Lagi Lagi Buah Delima

Lagi-lagi cerita buah delima. Inilah modal cerita kalau dah tak tahu nak cerita apa lagi. Walaupun benda yang sama tapi cerita dia berbeza. Sebenarnya haritu masa beli barang dapur dengan mak, mak suruh beli buah delima 2 biji untuk abah. 

Harga buah delima di Malaysia ni boleh tahan juga. RM5 sebiji. Murah ke mahal? Tapi memang tu lah standard harga buah delima kan. Merah merah buah delima, cantik isinya.

Kebetulan pokok buah delima tanam sendiri tu ada buahnya tapi kurang elok sikit. Saya pun beria makan sebab dah lama tak makan buah delima. Terberia pulak kan. Berulang ulanglah saya  makan sebiji  yang saya petik tu.

Dari membazir, baiklah saya makan. Mak tak petik buah tu sebab tinggi sikit.  Dah sakit sakit kaki tu memang taklah nak petik. Habis sebiji saya makan.

Buah yang dibeli tu saya bukak bagi abah makan. Habis jugaklah sebiji abah makan kalau dia rasa teringin makan. Eloklah dia ada selera nak makan buah  pun. Ada manfaat buah delima merah ni. Abah pun jenis pemakan buah.

merah-merah buah delima

Tahu-tahu bila balik rumah, bukak bekalan mak bungkuskan ada buah delima. Lahhh..agaknya tengok saya beria makan buah delima, dibungkuskan sekali. 

Cantik isinya juga, merah merah buah delima. Cuma ada bahagian yanag kurang elok sikit. Saya lambat makan. 2 hari lepas bawa dari kampung baru saya makan.

Buah delima yang merah ni lebih manis, masam masam sikit je. Paling nikmat makan banyak sikit masuk mulut. Kalau makan seulas seulas lambat lah habisnya.


32 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. buah ni selalu ida makan waktu pregnant ja nak cantikkan bacaan HB . haha . waktu tak pregnant jaranggggggg sangat makan . tulahh sebab mahal hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu juga dengar orang pregnant elok makan buah delima. Hihi..kita asal suka makan je. betul, sebab mahal tu jarang beli jugak.

      Delete
  2. Akak kalau makan delima..tak telan bijinya...kunyah2 lps tu buang..takleh nk telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh macam tu. kalau saya tak kunyah biji. kunyah isi je. biji buang terus. Hihi

      Delete
  3. Lama tak makan delima... hari tu suami ada beli... tapi tengok Mil beria makan... bungkuskan mil.. beli lainlah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya Mak mentua akak pun lama tak makan buah delima. Seronok tengok kalau mak mak makan beria ada selera.

      Delete
  4. saya tak pernah beli buah delima. makan yg org beli jer... hahaha

    ReplyDelete
  5. kite pulak klo buah delima ni suka makan sebiji sebiji jenuh nk habiskan tapi rasa lagi feel mcm tu hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain pulak cara makan buah delima kita..ikut cara masing masing untuk menikmati buah delima, kan :)

      Delete
  6. merah cantik isi dia, buat jus delima sedap ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, cantik merah isi buah delima. Buat jus memang sedap. Tapi sebab malas kita makan terus je lah. Hihi

      Delete
  7. itu delima tanam sendiri ye dik? bestnya seronok makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, yang ni beli. Yang tanam tu dalam previous entry ada dalam link entry kat atas tu. Sedap sesekali makan buah delima.

      Delete
  8. Mmg org kata kalau makan delima makan sebiji jgn share. Sbb taktau biji yg mana yg mujarab utk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh macam tu ke Ammi? baru tahu. macam minum air buah kelapa jugaklah kan. Minum sebiji jangan dikongsi. Petua orang dulu dulu.

      Delete
  9. buah delima macam sedap ...tapi bila dimakan tak la sedap sangat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya bukan penggemar buah delima ni. hihi..selera masing masing :)

      Delete
  10. Akak teringin juga hendak makan buah delima.
    Macam mahal pula sebiji RM5. Takpe kita cari orang tanam buah ini minta sebiji.

    ReplyDelete
  11. Buah delima memang susah nak dapat . Harga pun boleh tahan juga . Tapi kalau ada pokok sendiri lgi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lyana. Susah nak jumpa sebab tu mahal kot kan. Ada pokok sendiri tapi itulah. Hasilnya tak seberapa.

      Delete
  12. Merah merah delima, siapa baik hati pasti kuterima..Ewahhh!
    Lama tak makan, bagus makan delima ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewahh ewahhh..menyanyi pulak dia. Hihi..
      Buah delima banyak khasiat memang bagus amalkan makan buah delima.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال