Header Ads

Latest Update
recent

Tak Sangka Betul Dapat Hadiah Personalised Tote Bag Limited Edition Ni

Pin! Pin! bunyi hon motor depan rumah. Rumah jiran kot sebab tak ada membeli dan blah (baca : membeli belah) minggu ni. So ignore je lah dengan bunyi hon. 

Malas nak menjengah ke tingkap bila dah duduk depan PC menyiapkan kerja design. Sekali dengar ada bunyi something kat luar, macam seseuatu jatuh gedebuk. 

Terus laju menjengah ke tingkap. Lahhh..tak ada pulak dia bagi salam atau hon kuat-kuat sampai tuan rumah keluar. Rupanya parcel kat rumah sendiri. Aduhaiii..habislah rosak barang tu.

Dalam hati dok risau kalau barang rosak. Tertanya tanya jugalah siapa pulak yang bagi ni. Tengok nama pengirim kak Fazura. Ehhh Mira Faizura. Ohh tahu dah! Ini KakMim bagi ni. Ya betullll, tepat tekaan itu. Kiriman hadiah dari KakMim.

Tote Bag Azhafizah.Com limited edition dari Kakmim.com
mendung, gambar pun kelam. failed betul white photography ni.

To Fizah,
Thank you for your support!
Happy New Year 2021
-KakMim-

 

Personalised Tote Bag Limited Edition With Name

Sebenarnya macam tak sangka dapat hadiah personalized tote bag limited edition with name azhafizah.com. Baca dari consignment note tulis tote bag. 

Terpaling special dapat yang limited edition siap ada nama blog lagi tu. Bukan tu je, ada juga tertulis blog kakmim dan juga ‘blogger’ sebagai titik pertemuan perkenalan dengan kakmim. Tambah lagi comel ada doodles comel. Jatuh hati terus dengan tote bag printing ni.

Pernah juga teringin nak personalised tote bag, custom tote bag dengan nama blog tapi tak juga tempah tempah lagi sampai sekarang ni. Kira rezeki sangat ni. Macam know know je KakMim ni tau!

Tote Bag Azhafizah.Com limited edition dari Kakmim.com

kakmim.com @Monolog Kakmim

Blogger Sarawakian yang baru dikenali beberapa bulan ni. Sejak jumpa blog Kakmim, rajin juga singgah blog kakmim bila ada masa. 

Kakmim pun rajin juga singgah sini. Terima kasih kakmim! Suka baca blog Kakmim yang santai-santai. Mujurlah Kakmim tak klakar serawak. Sik paham kamek.

Terima kasih banyak Kakmim kirimkan hadiah dari jauh. Baru perasan, alamat pengirim tak ada. Hanya ada nama dan no phone je.

Semoga kakmim dimurahkan rezeki yang berpanjangan dengan penuh keberkatan. Aaminn...

Kau orang boleh singgah blog kakmim.com lepas ni okay!
 

9 comments:

  1. Alhamdulillah dah sampai ke empunya badan... syukurlah fizah suka.... suka sangat gambar tu fizah... sesuai sangat dgn props tu semua... love sangat!!

    ReplyDelete
  2. Seronok ada beg dengan nama blog. Boleh pakai beg sambil promosi blog.
    Hehe akak baru kenal blog nama Kakmim hujung tahun lepas

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa. nak gak hadiah gituuuu... rezeki gitu...

    ReplyDelete
  4. cantik kan??? i love it so much!!!!

    ReplyDelete
  5. wahhhh cantikkkk... syok arrr boleh tyg2 cun pulak tu hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.