Dalgona Coffee 2.0

Tuesday, January 19, 2021

Hari pertama PKP2.0 Seremban. Dari status PKPB, tak sempat habis tempoh PKPB dia buat terus anjakan paradigma ke group PKP2.0.Tudiaaa...masih main main lagi tak ambil kisah SOP? 

Tak kisah nak pakai mask, tak kisah nak scan suhu, tak kisah nak scan mysejahtera Semua scan pakai niat je eh?. Jalan sana sini tanpa ada urusan penting, kan dah mendapat kena PKP. 

Bila dah jadi macam ni nak salahkan siapa? Mereka dah keluarga mereka? Tak boleh nak salahkan sesiapa dah dan  kita tak minta pun jadi macam ni. Jadi, mana dah terjadi tu ambil jadi pengajaran.

Apapun yang mendatang ni, bersedia atau tidak. Kena bersedia dan laluinya. 

Dalgona Coffee 2.0

Dalgona Coffee mengingatkan kembali PKP1.0. Masa tu lah dalgona coffee trend ni viral. Ramailah terjebak membuatnya. Bila kena PKP2.0, masing masing throwback Dalgona Coffee terus dapat title Dalgona Coffee 2.0.

baca juga : Dalgona Coffee 1.0

Dengan tak sengaja terrrbuat Dalgona Coffee 2.0 dan kena pulak tepat pada masanya. Ambil mood PKP2.0 ke macamana. Eh, tak! Gurau je. Sebenarnya susu expired hari ni, ada suku botol besar nak dihabiskan. Itu yang terkenang Dalgona Coffee dan saja buat.

PKP2.0 ni tak viral dah, cuma throwback dalgona coffee viral je. PKP2.0 ni nak tenang tenang je boleh tak?

Dalgona

Dalgona (달고나), also known as Ppopgi (뽑기), is a very popular street snack made from sugar and baking soda. The name “Dalgona” originates from the way people eat this snack.

Dalgona Coffee @Kopi Dalgona

Dalgona coffee meaning adalah sejenis minuman kopi yang  berasaskan gula, kopi, kopi segera dan air dalam nisbah yang sama. Adunan dipukul sehingga menjadi  krim kembang macam whipped cream.

Kemudian, krim akan diletakkan di atas secawan susu. Boleh dihidangkan panas atau sejuk. Sejenis yang malas nak tunggu dia bertanduk sangat. Janji pekat likat sikit sudahlah.

Dalgona Coffee 2.0

Cara buat dalgona coffee dan Resepi Dalgona coffee

Bahan-bahan
* 2 sudu gula
* 1 sudu nescafe
* 1 sachet 3 in 1 white coffee old town hazelnut
* 3-4 sudu air panas
3/4 cawan susu segar
Ais

Cara-cara
Campurkan semua bahan bertanda * dalam satu bekas. Kacau sampai adunan tu jadi krim kembang bertanduk macam meringue guna mixer.

how to make dalgona coffee without mixer? Tak jadi masalah tak ada mixer, boleh gunakan kekuatan tangan gunakan whisk pun boleh. Tapi ambil masa ye untuk ke tahap krim tu kembang. 

Letak ais dan susu dalam cawan, dan masukkan krim kembang kopi tadi. Sebelum minum, kacau rata dulu ye.

Dalgona Coffee 2.0

This is how to make dalgona coffee at home. Last lah kot buat dalgona coffee ni. Sedap tu sedap tapi tak boleh bawa bincang kalau dah minum. Dia jadi auto pening lepas minum. Mungkin sebab kopi jadi krim tu kot. Tak biasa, kan.

Nak buat leceh ambil masa, minum sekejapan habis. Haha...



22 comments

  1. buat dalgona coffee ms 1st pkp dlu tp xbole minum sgt sbb nanti tk bole tido...masa yg buat dlu smp 4 pg mcm tu tkleh tido..nasibaik la work from home kn ..so tkde la nk ngantuk esoknya nk kena drive pi kj

    ReplyDelete
  2. Dalgona muncul lagi....pkp2.0 ni belum try lagi dalgona ni.

    ReplyDelete
  3. Gigih Fiza buat dalgona. Akak minum kopi biasa sudah.
    Oh sudah satu kumpulan PKP. Ya perasan banyak tempat masuk dalam kumpulan.

    ReplyDelete
  4. Belum pernah buat lagi dalgona coffee walaupun viral masa pkp 1.0 aritu. maybe sebab bukan coffee lover kot hehehehe

    ReplyDelete
  5. Ha tudia.. anjakan paradigma! :D
    Kembang bertanduk? Hahaha.. adoi... :D
    Akak kan Fizah, tak pernah buat pun. Tak berani. Memang nampak sedap. Tapi takpe la, nanti kepala ting tong, tak tahan, macam pekat je.

    ReplyDelete
  6. boleh la untuk terapi minda buat dalgona coffee nie..

    tidaklah rasa bosan sangat kalau tiada apa nak buat

    ReplyDelete
  7. dalgona 2.0...minuman viral di kala duduk di rumah

    ReplyDelete
  8. Menggoda betul dalgona coffe tu...slurrrppp!

    ReplyDelete
  9. Hahaa. Buat punya gigih, laju je habisss.. betul tuhh.. kita setujuuuu... Hikhikkk! Ya.. tenang aja pkp 2.0 ni.. moha sembuh la bumi ini... Amin

    ReplyDelete
  10. esok nak buatlah...tp kena beli bahan dulu

    ReplyDelete
  11. PKP 1.0 dulu inilah minuman yang saya sungguh-sungguh buat. Tapi for PKP 2.0 ni, tak terfikir lah nak buat.

    ReplyDelete
  12. Untuk kali ni dalgona coffee tak lagi menyeberang ke Aussie.. hihi..
    (mood M melanda).

    ReplyDelete
  13. sbb leceh laa smpi laa ni sy x buat2 tggu starbucks ke costa coffee ke etc yg buat😆😆😆😆

    ReplyDelete
  14. perghhh kejam betul gambar dia! pakkal susu takde kat umah ni, kalo tak..dah buat jugekk 😂

    ReplyDelete
  15. pkp ada 2.0. dalgona pun ada 2.0 ye haha

    ReplyDelete
  16. dari pkp dulu nak masuk kedua ni tak pernah rasa nak buat pun..haha

    ReplyDelete
  17. Sekarang satu Malaysia kecuali sarawak berpkp. Sehati sejiwa. Baru adil

    ReplyDelete
  18. walaupun x minat kuppi.. tngk gmbr2 sis ni mengancam rasa..

    ReplyDelete
  19. Akak x penah buat pun kopi nie sebab tak brapa suka yang manis².. hubby akak pun sama jugak..😆

    ReplyDelete
  20. masa pkp first dulu, SIL suka buat mmg terang menerang mata ! hahaha

    ReplyDelete
  21. Dalgona coffee ni mmg sinonim dgn pkp.. tp kakmim x penah buat or rasa sbb x minum coffee or nescafe.. hihihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.