Nasi Lemak Ayam KFC Special

Thursday, January 14, 2021

Kebuntuan betul malam tadi tak tahu nak makan apa. Bila dah keluar tanda tanda tak selera nak makan masakan sendiri, lepas tu tak tahu tekak ni nak makan apa. Husband bagi cadangan “makan nasi lemak ayam KFC nak tak?”.

Ermmm.. okaylah. Tengah bercelaru ni memang otak tak boleh generate nak fikir makan apa dah. Lepas tu dia tak selari dengan kehendak tekak. Blur!

Keluarlah husband sorang membeli nasi lemak ayam KFC special. Beli kat kedai favourite dia. 

Kedai ni boleh dikatakan legend lah kat area Ampangan, Seremban. Dah lama dia bertapak kat situ. Rasa dia pun tak pernah berubah katanya.

Nasi Lemak Ayam KFC Special

Ayam KFC yang buatkan nasi lemak dia unik. Ayam ala KFC gitu. Tapi dalam menu tulis nasi lemak ayam KFC special. Jangan KFC claim macam harimau menangis tu sudah lah ye. 

Ni dia rupa nasi lemak ayam KFC special tu. Portion nasi dia banyak. Sambal nasi lemak dia so so je pada saya. Tak pedas. Kalau pedas sikit mungkin akan mengubah rasa dia jadi lebih sedap.

Nasi Lemak Ayam KFC Special
food plating kurang menarik sebab terus terjunkan dia dari bungkusan. 

Melengkapkan hidangan nasi lemak, adalah sehiris timun dan beberapa butir kacang tanah goreng. Ikan bilis tak kelihatan, menyorok pun tidak. Maknanya tak ada. Mungkin dah di blend sekali dalam sambal nasi lemak.

Ada tambahan sayur tumis kacang dan kobis., satu lagi keunikan hidangan nasi lemak ayam KFC special ni. Paling penting ayam KFC dia tu. Ayam ala KFC tu rangup. Salutan tepung ayam tu pun sedap rasa dia. Tahap sedap dia bawah KFC sikit lah. Boleh?

Tapi kan, kalau makan kat kedai dapat makan panas-panas ayam KFC rangup tu memang sedap lah cerita dia.

Yang berdekatan mungkin dah biasa makan kat sini. Bila pergi membeli, tak pernah tak ramai. Kedai legend ni mengekalkan tahap kesedapan dia, haruslah orang datang dan datang lagi.

Selain nasi lemak, ade menu lain juga.

NASI LEMAK AYAM JAMAL AMPANGAN

Tauhu begedil 6 PCS - RM7
Nasi lemak ayam KFC special - RM7.50
Mee kari - RM5
Laksa - RM5
Rojak mee - RM5
Mee/Mihun Sup Daging/Tulang - RM6/RM7

Masakan panas
Nasi goreng ayam/kampung/Ciliapi/paprik - RM6
Mee/mihun/kuetiaw Grg/sup - RM6
Cod bermula pukul 4 ptg sehingga 8 mlm

Ada juga perkhidmatan penghantaran di kawasan berikut :
  • Senawang
  • ampangan
  • paroi
  • panchor
  • sikamat
  • rasah jaya
Waktu operasi dari pukul 4petang sampai 12 tengah malam.

whatsapp : 60136025635
facebook : https://www.facebook.com/N.LEMAK.JAMAL/
Lokasi : Batu 2/3 Setengah Jalan Ampangan Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Notapink : bukan entry berbayar. Promote sebab sedap. Dan ini bukan nasi lemak atuk KFC tu ye. Jangan salah pemahaman.

17 comments

  1. akak pun blm rasa lagi nasi lemak kfc ni...

    ReplyDelete
  2. Nasi lemak kalau tak cukup rencah rasa macam kekurangan pula.. Pada Sha nasi lemak yang sedap haruslah ada ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur rebus/dadar, timun, sambal dan nasi.. bila ada tambahan lauk lain tu kira bonus.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. nasib baik la lunch tadi dah makan nasi lemak ayam.. klu tak sure terliur teruk haha

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...mati2 akak ingat KFC punya nasi lemak..hahahhaha, baca dua kali baru la faham kenapa fiza rate ayam dia bawah KFC sikit..hahahahha

    rindunyaaaa nak baca entri2 fiza!

    ReplyDelete
  5. nampak sedap, belum cuba lagi..McD dah, KR dah, KFC belum..

    ReplyDelete
  6. Ish ish, nasi lemak ayam goreng adalah peberet anak bongsu akak. Kalu dia tengok ni, gerenti terliur. Hehe...

    ReplyDelete
  7. eh ingatkan Nasi Atuk tu heheh. Rupanya nasi lain. Nampak sedap!

    ReplyDelete
  8. pergh.. nampak sedap ni. esok nak menu macam ni hehe

    ReplyDelete
  9. Sedapnya nampak! Terliur sungguh😘

    ReplyDelete
  10. Ingat beli di KFC. Oh ada kedai jual nasi lemak KFC.
    Aha jangan kena letak tanda dagang nasi lemak KFC sudah. Nanti kena tukar nama.

    ReplyDelete
  11. Macam-macam versi nasi lemak terutama lauk pauknya.
    Inilah kreativiti peniaga untuk menarik pelanggan.

    ReplyDelete
  12. nmpk mcm sedappp.. kalau x baca abis entri mesti org akn ingt nasi lemak yg kfc jual

    ReplyDelete
  13. ooo ingat kan KFC atuk tu, fiza.
    kat ampangan ni ekk?
    hmmmm balik umah MIL memang x membeli la di luar.
    masak. kalu beli dedekat aje.
    tak pernah lagi merasa yg ni.
    one day maybe :)

    ReplyDelete
  14. ingatkan nasi lemak atuk td..hehe
    sedap juga nasi lemak ni :)

    ReplyDelete
  15. skrg ni banyak restoran makanan segera keluarkan nasi lemak dorang sendiri

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.