Warung Sepahtu (Astro Warna)

Saturday, January 16, 2021

Sitkom Warung Sepahtu telah pun bersiaran hari Khamis lepas, 14 Januari 2021 di Astro Warna dan Warna HD menggantikan rancangan Sepahtu Reunion Live buat sementara dalam tempoh PKP2.0.

Sitkom Warung Sepahtu masih lagi diterajui oleh Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya. Sitkom Warung Sepahtu dibuat secara rakaman di studio dan menampilkan beberapa artis jemputan. 

Antara artis jemputan yang bakal memeriahkan Sitkom Warung Sepahtu adalah Naqiu, Noraniza Idris, Nabila Razali, Sharifah Sakinah, Dato' M. Nasir, Wan Sharmila, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi. 

Warung Sepahtu (Astro Warna)

Rancangan : Warung Sepahtu
Waktu Siaran : Khamis, jam 9:00malam
Mula tayangan : 14 Januari 2021
Siaran TV : Astro Warna (CH127) dan Astro warna HD (CH107)

Rancangan sembang sembang dengan artis jemputan dengan selitan sketsa komedi. 

Tonton Online 

Artis jemputan : Liza Abdullah dan Jasmin Hamid

Warung Sepahtu Episod 2
Artis Jemputan : Ebby Yus dan Salleh Yaacob

Warung Sepahtu Episod 3
Artis Jemputan : Dato' M.Nasir dan Dato' Hattan

11 comments

  1. Hubby akak pun tengok kat online sebab kitorang dah takde astro lagi.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Whoaa.. mesti best jugak ni... bila artis jemputan tu best jugak.. hehe

    ReplyDelete
  3. yay!!! weekly boleh tgk lawak2 jep ni, mmg best

    ReplyDelete
  4. Oh masih ada kumpulan Sepahtu walaupun tajuk lain.

    ReplyDelete
  5. Eza kalau nak tengok, kena tengok online ni. Hehe. Suka sepahtu, selalu lawak dorang menjadi.

    ReplyDelete
  6. Bila baca senarai artis jemputan tu, tiba-tiba tersentap! Rupanya Dato' M. Nasir. Ingatkan Nassier Wahab. Allahurabbi!

    ReplyDelete
  7. mesti best ni.. tp tak best lah tgk online. huhu

    ReplyDelete
  8. lama x tonton sepahtu.
    sebab x langgan warna.
    dok dgr aje kat sinarfm pagi2.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.