Kuih Lidah @Kuih Tiram

Monday, January 04, 2021

Ingat lagi zaman kanak kanak ribena dulu. Bila tiba hari raya, sibuk tolong kakak ngan mak buat kuih raya lidah buaya. 

Lidah buaya? Siapalah bagi nama lidah buaya tu ek? Kita panggil kuih lidah je lah. Takut pulak nak panggil lidah buaya. 

Kuih Lidah Buaya

Kuih lidah buaya, dikenali juga dengan nama kuih tiram, kuih selayang, kerepek layang, kuih kertas, kuih lidah kucing dan kuih kapal terbang. Sejenis kuih traditional melayu yang biasa didapati ketika hari perayaan dan kini semakin banyak dijual di pasaran.

Kuih tiram dijadikan sebagai hidangan minum petang bersama minuman panas. Sesuai juga dijadikan sebagai kudap-kudapan.

Kenangan betul buat kuih lidah ni. Paling suka bab tolong masukkan doh dalam mesin canai tu. Makin dewasa, makin banyak kuih tunjuk tunjuk (baca : kuih beli), makin kurang membuat kuih kuih raya.

Terasa rindu betul zaman bersusah payah buat kuih raya tu, kan?

Bagus jugalah kuih tradisional masih lagi dibuat dan dijual. Takdelah generasi zaman sekarang tak kenal kuih dulu dulu.

Zaman rajin buat kuih lidah ni memang suka makan. Lagi lagi bila buat sendiri kena dengan selera sendiri. Lama gila tak makan kuih lidah.

Rezeki lah mak datang singgah semalam bawa kacang salut tepung dengan kuih lidah sekali. Suka jenis kuih lidah yang nipis nipis dan rangup. 

Kuih Lidah @Kuih Tiram

Resepi Kuih Lidah Buaya/ Kuih Tiram

Bahan-bahan Doh

1kilo tepung gandum
1cawan tepung ubi
1biji telur
Air utk menguli
Sedikit garam

Bahan sapuan

*2sudu mkn butter
*5sudu mkn minyak masak
7sudu mkn tepung jagung

Bahan-bahan salut

Gula kastor

Cara membuat doh kuih lidah buaya/kuih tiram

Satukan tepung gandum, tepung sagu dan telur. Uli bersama air garam sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian

Cara membuat sapuan

Panaskan bahan yg bertanda*. Kemudian curah kedalam tepung jagung dan kacau rata.

Cara membuat kuih lidah buaya/kuih tiram

  1. Ambil seketul doh canai nipis
  2. Kemudian sapu rata adunan sapuan tadi dan gulung doh.
  3. Setelah gulung doh, potong lebih kurang 1/2 inci secara menyerong.
  4. Susun atas dulang yang telah ditaburkan tepung supaya tidak melekat sebelum menggoreng.
  5. Selepas habis adunan tepung, panaskan minyak dan goreng.
  6. Angkat dan toskan. Bila dan sejuk baru salutkan kuih dengan gula kastor.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupan kuih lidah buaya/kuih tiram ni.
kredit to Resepi Mak Saya
[ca.nai] | چاناي
Definisi : batu ~ batu yang digunakan untuk me­ngasah sesuatu.
 
mencanai 
1 mengasah sesuatu dengan batu canai. 
2 melicinkan atau meratakan sesuatu permukaan. 
3 meratakan atau menipiskan adunan kuih dgn tangan atau penggelek. 

pencanai 
1 orang yg kerjanya mencanai (mengasah dll). 
2 alat untuk mencanai. 
-(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

14 comments

  1. ni kuih yg dgn gula tu kann., manis potong ni cik kak., hahaha

    ps. gmbr maintain ohsem., ;p

    ReplyDelete
  2. tempat akak panggil kuih tiram, mak metua akak panggil kuih kapal terbang hehehe...
    banyak bebeno nama dia rupanya, akak suka yang sira pedas, tapi susah nak jumpa
    kalau sira gula akak suka gula sikit je, kalau beli yg sira gula mesti akak ketuk ketuk bagi gula tu jatuh baru ngap hehehehe...

    ReplyDelete
  3. kat penang pgl kuih kapal terbang kot hahah

    ReplyDelete
  4. kuih tiram kan nih..sedapnya favourite tuhh

    ReplyDelete
  5. favourite! kejap je selesai kalau dapat ni hehe

    ReplyDelete
  6. Salam Kenal,

    Jemput ke blog saya

    https://241107hh.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. kite panggil lidah kucing heheh..sedap sebab ada salut gula

    ReplyDelete
  8. Akak masa kecik panggil kuih kapal terbang. Bila dah besar ni, panggil kuih tiram. Bahaya kuih ni. Satu tak cukup. Susah nak stop. :)

    ReplyDelete
  9. Akk pun panggil kuih kapal terbang :) Ada juga memori buat kuih ni dgn arwah mak. Tapi sekarang ni kalau nak makan, beli je. Nak membuatnya malas huhu

    ReplyDelete
  10. Kalau dapat yang sedap memang tak berenti makan.. sha panggil kuih tiram..

    ReplyDelete
  11. kalao kat sarawak, kami panggil kueh sarobana.. hehehe

    ReplyDelete
  12. kalau x silap org kg sy pggl kuih ni, kuih serati hehehe

    ReplyDelete
  13. selalu juga makan kuih ni. baru tahu nama dia kuih lidah..haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.