Sepahtu Reunion Live 2021

Sepahtu Reunion live 2021, rancangan sitkom komedi secara lansung menampilkan Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Rahim Sepahtu, Pak Ya dan Mamat Sepah. Shuib Sepahtu tidak lagi bersama dalam Sepahtu Reunion live selepas berehat dari dunia hiburan.

Mamat Sepah hanya terlibat pada musim pertama sahaja dan menjadi tetamu cameo pada musim yang ke-3.

Sepahtu Reunion live dirakam secara lansung di Astro Warna dengan mengekalkan konsep sitkom dihadapan penonton di dalam Studio. 

Saksikan Sepahtu Reunion Live 2021 setiap hari Khamis, jam 9:00 malam di saluran 107 Astro Warna. Juga boleh strim di aplikasi Astro GO/Ultra Box.

Sepahtu Reunion Live 2021

Rancangan : Sepahtu Reunion Live
Mula tayangan bahagian 1 : 27 Mei 2021
Mula tayangan bahagian 2 : 23 September 2021
Siaran TV : Astro Warna (107)
Waktu tayangan : Khamis, jam 9:00 malam
Idea Asal : Jep Sepahtu

Sepahtu Reunion Live 2021

Senarai artis jemputan sepahtu reunion 2021

Bahagian 1

Episod 1 (27 Mei 2021)
Tajuk : Harapan
Artis jemputan : Angah Raja Lawak (menggantikan Shuib) & Afifah Nasir
Cameo : Dato' Sri Alif Syukri

Episod 2 (3 Jun 2021)
Tajuk : Curang
Artis jemputan : Ruhainies & Zarynn Min
Cameo : Jalil Hamid

Episod 3 (10 Jun 2021)
Tajuk : Biarkan Bermimpi
Artis jemputan : Datin Nina Juren, Isyariana & Salih Yaacob (menggantikan Shuib)
Cameo : Roslin Hashim

Episod 4 (17 Jun 2021)
Tajuk : Darat Yang Dilupa
Artis jemputan : Angah Raja Lawak (menggantikan Shuib), Hanesya Hanee & Datin Fadilah Mansor
Cameo : Tam Spider

Episod 5 (24 Jun 2021)
Tajuk : Dilema
Artis jemputan : Angah Raja Lawak (menggantikan Shuib) & Siti Khadijah
Cameo : Datuk Sri Eizlan Yusof

Episod 6 (1 Julai 2021)
Tajuk : Mengharapkan Pagar
Artis jemputan : Angah Raja Lawak (menggantikan Shuib), Salina Saibi & Cik Manggis
Cameo : Herman Tino

Bahagian 2

Episod 7 (23 September 2021)
Tajuk : Kerana Hati Mati
Artis jemputan : Hamdan Ramli & Atikah Suhaime
Cameo : Dato' Sri Vida

Episod 8 (30 September 2021)
Tajuk : Masih Lagi Sayang
Artis jemputan : Hamdan Ramli, Aprena Manrose & Oktavia Manrose
Cameo : David Teo

Episod 9 (7 Oktober 2021)
Tajuk : Dia Hero Cintaku
Artis jemputan : Hamdan Ramli, Saiful Apek & Dayang Areeda
Cameo : Safee Sali

Episod 10 (14 Oktober 2021)
Tajuk : Menantu Atau Hantu
Artis jemputan : Salih Yaacob, Norlia Ghani, Jaja Iliyes & Anna Jobling
Cameo : Akim Ahmad

8 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Lawak dan gelak awet muda kan, kena tonton selalu.. . Senang ada schedule..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu sekali layan hiburan lawak..bagi senaman muka gelak.

      Delete
  2. Ada time lawak hambar, ada time..lawak sangat..Yang penting, sy kutip pickup line yang dorang keluarkan tu ha kekadang...malamni tengok, cameonya safee sali..HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kana..kejap lawak tahap tinggi kejap lawak hambar. Tapi okaylah layan santai santai gitu sekadar hiburan. Terhibur kadang.

      Delete
  3. Abang ipar saya suka nauuu layan, kadang kadang lawak hambar, dia punya gelak tuuu sampai kakak saya pelik hahaha. Mudah terhibur kot abang ipar saya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka gak tengok. Terhibur jugak kadang. Dulu okaylah macam lawak. Sekarang ni macam hambar sikit lah. Agaknya lah tu mudah terhibur sebab suka kot.

      Delete
  4. memang tak kering gusi bila tengok sepahtu reunion ni , ada-ada saja lawak diorang yg berjaya menambat hati penonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah layan lawak dorang kadang. Kadang rasa krik krik jugak :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال