Bihun Goreng Singapore Versi Lupa Letak Black Pepper

Wednesday, January 20, 2021

Hari ni hari sibuk untuk mak-mak dan anak-anak mulakan "Sekolah Maya" Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Semoga dipermudahkan urusan semua.

Pagi ni buat sarapan berat sikit. Masak bihun goreng versi lupa letak black pepper. Sebab lupa letak black pepper lah jadi tajuk macam tu.

Entah kenapa boleh pulak lupa letak black pepper. Banyak fikir ke faktor usia entah. Takpe, tak ada masalah. Tetap sedap habis licin. 


Bihun @Mihun

Bihun, mihun atau mi siam sejenis makanan dari China seperti mi tapi lebih kecil dan nipis yang dibuat daripada tepung beras.

  • bí-hún (bihun) dalam bahasa Hokkien 
  • mífěn (mihun) dalam bahasa Mandarin 
  • rice vermicelli, rice noodles atau rice sticks dalam bahasa Inggeris

Bihun Goreng Singapore


Resepi Bihun Goreng Singapore @Bihun Putih

Bahan-bahan 
1/4 daripada 1 bungkus bihun (Hidangan untuk 2 orang)
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cili api ( Ikut tahap pedas lidah masing-masing)
4 ekor udang (buang kepala dan bersihkan)
1 sudu besar udang kering
1 biji telur
1-10 ekor ikan bilis
3-4 batang sawi
1/2 batang Carrot disagat
1/4 sk garam
1/2 sudu serbuk cukup rasa
minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Rendam bihun dengan air panas sampai lembut dan toskan.
2. Tumbuk kasar cili api, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan udang kering.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai garing. Masukkan udang dan biarkan masak sekejap.
4. Pecahkan telur, biarkan kejap dan kemudian kacau macam buat scrambbled egg tu.
6. Masukkan sawi, garam dan bihun. Kacau rata dulu.
7. Masukkan serbuk pasti sedap dan carrot. Kacau lagi sampai carrot tu layu sikit.

Lepas tu siap! Untuk hidangan sikit bolehlah nak menumbuk guna lesung batu. Lagi sedap kot kan. Kalau banyak, kita blend kan je.


18 comments

  1. walau takde lada hitam, tetap sedap...

    ReplyDelete
  2. yum yum sedapnya. mama suka makan sdgn sambal kicap

    ReplyDelete
  3. lupa letak blackpepper pun tetap licin yaa..

    ReplyDelete
  4. dah sedap ni walaupun lupa letak lada hitam..hehe

    ReplyDelete
  5. suka bihun spore..kalo bole umh mak..die suka buat menu ni

    ReplyDelete
  6. Kalau husband tanya cakap la ni norma baru tak bubuh black pepper. Hehe

    ReplyDelete
  7. Akak dah lama tak masak bihun goreng singapore ni. Takpe lupa black pepper, sendiri juga makan.

    ReplyDelete
  8. Dah ada cili api, takyah lada hitamla, kalau akk la..nnt dia bertumbuk dua tu, haduh..pedasnya berlawan tak tahan

    ReplyDelete
  9. Pernah rasa bihun Singapura tapi macam tidak pedas yang akak makan.

    ReplyDelete
  10. Anak-anak suka makan bihun goreng Singapore sebab gemar makan lobak merah.
    Tak bubuh lada hitam pun masih ok rasanya. Syarat saja tu bubuh lada hitam.

    ReplyDelete
  11. Hihi lupa letak ramuan takpe asalkan habis licin dimakan.. kalu family akak, kitorang panggil mihun, tapi ada masanya kami panggil mi halus😂

    ReplyDelete
  12. tajuk dh unik.. gambar dh chantek.. yg penfing bihun singapore yg sedapp tuuh

    ReplyDelete
  13. tak dpt imagine klu bihun singapore tak letak black paper apa rasanya kan

    ReplyDelete
  14. Kalau guna black paper yang tumbuk sendiri tu, rasa dia lagi extra wow kan Fiza...
    Terlupa bubuh pun habis mee hoonnya..

    ReplyDelete
  15. Xde black pepper pn xpe.. kalo tgk meehoon putih versi kakmim lg simple 😂😂

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.