Ada benda viral yang kadang mudah terhasut. FOMO orang kata. Kadang JOMO. Viral di threads minuman OTR CBTL (The Coffee Bean & Tea leaf). Apa benda OTR tu? Kita dah fikir On The Road kereta pula. Rupanya On The Rock!.

On The Rock CBTL

Dihidangkan dengan ais (iced), bukan diblend (Ice Blended) atau panas (hot). Saya suka iced CBTL ni sebab dia macam hancur. 

Kesimpulannya, OTR merujuk kepada minuman CBTL yang disajikan dengan ais.
  • FOMO (Fear of Missing Out) – rasa takut atau bimbang terlepas sesuatu pengalaman, peluang, atau perkembangan yang sedang dinikmati oleh orang lain.
  • JOMO (Joy of Missing Out) – berasa gembira dan tenang walaupun tidak mengikuti setiap trend atau aktiviti yang dilakukan oleh orang lain.

Dah berkali-kali juga beli OTR dengan 2 espresso shots. Encik Suami pula kalau ke CBTL mesti pesan iced double chocolate. Sedap ya amat dan tak manis sangat.

On The Rocks
watermelon lychee ceylon mixer, OTR 2 espresso shots, Iced double chocolate

Kononnya nak beli kyoho grape longan mixer tapi unavailable. Tu dah jadi air favourite kalau ke CBTL Selain OTR. Jadi belilah watermelon lychee ceylon mixer. Rasa dia menyegarkan tapi kurang sedap. 

Pelik sikit bila tembikai, laici dan teh bergabung. Kalau watermelon dan laici sahaja mungkin much better. Takpelah, nak rasa je. Harga pun boleh tahan juga belas-belas. Murah lagi OTR tu.
Tapi air buah kan memang mahal sikit kan. No wonder lah.

Beli juga kaya toast yang sedap tu. Juga viral di Threads. Threads tu apa je tak viral entah. Tak bergambar sekali bersama minuman. Malas nak ambil gambar kaya toast sebab dah buat entry haritu.