Filem 10 Tips Tipu Bini

Pembuka tirai saluran Astro First 480 tahun 2021, Filem 10 Tips Tipu Bini akan ditayangkan di pawagam rumah anda pada 7 Januari 2021 nanti. 

Filem 10 Tips Tipu Bini merupakan filem pertama diterbitkan oleh produksi Rumah Produksi Merah Sdn Bhd milik Dato' Awie dan diarahkan oleh Azizi 'Chunk Adnan.

Filem 10 Tips Tipu Bini
sumber : Astro First

FILEM 10 TIPS TIPU BINI

Tarikh Tayangan : 7 Januari 2021
Siaran TV : Astro First saluran 480
Pengarah : Azizi 'Chunk Adnan
Penulis skrip : Armada Al Haq
Produksi : Rumah Produksi Merah Sdn Bhd
Genre : Komedi
Durasi : 104 minit

PELAKON DAN WATAK

  • Dato' Azhar Othman @Dato' Awie sebagai brother love
  • Khir Rahman
  • Ropie
  • Joey Daud
  • Vicha
  • Jehan Miskin
  • Nasir Bilal Khan
  • Atu Zero
  • Azlee Senario
  • Nazia Mustafar 
  • dan ramai lagi

SINOPSIS FILEM 10 TIPS TIPU BINI

Sebuah kisah komedi mengisahkan 3 sahabat baik iaitu Kay, Jepp dan Raffi. Mereka bertiga bekerja sebagai pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan (Grand Poyo Advertising & Events) milik Dato Dean yang terkenal di Kuala Lumpur.

Mereka nampak hebat bila di syarikat tapi sebaliknya bila berada di rumah masing-masing. Takut bini! Ketiga-tiga mereka mempunyai 'Krisis Pertengahan Usia' yang mana melanda para suami yang mempunyai niat nak buat sesuatu tapi dalam masa yang sama tak berani.

Mereka juga mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson digelar 'Dubuk Liar'. Segalanya berubah bila 3 orang gadis intern yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Bermulalah masing-masing pasang niat nak memikat 3 orang gadis tu.

Maka, bermulalah juga penipuan dan alasan direka untuk meneruskan niat mereka. Seterusnya, sila tonton Filem 10 Tips Tipu Bini nanti.

LAGU TEMA/OST FILEM 10 TIPS TIPU BINI

Sang Kekasih - Wings
Dubuk Liar - Wings

Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda di Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 dengan harga RM15. Boleh tonton ulang ulang selama 48 jam (2 hari). Atau boleh juga tonton strim di Astro Go atau On Demand. 
Ini sebuah kisah komedi yang ringan tetapi tidak dinafikan ia terjadi setiap hari di dalam kalangan mereka yang telah berkeluarga. Isu seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah realiti yang selalu terjadi. Jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya. Tetapi jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi Brother Love. Malah, menerusi filem komedi ringan ini, kami cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton. Di mana, buat kaum wanita, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka, manakala buat kaum lelaki ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan"- Dato' Awie @Brother Love.

8 comments:

  1. camane lah wak leh agak tepat awie berlakon dlm filem camni.. huhuhu pengalaman mendewasakan kita.. khannns 😅😅😅

    ReplyDelete
  2. buat kaum suami di luar sana, tengok boleh praktis jangan... hahaha

    ReplyDelete
  3. omgg! sure sakit hati tgk cita ni hahaha

    ReplyDelete
  4. Bagi tips kemudian bagi pengajaran kalau tipu isteri ya?
    Setiap perbuatan ada kesan.

    ReplyDelete
  5. nampak bayangan dah cerita ni bakal kelakar hehehe..
    barisan pelakon hebat2 belaka tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.