Header Ads

Movie Survival Family (2017)

Movie Survival Family, boleh masuk dalam senarai movie wajib tonton masa PKP ni. Survival family Japan full movie, movie tahun 2017 yang mampu membuatkan penonton celik mata sikit dengan keadaan yang berlaku sekarang. Beringat dan belajar bersyukur.

Survival family diarahkan oleh Shinobu Yaguchi dan dibintangi oleh Fumiyo Kohinata,
Eri Fukatsu, Yuki Izumisawa, Wakana Aoi dan ramai lagi.
Movie Survival Family (2017)
sumber : google


baca juga : Survival family full movie watch online 

Movie: Survival Family
Romaji: Sabaibaru Famiri (サバイバルファミリー)
Pengarah : Shinobu Yaguchi
Pembantu pengarah : Shozo Katashima
Penulis Skrip : Shinobu Yaguchi
Produser: Hidehiro Ogawa, Takao Tsuchimoto, Shintaro Horikawa
Cinematographer: Yoshihito Kasai
Release Date: February 11, 2017
Durasi: 117 min.
Genre : Comedy / Sci-Fi
Pengedar : Toho

Survival Family Cast/ Pelakon Survival Family

Pelakon Utama

Fumiyo Kohinata sebagai Yoshiyuki Suzuki
Eri Fukatsu sebagai Mitsue Suzuki
Yuki Izumisawa sebagai Kenji Suzuki
Wakana Aoi sebagai Yui Suzuki

Pelakon Pembantu

Saburo Tokito sebagai Toshio Saito
Norika Fujiwarasebagai  Shizuko Saito 
Takuro Ohno sebagai Ryosuke Saito 
Jun Shison sebagai Shohei Saito
Shin Takuma sebagai Ryozo Takahashi 
Eri Watanabesebagai  Tomiko Furuta 
Akira Emoto sebagai Shigeomi Sasaki 
Yasuo Daichi sebagai Zennichi Tanaka

Pelakon Tambahan

Daikichi Sugawara
Yu Tokui
Yoshiyuki Morishita
Yoji Tanaka
Masashi Arifuku
Tokie Hidari
Mickey Curtis
Haruka Uchimura
Jakujaku Katsura

Survival Family Synopsis/ Sinopsis Survival Family

Menceritakan kisah kehidupan sebuah keluarga yang terlalu bergantung dengan alatan serba moden. Dimana anak-anak sibuk dengan telefon bimbit, ayah sibuk bekerja manakala ibu hanya boleh masak dengan menggunakan kaedah moden.

Satu hari, satu misteri telah berlaku. Seluruh bandar Tokyo dikejutkan dengan ketiadaan bekalan elektrik. Kehidupan mereka sekeluarga terus berubah bila mereka bangun pagi pada hari tersebut.

Mereka menyangkakan kejadian tu berlaku hanya sehari, rupanya makin lama makin teruk. Semua aktiviti mereka yang menggunakan elektrik tergendala.

Bayangkan satu Tokyo tak ada elektrik! Beli barang kat mall pun cashier kira guna sempoa. Keluarga ni nekad untuk keluar dari Tokyo untuk pulang ke kampung halaman mereka. 

Mereka hanya berbasikal dan memakan masa berbulan-bulan untuk sampai ke kampung disebabkan jaraknya yang jauh. Tambah lagi mereka berbasikal.

Bermacam-macam halangan yang mereka tempuh! Dalam masa ini, segala kekayaan tak menjamin kebahagiaan. Orang kaya sanggup tukar kereta mewah dengan beras. Makanan adalah keutamaan dan jual beli sistem barter je yang laku. 

Persoalannya, apakah punca dan misteri yang membuatkan tiada bekalan elektrik?

18 comments:

  1. wahh macam best.. nanti nak tengok la.. sebab kan kadang kadang xde letrik sejam pun gelisah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..takde elektrik sekejap pun dah gelabah. selamat menonton :)

      Delete
  2. Bagus cerita penuh inspirasi camnih.. Banyak pengajaran. kan

    ReplyDelete
  3. Sejujurnya kadang rasa macam tu jugak, terlalu bergantung 🤔

    ReplyDelete
  4. tuari wak mcm penah tgk tapi x abes.. nntila wak ripit lg.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  5. Menariks tu... leh cari n layan ni. Tq for sharing...

    ReplyDelete
  6. Jalan cerita menarik.
    Tak dapat nak bayangkan berhari2 takde elektrik.
    Setengah jam takde eletrik pun dah menggelabah.

    ReplyDelete
  7. Macam best ni. Nak tengoklah nanti!

    ReplyDelete
  8. Menariknya cerita ni. Naik basikal sampai berbulan-bulan baru sampai. Memang misteri...apa sebabnya tiada bekalan elektrik.

    ReplyDelete
  9. Tidak dapat bayang tiada elektrik. Buat kita terfikir untuk teruskan hidup dengan cara kreatif atau cara zaman dahulu.

    ReplyDelete
  10. menarik menarik����nk tgk jg. lg pn dah lama x tgk norika fujiwara berlakon��

    ReplyDelete
  11. Cita Japan, best ka tak best ka... kena masukkan dalam list wajib tonton cepat atau lambat hahah

    ReplyDelete
  12. Macam menarik ceritanya, Fizah. Nanti akak nak tengok. Takde letrik kalu, panas la. Dok dalam aircond je. Hehe.

    ReplyDelete
  13. Best filem ni. Jepun yang maju pun boleh tumbang bila takde elektrik. Persoalan nape takde elektrik tu memang misteri kan.

    ReplyDelete
  14. duluuuuuu penah baca sinopsis ceta ni... mungkin kt fb kot... tp x penah tgk lg... jalan ceta menarik kan? xde letrik semalam je pn dh resah semacam... inikan pulak xtau bila letrik akan ada balik

    ReplyDelete
  15. Menarik fiza citer ni..shida dah tgk dh masa PKP tahun lepas ^_^

    ReplyDelete
  16. Banyak baca review best tapi lom sempat nak tengok. Haishhh kena tgk cepat ni

    ReplyDelete
  17. Macam menarik filem dia.. Tapi banyak betul list nak tengok.. Hold dululah nampak gayanya..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.