Header Ads

Untungnya Dapat Leyna. Leyna Tidur!

Rezeki Allah luas dan datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki juga tak pernah salah alamat. Alhamdulillah rezeki datang lagi dalam bentuk hadiah pemberian dari blogger Shida Radzuan. 

Selamat mendarat minggu lepas lagi. Lambat update dok tunggu cuaca terang nak ambil gambar. Tapi mendung juga tak sudah. 

Besar betul kotak hadiah yang saya dapat kali ni. Excited lain macam! Hadiah saya dapat ni sebab jadi Geng Kuat Komen 2020

Hadiah Geng Kuat Komen 2020

Apa yang ada dalam kotak ni :
  • Bantal Leyna petite
  • Tent card calendar
  • Fridge magnet
  • Digital tasbih
  • Unicorn pouch

Hadiah dari Blogger Shida

1. Leyna Petite

Sejenis bantal kayangan yang kalau tidur, memang leyna. Walaupun hanya petite size (14x 29 inci) tapi dia jenis multifungsi. Boleh buat tidur, hiasan sofa, bantal travel, bantak anak tidur dan macam-macam lagi fungsi dia. Senang di bawa kemana saja. 

Berat pun hanya 400g dan mempunyai zip tepi. Dari pembacaan bantal leyna review dan testimoni bantal leyna, bantal leyna buatkan tidur kita lebih berkualiti sebab terlalu selesa. 

Anti habuk, anti alergik dan anti habuk juga. Siapa yang alergik habuk tu memang sesuailah gunakan bantal leyna ni. Saya dah guna bantal leyna ni, leyna (baca : lena) kemain! Untung sangat dapat hadiah Leyna. Suka gila! 


Kelebihan Bantal Leyna

  • Isian polyester fiber bermutu tinggi
  • Fabrik cotton bercorak mewah
  • Zip tersorok untuk laraskan ketinggian bantal
  • Bantal Leyna boleh dibasuh
  • Jahitan piping di bahagian tepi bantal

Okay, iklan kejap. Kalau berminat nak beli, boleh contact Shida juga sebab dia penjual bantal Leyna ni. Bolehlah risik risik harga bantal Leyna ni.

Exclusive sangat bantal Leyna ni siap sekali woven bag dan ada ribbon lagi tu. Ribbon pun cantik!

Bantal Leyna Petite

Ini dikatakan fabrik cotton bercorak mewah dengan jahitan piping di bahagian tepi bantal. 

Bantal Leyna Petite

2. Tent card calendar

Dapat limited edition tent card calendar dari Shida juga. Tak sangka dapat juga hadiah tent card calendar hasil design sendiri Shida tempah bulan lepas sekali dengan header blog Shida. Dapat juga lah buat simpan koleksi design yang telah bercetak.

Tent Card Calendar Blog Dunia Shida
bahagian depan


Tent Card Calendar Blog Dunia Shida
bahagian belakang


3. Fridge Magnet Pangkor

Fridge magnet pangkor yang diperbuat daripada kayu. Bertambah koleksi fridge magnet yang ada. Walaupun tak pernah ke Pangkor. Konon-konon macam dah sampai Pangkor.

Fridge Magnet Pangkor

4. Digital Tasbih

Tasbih digital bentuk jam tangan. Pakai macam cincin di jari, boleh laras ikut saiz jari. Koleksi kedua tasbih digital. Mudah guna digital tasbih ni.

Tasbih Digital
 

5. Unicorn Pouch

Comel unicorn pouch ni. Sedang berfikir apa nak letak dalam ni. Silap silap simpan je sebab sayang nak guna. 

Unicorn Pouch

Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak untuk Shida kirimkan hadiah-hadiah best ni. Ramai lagi blogger yang dah dapat hadiah dari Shida. Semoga Shida terus dimurahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat. Aaminn

Shida, antara geng blogger yang dah kenal lama sejak mula jadi pemblog tahun 2009 sampai lah sekarang. Yang belum kenal Shida lagi, silalah jengah ke blog Shida (www.duniashida.com).

23 comments:

  1. cantikkan hadiah kak shida sent! hehehee

    ReplyDelete
  2. Itulah tertanya-tanya bila Fiza nak kemaskini pasal hadiah.
    Sekali dapat bantal. Besar kotak. Alhamdulillah lena tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..lambat sikit nak update kak wina. Alhamdulillah rezeki dapat bantal leyna :)

      Delete
  3. Wahhh bestnya, tidur lebih indah sebab mimpi mesti lagi best ni heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tidur lena dengan mimpi indah tu bonus kak :)

      Delete
  4. Bestnya kak dapat hadiah bantal gebu ni. hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...murah rezeki dpt mcm2 hadiah...congrats!

    ReplyDelete
  6. Wah.. Comelnya bantal leyna tu. Suka tang part anti habuk. Boleh beli untuk bakal anak sedara nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel saiz dia sesuai buat bantal kepala dan bantak peluk. Okay sangat tu belikan untuk belikan untuk anak sedara awak Sal :)

      Delete
  7. hadiah bukan calang2.. heheh semoga murah rezeki fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak.
      Aaminnn.terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan kebaikan. Aaminn

      Delete
  8. Wow.. nak komen bebanyak jugak ler.. hehehe.. rezeki.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..boleh, tak ada masalah.
      Alhamdulillah :)

      Delete
  9. Tahniah, Fiza. Bestnya! Bantal Leyna ni memang syok buat tido :)

    ReplyDelete
  10. Wah! Banyaknya hadiah kiriman Shida. Tahniah Fiza.
    Moga tambah rezeki Shida.

    ReplyDelete
  11. Bestnyaaaaa dpt hadiah bantal... semuanya best dr shida.. table calendar pun lawa

    ReplyDelete
  12. dapat bantal kayangan memang lena la tidur. tahniah sis :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah fiza suka hadiah yg shida kirim..
    Terima kasih fiza sebab sentiasa sokong blog shida dari dulu hinggalah skg..
    sumbang trafik dan kualiti komen di blog shida :)

    Terima kasih! <3

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Tahniah Fiza..
    Ohsem hadiahnya..

    ReplyDelete
  15. wak pon baru je dpt bantal kiut miut ittewww., ;p

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.