Header Ads

Lauk Ikan Bilis Bawang Cili Api Goreng

Lately, suka masak masakan yang simple. Mudah dan enak dimakan. Ayam tolak tepi dulu. Selera makan ayam tak datang lagi.

Seentara ni amalkan konsep masak apa yang ada je. Bawang dah last kopek baru beli barang dapur. Nak elakkan keluar rumah buat masa ni.

Masing-masing tengah sibuk dengan panic buying. Takpun beli barang banyak sekali nak elakkan keluar banyak kali. Suka hati kau orang lah.

Kita layan lauk ikan bilis goreng je. Siapa suka lauk legend ni? Tumis bawang potong, ikan bilis dan cili api potong. Tabur garam secukup rasa. Letak kicap sikit pun sedap.

Lauk Ikan Bilis Goreng

Lauk macam ni laku bila lapar. Atau takde idea dah nak masak apa. Bila nak cepat, lauk ni lah penyelamat perut yang lapar. 

Dah biasa makan lauk macam ni, so tak ada masalah kalau hanya tinggal bawang, ikan bilis dan cili api. 

Bahan penting wajib ada tu. Jangan kata lauk ni lauk murah sebab ikan bilis pun dah mahal dah sekarang tahu!

Walaupun kaedah dia menumis, guna minyak sikit tapi tetap dipanggil lauk ikan bilis goreng. Bukan ikan bilis tumis.

Resepi Lauk Ikan Bilis Bawang Cili Api Goreng

Resepi ringkas, wajib ada bawang besar, ikan bilis dan cili api. Masak cara saya, goreng ikan bilis dulu. Dah masak garing, angkat dan ketepikan dulu. 

Tumis potongan bawang merah dan cili api potong. Last sekali baru masukkan semula ikan bilis untuk kekalkan kerangupan ikan bilis tu. Tak lengkap garam pun tak apa, masih sedap.

Perbezaan Goreng dan Tumis

Goreng

Proses memasak menggunakan minyak goreng yang banyak dengan suhu panas tinggi dan makanan masak dalam proses yang lama.

Tumis

Proses memasak menggunakan minyak yang sedikit dengan api yang sederhana sehingga besar. Proses memasak pula dalam waktu yang singkat.

Nak lagi sedap, hidangkan dengan telur mata sebiji. Bertambah nasi! Itu dulu zaman kanak-kanak riang makan tanpa rasa bersalah. Sekarang ni, nak bertambah nasi pun segan. 

Masak nasi pun ngam ngam je. Tak ada istilah nasi tambah dah. Kah! 

19 comments:

  1. Akak suka! Akak pernah tengok rancangan chef Sherson, kat channel AFC, yang dia masak dengan mak dia tu, hidangan dia ni, serupa macam Fizah masak juga, cuma dia tumbuk bawang dengan cili api. Pastu ada bawang hiris lagi, dan dia letak kicap manis. Dia masuk je apa barang ada dalam peti ais. Nama masakan dia adalah hidangan penyambung nyawa. Sebab dulu, mak dia masak ni ler, masa zaman susah.

    ReplyDelete
  2. Uish... inilah yang buat makan bertambah ni!

    ReplyDelete
  3. menu ni memang dah buat terliur dah, tengok gambar jadi lapar terus!

    ReplyDelete
  4. Kalau akk lepas tuang kicap akk perah limau kasturi pulak...perghhh...sape pun tak boleh menafikan kesedapannya.

    ReplyDelete
  5. Sedap sesekali makan camni. Letak cili api potong tambah cili potong pekena nasi panas..
    Lauk ayam tak pandang, hehehe

    ReplyDelete
  6. Menu kegenaran arwah Abah Sis, kami berdua paling suka menu ni..kalau ada lauk lain pun suka buat menu ni.. makan dengan lempeng pun sedap..

    ReplyDelete
  7. nampak simple, tapi sangat membangkitkan selera!

    ReplyDelete
  8. Kalau dapat ni, memang tak pandang benda lain dah!

    ReplyDelete
  9. Lauk gini memang menyelerakan. Kalau tak boleh tambah nasi, kenalah jilat jari sampai licin heheheee.

    ReplyDelete
  10. Suka lauk ini. Ini memang akak mahir masak tapi tidak guna kicap.

    ReplyDelete
  11. sy kalu buat lauk ni mesti boh kicap lps masak pastu perah limau waduhhhhh bertambah2 nasik��

    ReplyDelete
  12. makan ikan bilis cili bawang ni dgn gulai ayam or gulai daging ! sedap

    ReplyDelete
  13. Lauk paling best. Haha. Harga bawang merah pun menggerunkan sekarang ni

    ReplyDelete
  14. Yeahhh, ini dia... lauk mahal yang simple gituu. Hewheww

    ReplyDelete
  15. less is more... kakmim pun suka lauk simple mcm ni... mmg bertambah2 makan apatah lg kalau mkn ramai²

    ReplyDelete
  16. saya kalau tak tahu nak masak apa. goreng ikan bilis macam ni je. simple dan sedap..hehe

    ReplyDelete
  17. Memang menambah kalau kena gaya fiza oii ^_^

    ReplyDelete
  18. Menu paling sedap makan masa bersahur.. Membuka selera..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.