Masa Untuk Berleha Leha Dah Habis

Lemau rasa bila masa untuk berleha leha dah habis. Tak adalah berleha leha pun kat kampung sebenarnya. Banyak kerja nak kena buat. Hanya istilah cuti di kampung je boleh digunakan. Apa maksud leha leha?

Macam-macam perkataan trending keluar sekarang ni ye.

Leha leha adalah

[lé.ha] | ليها
Definisi : (léha) lalai, leka, lengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Arti leha-leha

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) adalah le.ha-le.ha [a] dl keadaan bersantai-santai dan tidak berbuat sesuatu (tidak melakukan apa-apa)

Leha Leha

Begitulah maksud leha leha bersantai-santai, bersenang-senang gitu. Cuti balik kampung sudah. Lepas ni nak plan cuti-cuti ke Port Dickson. Tapi masih ramai orang. Bertenang dulu. 

Tunggu mereka dah habis cuti, kita terjah pulak. Barulah dapat beleha-leha nanti. Kalau definisi orang berlari ke berbasikal ke bolehlaha kayuh leha leha. Takpun pace leha leha gitu.

Di Indonesia, ada juga leha leha cafe. Cafe untuk bersantai santai makan sambil mengopi atau mengeteh. Balik kampung tak sempat nak mengeteh kat Ngeteh port. Huhu...

34 comments:

  1. baru nak komen..smart watch ni dah warning suruh bangun. Ammi bangun jap ye...jalan leha-leha dalam office ni. Marah jam ni karang

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cuti lama kali ni..Miss you too kak, lama tak singgah rumah akak..Tunggu ye. Nanti saya datang singgah.

      Delete
  3. iyer..semua port pun penuh . ramai org. more ke duduk rumah, kuar bila perlu jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, sejak boleh rentas daerah dok survey. Masih hampa. Nanti nantilah bercuti santai santai.

      Delete
  4. Lama Fiza berleha-leha. Rasanya dari Rabu lepas. Hehe. Macam mana? Ada semangat lepas ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak. Lama berleha leha bila sesekali :)
      Alhamdulillah...

      Delete
  5. jadi sekarang masa untuk bermia mia pulak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermia mia tu apa pulak maksudnya. hihi..Missing In Action ke camne?

      Delete
  6. Replies
    1. Ya, petang petang ni masa yang sesuai untuk berleha leha

      Delete
  7. kite pon dah balik kg..selesaikan yang penting dulu..pasni baru merayap pula hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ye, betul betul. Kita dahulukan balik kampung dulu baru bercuti next :)

      Delete
  8. Lah....rupanya berleha-leha tu memang ada dalam kamus dewan...Baru tau..TQ info

    ReplyDelete
  9. femes mereka yg bernama leha...hihi..best gak word ni 'leha-leha'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba tiba leha jadi popular. Boleh guna word leha-leha lepas ni :)

      Delete
  10. Akak selalu guna ayat leha- leha ni masa hiking...hahaha..pace leha- leha...

    ReplyDelete
  11. alamak, kesian orang nama Leha nanti dicop pemalas. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tak pasal pasal terpalit dengan lalai leka tu kan..kesian Leha.

      Delete
  12. Berleha leha untuk perempuan
    Kalau lelaki apa pulak agaknya

    ReplyDelete
  13. maksud yang hampir sama juga tu .
    betul cakap kak fiza nak pergi beructi sekarang pun masih lagi tak mengizinkan , orang ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mana maksud yang hampir sama juga tu lyana?
      Yep, pendam dulu hasrat nak bercuti tu.

      Delete
  14. Teringat emak selalu tegur kami guna perkataan leha leha kalau kami kami buat kerja tak siap-siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dulu dulu dah gunakan lah kan perkataan leha leha ni. Bukan lah benda baru. Sekarang baru digunakan semula.

      Delete
  15. sekarang ni kalau cuti hujung minggu pon rasa macam sekejap jer berlalu... tiba2 dah nak kene kerja semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, laju je 2 hari berlalu. Tahu tahu dah isnin dah.

      Delete
  16. Tak boleh nak berleha leha dah jugak sebab skrg sem dah mula. Makin banyak benda kena buat !!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham sangat tu Nadia. Kalau dah mula sem lepas tu sibuk dengan FYP lagi, rasa nak berleha leha kejap pun tak boleh. Semoga Allah permudahkan segala urusan Nadia. Aaminn...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.