Chicken Chop Sedap di Ngeteh Port

Saturday, October 13, 2018

Balik kampung Segamat, kalau teringin makan Tom Yam Thai yang sedap mesti pergi One Segamat. Makan dekat Aslan Tom Yam lah mana lagi. Tapi asyik makan tom yam jemu pula kan. Satu hari tu lepas tengok wayang cerita Venom terasa lapar pula. Tengok wayang waktu malam dan masa tu belum dinner lagi memang laparlah lepas tengok wayang tu. Walaupun dah makan pop corn tetap rasa lapar. 

Bila nak cari kedai makan sedap memang blur kalau tak tahu mana nak tuju. Apa lagi, kalau tak menggunakan encik google memang tak sah. Tekak teringin makan menu western. Google punya google jumpalah kedai makan 'Ngeteh Port' yang memang akan lalu on the way balik rumah. Memang cari kedai makan yang on the way je sebab malas nak patah balik ke bandar lepas hantar anak buah balik. 

Ngeteh Port salah satu kedai makan sedap dan popular di Segamat sebab pernah di review oleh Abang Nas Jalan Jalan Cari Makan. Baru tahu sebab google punya google jumpa gambar Abang Nas JJCM tu ha. Dulu masa viral tak pernah tahu. Dah tahu dan dah tak viral lagi bolehlah cuba rasa menu kat Ngeteh Port.

Presentation OK, tak pernah lagi jumpa hiasan bunga carrot tu. Cantik!

Fiza order chicken chop lah sebab teringin makan. Husband order yang sama juga tapi chicken grill. Saja nak rasa chicken grill sebab chicken chop yang Fiza order tu digoreng. 

HIDANGAN MENU LENGKAP

Setakat ni style hidangan menu chicken chop dari Ngeteh Port ni okaylah daripada hidangan chicken chop kedai lain yang pernah Fiza order. Plaing teruja tengok bunga daripada carrot tu. Sebelum presentation carrot potong panjang biasa je. Plus, hidangan chicken chop lengkap ada chicken, coleslaw, kentang, sos black pepper dan salad.

SOS BLACK PEPPER SEDAP DAN BANYAK

Jarang sekali kalau order chicken chop dapat sos black pepper sedap dan banyak. Kadang tu dapat yang sedap tapi tak banyak. Cukup-cukup je untuk satu portion. Kadang tu dapat banyak tapi sos tak sedap pula. Tapi kat sini memang terlebih cukup lah pada Fiza. Ayam lembut dan cukup masak. Semmuanya cukup sedap lah!

HARGA BERPATUTAN

Tentang harga pada Fiza harga standard menu western lah. Harga yang berpatutan untuk Chicken chop ni kalau tak silap Fiza RM12.++ macam tu atau RM13.++. Lebih kurang harga chicken chop lah kiranya kan. Tapi sangat berbaloi kalau dapat yang sedap dan sos banyak kan. 


KEDAI MAKAN YANG SELESA

Disebabkan sampai masa waktu tak ramai orang bolehlah pilih meja mana suka yang selesa. Kalau ramai masih selesa rasanya sebab banyak meja disediakan. Decoration kedai pun sangat menarik dan selesa nak lepak santai lama-lama pun.

SERVIS CEPAT

Fiza makan di Ngeteh Port dalam pukul 11 macam tu. Masa yang sedang elok untuk makan malam sebab dah tak ramai orang. Jadi servis pun jadi cepat lah sikit dan tak perlu nak tunggu lagi. Perut pun tak terseksa tunggu makanan siap gitu. Kalau waktu sibuk tu tak pasti servis dia cepat atau tak. Sorry =__='.

BANYAK MENU

Selain menu western, ada banyak lagi hidangan menu makanan yang ada. Masakan goreng-goreng panas sudah tentu lah ada. Tak belek habis semua menu yang ada. Yang pasti memang pelbagai lah menu yang ada. Kek dan pastry pun ada tau! Siap ada bilik khas untuk sewa sambut birthday atay event. Lupa lah Fiza nak snap masa tu.

Ngeteh Port senang nak cari sebab signboard tu ha. Kalau tak jumpa juga, gunakan waze je. Review ikhlas seikhlas hati sebab makanan sedap. Kalau tak sedap, nak cerita pun malas. Sesiapa yang singgah Segamat tu boleh lah cuba Chicken Chop di Ngeteh Port. Kalau tak kena selera kau orang tu mungkin selera kau orang tak sama dengan Fiza. Ye lah, setiap orang seleranya pelbagai.

Ngeteh Port Highway Segamat Kuantan, Taman Yayasan, 85000 Segamat, Johor


5 comments

  1. sedapnya chicken chop.lama dah tak makan chicken chop.

    ReplyDelete
  2. Wow, santaii, nama kedai pun santai je..hihii..tu buat rasa best nak ngeteh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ala ala lepak santai mengeteh petang petang tu bak kata orang johor..hihi

      Delete
  3. nice nama nyer, ngeteh. kreatif.
    kena trademark kan nama tu kot :)
    segamat. aida x pernah singgah sini.
    lalu jer kalau nak ke pantai timo.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.