Tebus E-Wallet RM100 2021

Thursday, January 07, 2021

Belanjawan 2021 bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' mempunyai tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

E-wallet RM100 2021

Tahun 2020, kerajaan telah memberikan bantuan khas E-Wallet RM50. Pada tahun 2021, kerajaan telah menambah lagi RM50 menjadi jumlah E-Wallet RM100 dan dibayar secara one-off pada setiap orang bermula 2021.

Tebus E-Wallet RM100 2021

Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun.
  • Pelajar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.
  • Mempunyai salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti TNG E-Wallet, Boost ataupun Grabpay.
Persoalannya disini, E-Wallet hanya untuk belia saja kah? Ikut umur dah lebih had 20 tahun tu. Kah! Tapi tahun lepas semua je dapat, kan? Ke macamana? Kecelaruan maklumat di situ. 

Kita tunggu je lah nanti. Belum ada update terkini lagi.

Cara Memohon E-Wallet

Tidak perlu buat permohonan. Janji ada tiga aplikasi TNG E-Wallet, Boost ataupun Grabpay. Lepas tu jangan lupa daftar isi maklumat lengkap dan verifikasi akaun. Bila E-Wallet dah berjaya di salurkan, nanti barulah boleh tebus.

Bantuan E-Wallet akan diperolehi pada Januari 2021 sekiranya layak. Nantikan saja. Walaupun bantuan e wallet RM100 ni ada yang kata sikit tapi bermakna juga. Kerajaan bagi, kita ambil saja. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Tak gitu?

Dalam keadaan sekarang, apa jua bantuan yang diberikan kita bersyukur. Lepas juga buat bayar touch and go beberapa hari tu. Lepas juga bayar bil. Lepas juga nak membeli makanan atau shopping.

Tahun lepas peram lama juga RM50 dalam aplikasi TNG e-wallet tu. Dah hujung hujung nak expired baru guna. Itupun tinggal RM4.++ lebih tak sempat dihabiskan. Kalau dapat bantuan e-wallet RM100 kali ni, kita kasik settle apa yang penting dulu.

11 comments

  1. Hehe..samalah kita, tahun lepas dah hujung2 kelam kabut nak habiskan. Rupanya banyak je tempat boleh guna e-wallet. Aritu akak habiskan kat MrDiy, memang ada barang keperluan dicari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak Ujie. Sebab tak tahu kemana nak guna e-wallet tu :)

      Delete
  2. thank you for the info kak , kalau tak mesti sye tak check touch n go sye nanti .RM100 pun byk tu . sye buat bayar bill astro je , heheheh .

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah saya memang suka habiskan awal-awal, hehe

    ReplyDelete
  4. Hi Kak! Can we claim the fund through the Grab app itself or Grabpay has its own app we need to download? Thank youuu!

    ReplyDelete
  5. tahun lepas dapat kenapa thn ni x dpt pulak?? sedih cmni.. thn lps kakmim siap shopping dgn rm50 tu pakej dgn byr parking sekali.. setel.. haha

    ReplyDelete
  6. Oh, tahun 2021 pun ada, ye. Tak tahu pula akak. E-Wallet, suami akak guna untuk top-up phone anak-anak, dan ada juga buat belanja di speedmart.

    ReplyDelete
  7. Tahun lepas bila dapat je guna untuk Grab. Sekejap je habis, tapi rezeki kan. Syukur jela dah dapat

    ReplyDelete
  8. eh umur lepas 20 takleh mohon ke hahahahah...tapi nasib baik masih student ipta lagi..

    ReplyDelete
  9. aloorrrhhhh kita yang da 30 an ni guana ?
    jangannnn la dipinggirkan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.