Kitab Sekolah Agama Johor

Sunday, January 24, 2021

Hujung minggu yang sunyi sepi. Masing masing masih mood weekend stay home dan mungkin kemurungan juga tak dapat kemana-mana. Atau masih lagi dalam mood tidur.

Kehabisan idea nak menaip apa untuk hari ni. Kemas-kemas rak buku jumpa kitab sekolah agama Johor dulu-dulu. Saja bawa kitab ni dari kampung letak kat rumah. Boleh mengkaji semula refresh ilmu pengetahuan. 

Sistem sekolah agama Johor ni lain dari sekolah agama negeri lain. Ada sesetengah negeri tak ada sekolah agama hanya fokus pada sekolah kebangsaan je. Tapi sekarang dah banyak sekolah agama swasta sebagai pilihan.

Siapa yang pernah bersekolah agama Johor, kenal benar lah dengan kitab kitab agama ni. Dalaman masih elok lagi. Cuma luaran agak berat mata memandang.

Kitab Sekolah Agama Johor

Itu je sebahagian kitab-kitab sekolah agama yang masih ada tersimpan. Perbezaan warna membezakan tahap kelas/darjah. Contoh dalam gambar, warna pink untuk darjah 2. Kitab ni ada bahagian-bahagian:

  • Tauhid
  • Adab
  • Tarikh
  • Tauhid
  • Tafsir
  • Ibadat
Lagi satu kitab besar yang dipanggil Mutaal Badrin @Matla' Al Badrain, kamus khas terjemahan kosa kata Arab ke bahasa Melayu.. Mengandungi  pecahan ilmu Muamalat (Perdagangan), Munakahat (Nikah Kahwin & Cerai), Ibadat, Fiqh, Tasawuf, Tauhid dan Bahasa Arab.

kitab Mutaal Badrin @Matla' Al Badrain


Kitab kitab Mutaal Badrin @Matla' Al Badrain paling banyak contengan. Sebab ada istilah arab yang digunakan dalam kitab ni. Tulisan dia memang kecil amat. Lagipun kitab kitab ni saya tak beli. Guna turun temurun daripada kakak. Guna kitab yang sama. Jimat dah kat situ. 

Dalam kelas biasanya ustaz @ustazah akan suruh sorang sorang sambung baca. Siapa yang terlelap, bila sampai turn tak tahu nak baca part mana mesti gelabah teruk. Haha...

Alhamdulillah sampai sekarang lancar membaca jawi. Jawi sekarang ada perubahan ejaan sikit. Ke?

kitab Mutaal Badrin @Matla' Al Badrain

Sistem sekolah agama Johor ni kalau tak lulus, tak boleh naik kelas. Duduk lah kat kelas tu sampai lulus. Mencabar betul sekolah agama ni. Tapi sekolah kat kampung seronok. Kelas pun satu darjah, satu kelas. 

Dulu masa sekolah pagi sekolah rendah, petang sekolah agama. Balik sekolah agama baru ada masa nak main. Malam mengaji. 

Berjaya juga habiskan sekolah agama sampai darjah 6 separuh. Kenapa separuh? Sebab tak habis belajar lah. Sambung darjah 6 dekat pekan. Kat kampung sampai darjah 5 je kelas yang ada.

Masa darjah 6 agama tu pulak, dah masuk tingkatan 1 kat pekan. Pagi sekolah agama, petang sekolah menengah. 

Naik bas sekolah seawal pukul 5 lebih sebelum subuh dah tunggu bas sekolah. Nak bersiap tu, kenalah bangun lagi awal dari tu kan? Sesi sekolah agama seingat saya pukul 8pagi-10 pagi atau 11 pagi kot. Tak ingat dah!

Sementara nak tunggu sesi persekolahan petang pukul 12 lebih ke 1 entah, Kalau rajin pergi rumah makcik. Kalau tak, lepak dekat kantin atau surau sekolah.

Habis sesi sekolah petang pukul 6lebih, tunggu bas sekolah sampai rumah ngam ngam waktu maghrib dan kadang terlepas sebab bas persekolah ni banyak persinggahan dan bila rosak, lain pula cerita dia.

Fuhh mencabar sekolah kat pekan ni. Ambil masa tunggu bas, naik bas berebut sebab nak seat. Kalau tak dapat seat kena berdiri sampailah sekolah. Lebih kurang setengah jam kena berdiri. 

Kalau sekolah kampung, jalan kaki je sebab sekolah depan rumah je. Tapi itulah sekolah kampung sekolah rendah je ada. Sekolah agama pun sampai darjah 5 je. Guna sekolah yang sama tapi sesi petang.

Disebabkan kepenatan terlampau tak boleh nak adapt, berhenti sekolah agama darjah 6 tu. Itu yang separuh tu. So fokus untuk Sekolah menengah je kat pekan. 

Kalau berjaya habiskan sekolah darjah 6, akan masuk darjah khas pula. Ada peperiksaan besar macam SPM tu. Ada pangkat pangkat dia. Kalau bagus dapatlah jadi ustaz @ustazah lepas tu mana yang berminat untuk mengajar.

Rasanya sampai sekarang masih lagi mengamalkan sistem sekolah agama yang sama. 

19 comments

  1. buku2 sekolah dulu semua da tak nampak dah..entah kat mana tak tau..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah lama lama memang tak tahu mana pergi. Kalau ada tu, kira rezeki jumpa :)

      Delete
  2. Akak punya sudah hilang. Lagipun ada buku dapat pinjaman. Sampai darjah 3. Kemudian pindah ke Selangor. Hehe memang mencabar sukatan pelajarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh kak wina pernah sekolah agama Johor ye. Hihi mencabar tapi dulu tak tahu mencabar dia macamana..okay je :)

      Delete
  3. bagusnya ada simpan lagi buku-buku lama. kita punya buku sekolah ghaib dah :)

    ReplyDelete
  4. Memang ada beza sedikit ejaan jawi dahulu dengan ejaan jawi sekarang.
    Cerita tentang buku sekolah agama, teringat mula-mula belajar susah sangat nak bezakan huruf to dengan dzo, padahal beza titik saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan kak amie. kadang kita guna ejaan jawi lama. Hihi zaman kanak kanak confused tu perkara biasa :)

      Delete
  5. untung anak-anak yang tinggal di negeri johor, dapat pergi sekolah agama.

    ReplyDelete
  6. waaaaaa buku2 ni smua dah bg dekat2 cousin2 yg bwh2 supaya diorg takyah beli baru dah

    ReplyDelete
  7. mencabar skolah agama.. huhu. masih simpan lg. sama lah buku2 sekolah incl buku teks masih simpan syg nk buang walaupun silibus dh lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang kan nak buang buku teks. Kitab ni elok simpan :)

      Delete
  8. Udah takde fiza..entah kemana..rumah mak tu tah bpe kali kemas hahaa..rasa ade atas loteng nuhh *_*

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.