Si Calico, Kucing Tiga Warna

Thursday, January 07, 2021

Kisah kucing saya dah lama ditinggalkan. Sebab terlalu banyak sampai tak terjaga. Salasilah keluarga pun tak bercelaru dah. Mula mula ada juga tulis dalam buku. Lama lama confuse dah bila dah banyak.

Ada yang bagi orang, ada yang jual. Hujung hujung tinggal 3 ekor je. Merah, bulat besar dan bulat kecil. Disebabkan kucing dok taman ni tak boleh dibiar bebas sesuka hati, hantar balik kampung. Biar dia bebas berlari kesana kesini.

Lepas hantar kucing balik kampung, tak lama kemudian sekor sekor mati. 

Si merah (warna oren tapi panggil merah) 

Nak nampak lebih manja dipanggil meyah, mati disebabkan luka akibat bergaduh dengan kucing mana entah.

Si merah (warna oren tapi panggil merah)

Cerita Meyah...
Dulu asalnya memang duduk kampung. Lepas tu berhijrah ke bandar. Dia lupa dulu dia kucing dok kampung, bajet kucing bandar. Bila balik kampung bajet abang kawasan lah tu. 

Sekali luka, luka bukan biasa biasa. Luka teruk sampai berlubang dan bernanah. Entah gaduh entah terkena apa pun tak tahu. Hantar pergi Vet, tak dapat diselamatkan. Sobs sobs sobs...

Si Bulat Kecil

Si bulat kecil, mati sebab tergilis tayar kereta. Adik ipar tak perasan. Kucing kan suka betul duduk bawah tayar tu. Mula dia okay je lepas tu tak ada dah. huwaaa...

Bulat Kecil

Si Bulat Besar

Sekarang yang ada tinggal seekor je kat kampung, si bulat besar. Boleh tahan manja dia ni. Dialah peneman rumah kalau tak ada orang. Pandai survive. Kalau tuan rumah tak ada pergi cari makan kat rumah jiran. Kalau tuan rumah balik, dia akan balik.

Mixed Breed Cat-Stripes Pattern-Si Bulat Besar




Dalam banyak banyak kucing, kucing hitam dan calico payah betul nak dapat. Dah dapat tak panjang umur pulak dia. Tak kesampaian nak membela si calico, kucing tiga warna ni. Pernah sekali je dapat.

Calico, Kucing tiga warna

Calico, Kucing tiga warna

Dalam gambar, dia sekor je calico. Calico adalah kucing yang dilahirkan dengan tiga warna atau tiga belang iaitu hitam, putih dan oren. 

Kebiasaanya kucing lahir 3 warna ni kita boleh tahu dia adalah kucing betina. 

Genetik seekor kucing berbulu warna hitam atau oren adalah dalam kumpulan kromosom X. Setiap kucing betina normal ada 2 kromosom (XX). Disebabkan kucing betina ada 2 kromosom X iaitu XX, dia boleh mempunyai kedua dua warna sekali (hitam dan oren).

Kucing jantan normal pula ada kromosom XY dan hanya mempunyai satu kromosom X. Jadi, kucing jantan akan mempunyai warna hitam atau oren sahaja dan bukan ada dua dua warna sekali.

Tapi jika ada ciri-ciri kucing belang tiga jantan jantina dia, bermakna kucing jantan tu KKU (Kucing Kurang Upaya). Eh ada ke istilah KKU tu?

Bukan hanya cacat, tapi dikatakan kucing jantan tiga warna juga mandul. Kelainan dan kecacatan yang dikatakan calico ni terjadi daripada lebihnya kromosom (DNA) X pada kucing jantan.

Sekor kucing jantan normal mempunyai kromosom XY, mustahil untuk mempunyai tiga warna sebab ada satu kromosom X je. Kalau kucing jantan ada tiga warna, maknanya kucing jantan tu ada kromosom X yang lebih (XXY) macam tu. 

Bulu kucing berwarna putih tidak mewakili sebarang kromosom. Boleh jadi ia jantan atau betina. Kromosom Y juga tidak mewakili sebarang warna. Haa begitulah ceritanya maksud kucing calico, kucing tiga colour.

Kromosom

Kromosom Y : Lelaki/Jantan
Kromosom X : Perempuan/Betina
Kromosom normal bagi lelaki/jantan: XY
Kromosom normal bagi perempuan/betina: XX

sumber rujukan : wikipedia

13 comments

  1. cantiknya yg belang putih oren tu... kalo anak kakmim tgk tu mst dia suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik kecik geram tengok dorang comel gebu gebas. Dah besar comel juga tapi lebih kepada malas nak layan manusia. haha..

      comel macam ni memang budak budak pun suka kakmim. tapi kucing ngan budak budak behave je dia.

      Delete
    2. kan? kalau dh dikira dewasa pandang kita pun muka boring jer kucing² ni.. hahaha.. tp kalo kitten ni mmg xleh tgk kita sikit suka nk menggesel

      Delete
  2. Alo, ciannya meyah. Bulat kecil tu, bulu dia sama ngan kucing akak dulu, yang mati sebab heart attack tu. :)
    Oh, kucing kat rumah sekarang ni, calico la, oren hitam dan putih. Betul, Fizah, dia betina. Akak baru tahu tentang kromosom kucing. :)

    ReplyDelete
  3. ya Allah. cantiknya bulu dia, gebu sangat nampak

    ReplyDelete
  4. kucing kalau warna oren automatic comel kan

    ReplyDelete
  5. Oh baru tahu ada kucing jantan 3 warna dipanggil kku ye..rare kucing ni, payah nak jumpa, selalu 3 warna ni betina je.
    Comel betul yg warna oren tu, lebat bulunya.

    ReplyDelete
  6. Calico nama dia ye. Ingat dulu arwah nenek pernah cakap yang kucing jantan biasanya satu atau dua warna je. Kalau tiga tu unik, orang sanggup beli. Cuma arwah takdela explain secara saintifik. Thanks share Fiza

    ReplyDelete
  7. Lagi satu fakta tak boleh tinggal, calico dominant warna dia adalah putih..warna putih tu akan lebih banyak dari warna hitam dan kuning..kalo bukan putih dominant, ia tak akan dipanggil calico dah..satu lagi, orang biasa konfius dengan tortoiseshell..dulu akak ingat tortoiseshell pun calico, rupanya tak 😅

    ReplyDelete
  8. kenapaaaaa semua gebus2 gemok ni !! bulu pun cantik eeeee geram.
    saya x bela tapi sngt suka.. kat rumah nenek jela main pun..

    ReplyDelete
  9. Pengetahuan baru pasal Calico.
    Aduh sedih dengar kucing-kucing Fiza mati.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.