Ringkasan Pakej Bantuan Khas 2021 PERMAI-Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia

Monday, January 18, 2021

Jam 4:00 petang tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021. Pakej bantuan tersebut adalah Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang bernilai RM15 bilion sempena PKP2.0 (Perintah Kawalan Pergerakan) semula dengan 22 inisiatif.

Ringkasan Pakej Bantuan Khas 2021 PERMAI-Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia

Pada PKP sebelum ini kerajaan telah melaksanakan 4 pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat. PKP2.0 kali ni pula akan dilaksankan di bawah PERMAI yang mempunyai matlamat untuk :
  • memelihara kebajikan rakyat 
  • memerangi wabak COVID-19
  • menyokong kelangsungan perniagaan

Antara Ringkasan Bantuan Khas-PERMAI 2021

  • Antara bantuan yang diumumkan Perdana Menteri ketika pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial:
  • Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  • Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
  • Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini
  • JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
  • Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April
  • Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
  • Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
  • KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir
  • Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja
  • Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang
  • Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500
  • Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus
  • Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir
  • RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut
kredit info : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/01/665493/intipati-bantuan-permai-diumum-pm

16 comments

  1. alhamdulillah.
    moga ramai dpt manfaat dari pengumuman ni.
    stop merungut dan terus lipat gandakan usaha mencari rezeki :)

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah.
    Kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  3. jgn ja lps ni ada lg merungut 😅😅😅

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah lega tambahan petugas barisan hadapan.
    Harap yang baik dipermudahkan Allah. Amin.

    ReplyDelete
  5. semoga akaan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
  6. Aalhamdulillh..semoga semua ini dapat membantu mereka- mereka yang terjejas sepanjang PKP

    ReplyDelete
  7. Untuk petani dan penternak takde nampaknya.

    ReplyDelete
  8. thank you sbb buat rumusan for this , sbb tadi tak sempat nak tgk live PM ni .. hehehe

    ReplyDelete
  9. ada dgr jugak semalam, cuma x pay attention...byk membantu la jugak kan.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Harap dapat bantu kurangkan beban rakyat. Semoga Allah rahmati dan lindungi negara kita

    ReplyDelete
  11. Syukurr apa adanya . walaupun i sinar belum nampak sinar.. kih kih. moga rezeki tetap ada.. Bersyukurlah kita..

    ReplyDelete
  12. semoga ramai lah mendapat manfaat dari permai ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.