak kena install semula font. Adeh! Boleh mendatangkan stress lah jugak kan. Itupun tak siap lagi ni.

Masing-masing dah penat. Jadinya saya pun belanja encik suami dengan duit belanja tu. Saya cadangkan beli McD je lah.

McD menu 

  • Spicy Chicken McDeluxe Set (Fries + Milo ice)
  • Creamy Cheese Spicy Chicken
  • Cempedak McFlurry
  • Iced Mocha
  • Kek Pandan Gula Melaka
mcdonald's malaysia menu
gambar kacau bilau. Tak tahu nak susun dah sebab nak makan cepat.

Creamy Cheese Spicy Chicken/ Burger Ayam Pedas Sos Keju

Creamy cheese spicy chicken atau burger ayam pedas sos keju ni merupakan menu baharu McDonald's Malaysia. Burger dengan kepingan ayam rangup pedas dan sos keju serta kepingan keju. Rasa pedas tu terasa. Bila bergabung dengan rasa creamy cheese tu buatkan burger ayam pedas sos keju ni lagi sedap.

Creamy cheese spicy chicken McDonald's

Cempedak McFlurry

Sebenarnya nak beli McFlurry Popping Candy tapi katanya dah tak ada dah. Sebelum tu tengok kat website ada promo Cempedak McFlurry, beli dengan 1 harga dapat 2 macam tu. Sekali kena scam. Tak ada pun promo tu. Kalau tahu macam tu suruh encik suami beli 1 je cempedak McFlurry

baca juga : cempedak mcflurry review

Bukan je kena scam promo tapi dah kenapa cempedak McFlurry rupa dah macam  Oreo McFlurry pulak?. Ada pulak topping cebisan oreo. Tenggelam terus syrup cempedak tu. Ini kalau orang cakap Oreo McFlurry pun boleh percaya.

Tak tahu lah kot tersilap letak topping Oreo tu. Nasiblah labuuuu...

cempedak mcflurry review

Iced Mocha

Haritu dah cuba Iced Latte, jadi cuba Iced Mocha pulak. Sedap! Gabungan kopi dan coklat tak pernah mengecewakan. 

Iced Mocha McCafe Drink


Kek Pandan Gula Melaka

Kononnya nak beli set combo cake + McCafé Drink, kek nak pilih kek pandan gula Melaka. Tapi kek pandan gula Melaka tak ada set combo. Kena beli ala carte. Terpaksalah beli kopi dan kek asing-asing.

Kek Pandan Gula Melaka McDonald's

Kek belum cuba lagi. Simpan dulu dalam kulkas. Sebelum makan nanti kita shoot proper sikit dan buat pos kek pandan gula Melaka sahaja. 

Apa apa pun Terima kasih untuk Kak Amie belanja dari kejauhan. Berkongsi rezeki dengan blogger yang jadi top komentator blog Amie Little's Kitchen sempena ulang tahun kelahiran anak anak bujangnya bulan September.

Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia dengan segala keberkatan.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Apa yang menariknya Blog Kak Amie? Hari hari Kak Amie masak hidangan sedap-sedap. Bukan hanya sedap, yang rare tak pernah jumpa pun ada. Dapat jugalah belajar ilmu masakan baru dan juga resipi-resipi masak gaya Kak Amie. 

Tak dapat merasa, dapat jamu mata pun jadi lah. Terima kasih sekali lagi Kak Amie. Rasa nak ucap berkali kali Terima kasih. 

48 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Eh eh.. kita rasa Suria Amanda pun beli McD dengan duit belanja Kak Amie. Kebetulan atau memang Kak Amie soh beli McD? Ke.. SA beli kfc, eh, lupa pulak, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak. Singgah jugak blog dia tadi. Kebetulan order sama. Hihi...

      Delete
  2. wahh bestnya mkn mcd.. kat tmpt sy pon popping candy abs je manjang.. nk merasa pon xdpt lg..
    ni kira menu baru ke camne cempedak + topping oreo.. haha

    alhamdulillah rezeki fiza.. dpt mkn free.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki. Popping candy tu dah habis musim katanya. Tak dapatlah nak merasa. Haha..tak tahu lah..tersilap letak oreo sekali agaknya.

      Delete
  3. Wow, sedapnya McD. Lama tak makan 😋.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap yang Creamy Cheese Spicy Chicken tu. Recommended kalau suka pedas dan cheese. Kot kot teringin bolehlah order nanti Syu.

