Header Ads

Sesekali Merasa Aiskrim Strawberry Cheesecake

Cuaca agak panas juga sejak seminggu ni. Ada lah hujan sehari tu, lepas tu panas balik. Sebelum ni rajin juga hujan, kan? Eloklah cuaca cerah, banjir pun dah elok surut.

Pagi tadi husband keluar beli barang dapur, kehabisan bawang terpaksa lah keluar juga membeli. Apalah rasanya masakan tanpa bawang, kan? Hambar.

Alang-alang dah keluar, senarai kan apa yang patut beli. Selit sekali aiskrim sebab dah lama tak makan aiskrim. 

Konon nak beli aiskrim vanilla sebab nak buat biskutea ala tealive tu. Sekali lotus biscoff pun tak ada, cancel lah beli aiskrim vanilla dengan fresh milk.

Banyak betul ye barang tak ada. Roti tak ada, santan pun entah brand apa yang tinggal. Masing-masing panic buying ke macamana? 

Atau masing-masing beli stok banyak malas nak keluar kot. Fikir positif je lah. Apa yang ada, kita ambil je lah. Dah tu rezeki yang tinggal untuk kita.

Mujurlah aiskrim strawberry cheesecake wall's ni ada. Pengubat duka lara sebab aiskrim kit kat gold pun yilekkk.. 

Aiskrim walls selection ni semua sedap-sedap. So far semua memenuhi citarasa. Tak pernah jemu makan. 

Walls Selection Ice Cream

  • Strawberry Cheesecake
  • Double Dutch
  • Choco Almond Fudge
  • Hershey's
  • Choco Nutty Crunch
  • Cookies 'N' Cream
  • Matcha Mochi

Semua sedap! Tak tahu nak pilih mana satu. Kalau tanya pilih mana untuk top 3. Saya pilih Strawberry cheesecake, double dutch dan hershey's. Terpaling suka Strawberry cheesecake ni. Suka rasa manis masam yang buatkan rasa tak jemu makan.

Strawberry Cheesecake Ice Cream

Strawberry Cheesecake Ice Cream

Aiskrim perisa cheesecake dengan flavoured syrup, strawberry dan cebisan cheesecake. Kalau sejenis yang suka cheesecake, for sure akan suka aiskrim strawberry cheesecake ice cream ni. 

Mujurlah bukan limited edition. Jadi, boleh makan selalu. Itupun kalau ada stok. Sedang elok cuaca panas-panas sejukkan tekak dengan aiskrim sedap tak nak kalah ni.

Strawberry Cheesecake Ice Cream

Harga walls strawberry cheesecake 750ml 

Harga untuk walls strawberry cheesecake 750ml RM13.50. Sebagai seorang peminat aiskrim wall's selection ni agak perasan juga harga dia semakin mahal. 

Dari zaman RM9 rajin juga beli. Lepas tu bila dia naik harga sikit sikit, terus kurang beli. Bila jarang beli, terkejut juga harga dah naik sampai RM12. 

Sekarang naik lagi jadi RM13.50. So kita akan makan bila teringin saja lah. Alhamdulillah..syukur ada rezeki merasa.


38 comments:

  1. Sedap, fiza tangkap gambar dia macam tu, lagi nampak menyelerakan hehe ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. Sedap betul nampak aiskrim tu. Menggoda! Terasa-rasa di lidah.
    Memang banyak harga barang naik sekarang ni. Kalau bawang merah tu di LD RM25 sekilogram. Terpaksalah beli bawang besar lebih sikit, jimat-jimat guna bawang kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak amie. Kena bijak berbelanja. Saya pun tak guna bawang kecil dah. Guna bawang besar je.

      Delete
  3. Pernah makan aiskrim ini sebab adik beli. Betul sudah lama ada, bukan bermusim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So anytime boleh makan. Ada stok dengan takde je lah ๐Ÿ˜

      Delete
  4. nampak sedappp
    kat umag stok mesti ada bila anak2 suka eskrim
    tp yg cheese strawberry belum penah try lg

    ReplyDelete
  5. bolehlah try nnt sbb aritu sy dah beli double dutch��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Double dutch pun sedap. Strawberry cheesecake pun sedap kalau sejenis suka strawberry dan cheesecake.

      Delete
    2. ms beli tu cuma nmpk 2 pilihan je. 1 lg ais krim yg lee min ho mkn tu 1 lg double dutch hahahaha... x pe tggu yg tu habis dulu. nnt bleh layan yg ni pula

      Delete
  6. Musim2 panas ni memang sedap kalau dapat sekerim.
    Kat esbok tu ada sekerim kitkat emas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. wah untung wak dapat kitkat emas. Saya masih tak dapat stok aiskrim kitkat emas tu lagi. huhu

      Delete
  7. waa..sedapnya..ada rasa masam2 tu yg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap sebab saya suka rasa rasa masam manis tu.

      Delete
  8. omaigadddd askem mmg tergoda..tak kisahlah perisa apa..hahah
    alaaa kene cari juga ni

    ReplyDelete
  9. Wah kena keluar mencari aiskrim nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencari dan semoga ada rezeki jumpa dan dapat makan aiskrim ni :)

      Delete
  10. looks so tempting! then skill photography tu menampakkan kegodaan dia tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..nak bagi tergoda tu. Harus membeli cepat :p

      Delete
  11. Yaaa rabbi mengodanyaaa.. walau Sis bukan peminat aiskrim tegar, tapi tengok aiskrim dalam gambar ko ni Fizah, terus rasa nak makan aiskrim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sislin..Apa lagi sis, cepat beli aiskrim :p

      Delete
  12. Tengok gambar... aiseyyy... tengah buat koje terus jadi terliur habis!! Huwwaaaaaaa

    ReplyDelete
  13. Barang makin lama, makin naik harga. Lagi-lagi, kalau barang baik. Hehe.. Akak tak pernah cuba flavour ni. Yang pernah makan baru-baru ni, choco nutty crunch. Sedap! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choco nutty crunch saya tak cuba lagi sebab tak jumpa. Almaklumlah banyak barang terlajak laku musim PKP ni.

      Delete
  14. Barang lain naik harga, aiskrim Walls pun tumpang sekaki ye. Bolehla layan craving sekali-sekala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Sal. Makin lama makin meninggi diri. Ye, layan sekali sekala je mampu.

      Delete
  15. tertarik dengan gambar sebenar nya. lawa gambar. pandai ambil.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah try plak.. nanti boleh try la.. hihi.. haritu cousin beli dua bekas walls, dapat bag .. Akak beli satu aje eh.. x try beli dua.. hehe

    ReplyDelete
  17. aiskrim walls sedap kan? fiza kalau bab ambik gambar mmg win... nnt turunkan ilmu ye.. hehe

    ReplyDelete
  18. sedap perisa strawberry ni. nak kena cuba ni :)

    ReplyDelete
  19. menggoda betul gambar fiza tu haa ^_^

    ReplyDelete
  20. aaaa sedapnyaaaaaaaaaaa!! fiza buat akak rasa nak beli!!

    ReplyDelete
  21. Ala-ala.. Macam nak kena gi TF je cari.. Lama tak beli aiskrim dalam tub macam nie.. Sedap pula strawberry ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.