Macau Egg Tart Baker's Cottage

Friday, January 15, 2021

Alang alang husband dah ke Baker's Cottage, sempat kirim beli egg tart antara baker's cottage cake menu yang sedap. Sebenarnya teringin nak makan cheese tart cerita dia. 

Entah kenapa laju je mulut ni cakap egg tart. Sel sel otak tak berhubung agaknya masa tu. Tercakap egg tart pulak. Otak tak seiring dengan percakapan tu lah dia.

Husband dengan yakinnya beli egg tart lah bila dah pesan egg tart. Sekali balik rumah isteri buka kotak, "eh, kenapa egg tart dia lain?" Bukan tadi nak egg tart ke? husband tanya semula.

Ehhhh.. dia main eh eh eh zizi kirana pulak.

Isteri : Nak yang shell tart tu. 
Suami : Itu cheese tart bukan egg tart. 

Hahahahaha...Hanya mampu gelakkan diri sendiri. 

Baker's cottage ada 2 jenis menu tart iaitu Macau Egg Tart dan Blueberry cheese tart. Dua dua pun sedap. So tak kisah sangat lah tersalah beli cuma teringin cheese tu lah. 

Ada rezeki lebih, next time lah beli. Pujuk hati sendiri.

Macau Egg Tart Baker's Cottage

Macau Egg Tart promotion harga 4pcs RM8.90. 8pcs RM15.90. Satu biji egg tart RM2.85. Lapisan kulit tart menggunakan pastri lapis @puff pastry. Rapuh dan nipis. Berterabur makan tu. Sumpah sedap!

Macau Egg Tart Baker's Cottage

Macau Egg Tart Improved Recipe

  • Higher egg yolk content
  • Silkier, smoother texture
  • Richer premium cream
  • Less Sugar
Benar seperti yang dikatakan. tekstur halus, egg yolk dan krim sedap. Rasa pun kurang manis semestinya. Isi padat, tu yang best.  So sedap!

14 comments

  1. mcm sama je dgn portugess egg tart?

    ReplyDelete
  2. i sendiri pun kadang blur nak bezakan cheese tart and egg tart hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau pergi bakery, akak selalu beli egg tart. Cheese tart pun layan juga kadang-kadang. Nampak tebal isi egg tart dia. :)

    ReplyDelete
  4. Wah, egg taart ini tampilannya terlihat sangat menarik dan enak !

    ReplyDelete
  5. seigt sy, penah try sekali kot. beli kat TBS sblm blk kg. laa ni CB dah x de lg...

    ReplyDelete
  6. akak biasa beli egg tart BC ni, fiza. suka sgt!
    sebab lately dok beli set ayam dgn egg tart ni.
    4 ketul, akak sorang yg makannya.
    lelain tak minat :) bertuah la badan ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. Kak Amie suka egg tart, tapi selalu beli juga cheese tart sebab sedap.

    ReplyDelete
  8. Saya suka dedua.. aihhh, dah lama tak gi Bakers Cottage.. huhu

    ReplyDelete
  9. Teringat masa gi Macau. Geram tengok tapi tak berani nak beli takut tak halal. Nak beli lah yang Bakers Cottage ni. Saya suka egg tart

    ReplyDelete
  10. Eh nama Macau ya. Ingat Portugese. Beli set nasi ayam Baker's Cottage dapat pilihan donut atau tat jadi pilih ini.
    Oh tapi akak rasa kuat rasa telur. Haah memang berterabur kulit apabila makan.
    Haha tidak buat pos pasal set nasi ayam BC.

    ReplyDelete
  11. sedapnya..terus lapar balik tengok egg tart ni :)

    ReplyDelete
  12. lagi suka cheese tart..sbb lagi yummy!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.