      Delete
  4. sedapnya.. btw, MCD mmg panjang aje Q dia kat area rumah ni.
    Oh, semua gambar cantek2.. pandai amik gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, sedap menu menu McD yang dibeli ni. McD memang sentiasa ramai orang. kena membeli bukan waktu peak hour.

      Terima kasih :)

      Delete
  5. Alhamdulillah rezeki, bestnya dapat rezeki macam ni, syukur. Sedap tu complete set, Tahniah Fiza, moga diberi rezeki melimpah ruah buat pemberi dan penerima ameen, Aameen. juga doa istimewa tu, mengaliri tiada henti seperti air zam-zam. SubhanAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Aamiin Ya Rabbal Alamin

      Terima kasih atas doanya kak :)

      Delete
  6. wahhhh alhamdulillah rezeki fiza dapat makan mcd! cantik betul kek tu, teringin pulak nak cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki.
      Memang cantik kejadiannya. Cubalah nanti :)

      Delete
  7. waa bestnya makan, lengkap 3 course meal sampai ke appetizer.. tahniah fiza

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Seronok rasanya dapat lihat Fizah & husband menikmati hidangan McD. Terima kasih kembali Fizah sebab sudi menjadi rakan maya dan selalu singgah blog Kak Amie. Rasa teringin pula kalau boleh nak jumpa di alam nyata.... hehhehehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak banyak kak Amie belanja kami dan sudi juga singgah sini. InshaAllah ada rezeki boleh kita jumpa. Mana tahu tiba tiba ada ditempat yang sama masa tu kan.
      Sama sama kasih Kak Amie :)

      Delete
  9. alhamdulillah, dapat berkongsi rezeki
    tahniah

    ReplyDelete
  10. Alhamdullah...
    Bila Allah dah janji rezeki itu milikmu...
    Tapi bukan ke kak Amie pesan suruh makan sama2 makCella🤭🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Hehehe..Moga moga ada rezeki MakCella jugak nanti :)

      Delete
  11. Alhamdulillah berkongsi rezeki
    Orang memberi kita merasa.

    ReplyDelete
  12. Ahhh sedaaap menu McD nya. Tak pernah tampak pula ada cempedak flurry di McD Indonesia 😄. Langsung saya beli kalo ada kat sini kak :). Itulaaah tak sukanya, kadang menu2 franchise nih tak sama tiap negara. Bahkan burger McD di Malaysia saya rasa lebih sedap daripada burger McD di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sama menunya kan. Berbeza setiap negara. Oh ya? nanti datang ke Malaysia bolehlah makan burger McD puas puas :)

      Delete
  13. Alhamdulillah rezeki suami juga dapat makan. Hasil menolong bersihkan penyaman udara dan format komputer.
    Ada pula tawaran tipu eh. Siapalah rajin buat untuk Tingkat kan McFlurry Cempedak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki bersama. Upah banyak buat kerja. Mungkin tawaran dah tak valid kot. Tergelak jugak tengok ada topping oreo tu. Sebelum ni beli tak ada pulak oreo. Hihi..macam macam kan.

      Delete
  14. syok tu rezeki kak amie blanje mc d...wah cempedak mcflurry...lama xsinggah mcd ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Orang belanja. Rezeki jangan ditolak :)
      Pasni kot teringin boleh order McD pulak.

      Delete
  15. tahniah kak jadi top commentator blog kak amie. seronok dapat makan free kan., hehehe

    ReplyDelete
  16. Ehhhh, kenapa dengan cempedak mc flurry tu?? kelihatan aneh..Aduh, pening dah tuuu..hihi..
    Tahniahhhh ye..dapat rezeki..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah Nona..Tiba tiba pulak ada topping oreo. Saja agaknya buat kelainan tiba tiba.
      Alhamdulillah rezeki :)

      Delete
  17. waaaaa ini tidak adil??? kenapa x ajak sayaaaaaa???? ;-)

    ReplyDelete
  18. Maaf lah ye ammi spam comment box awak.. Penangan x sempat nak BW.

    Tahniah.. Sbb awak mmg rajin sangat tinggalkan jejak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak spam pun. Saya pun biasa komen secara pukal jugak bila lama tak blogwalking.

      Alhamdulillah...Terima kasih Ammi :)

      Delete
  19. Sedapnyaaaa, dah lama pula tak makan McD gini. Kek tu nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki lebih boleh reward diri sendiri beli hidangan macam ni Nadia. Kek tu memang sedap!

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال