Matcha Mochi

Thursday, January 28, 2021

Siapa suka green tea angkat tangan. Yeay, kita geng! Apa saja jua minuman dan makanan ada green tea saya suka. Even green tea without gula pun sedap. Pahit pahit kelat gitu. Yang tak suka, of course lah akan kata tak sedap.

Selera masing-masing, kan? Well, macam yang saya pernah cakap sebelum ni. Aiskrim Wall's selection tak pernah mengecewakan dari segi rasa dan juga kuantiti isi-isi dalam aiskrim tu. 

Matcha

Matcha adalah serbuk halus yang telah diproses khas daripada daun teh hijau. Dalam bahasa Jepun disebut mat.tɕa. 

Mochi

Mochi pula sejenis kuih tradisional jepun yang diperbuat daripada beras, ditumbuk sehingga lembut dan kenyal. Bentuknya bulat, ada kalanya ada isi dalamnya dan adakalanya kosong. Mochi akan dihidangkan ketika menyambut perayaan mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun.

Wall's Matcha Mochi (750ml)

Aiskrim green tea @teh hijau dengan pes kacang merah dan bebola mochi. Betul-betul Japan mari ni. Gabungan ketiga-tiga ni rasa dia unik. 

Kejap rasa green tea, kejap rasa kacang merah. Mochi tu tak tahu rasa dia tang mana sebab macam tak kelihatan. Tenggelam dalam kunyahan agaknya.

Wall's Matcha Mochi

Ini bukan pertama kali beli. Rasanya dah 2-3 kali jugaklah beli sejak dikeluarkan. Last makan 2019. Macamana boleh ingat? Sebab masa tu ada update kat blog, aiskrim matcha mochi ni.

So bila teringin nak makan aiskrim green tea boleh cuba walls selection ni pengubat rindu nak makan aiskrim matcha Family Mart tu.
 
Wall's Matcha Mochi

Harga Wall's Mochi Matcha

Harga dia sama je macam harga aiskrim Wall's selection Strawberry Cheesecake tu. RM13.50.

Tapi ada satu lagi aiskrim Wall's Top Ten Matcha belum cuba lagi. Macam sedap je coating chocolate dan kekacang, dalam dia aiskrim matcha. Dah cuba?

Masih tak dapat lagi aiskrim kit kat gold tu. Bukan emas je orang pulun beli. Kit kat emas pun terlajak laris sekarang ni. Harap ada rezeki merasa.

18 comments

  1. Setakat ni akak cuma boleh minum Ahmad green tea.
    Lain2 produk green tea, dah beberapa kali cuba. Masih tak kena selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh tak kena dengan selera akak tu. tapi okaylah minum juga air green tea :)

      Delete
  2. Aiskrim kit kat gold tu dekat area rumah saya melambak, kalau boleh pos dah lama hantar ke Fizah. Hehe. Saya minat green tea. Jarang makan aiskrim, tapi kalau flavour matcha tak pernah say no

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharunya Sal! Sini manjang takde. Orang lain dah borong dulu kot. Eh takpe, kalau pos nanti tak serupa aiskrim dah..hihi.inshaAllah ada rezekinya nanti :)
      Nanti cuba aiskrim matcha ni okay.

      Delete
  3. suka mochi tak suka macha!!! haha kat jepun hari tu pernah kena paksa minum original macha! Allah..... sabo je la... senyum ja ckp sedap tkot tok jepun terasa hati haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat sana, memang kena behave dan ikutkan je kan. jaga hati tuan rumah kaedahnya. Yang original tu lagi pahit kot kan. perghh dapat bayangkan kena menahan rasa dia tu.

      Delete
    2. tak xpa.. pastu no air lain haha...redha ja la

      Delete
  4. wak pon sukak green tea uncang tanpa gula je.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  5. tak pernah rasa lagi aiskrim matcha mochi ni. nampak sedap juga..

    ReplyDelete
  6. Memang suka teh hijau! Mula-mula skeptikal mesti ingat tidak sedap. Sekali ok minum tanpa gula.
    Bolehlah cuba matcha mochi dan top ten. Aiskrim Walls memang tidak mengecewakan. Cuma kena sediakan duit lebih.

    ReplyDelete
  7. Tak tau lah kenapa, air green tea Ai boleh telan tapi benda-benda lain yang berperisa green tea tekak Ai tak boleh nak terima.

    ReplyDelete
  8. Nanti leh try gak la.. hehe.. bolehla telan matcha ni.. setakat harini.. huhu

    ReplyDelete
  9. Suka juga green tea.
    Hantu green tea sudah tentulah Abang Farid. Kak Amie ikut-ikut saja sebab selalu juga Abang Farid beli minuman, ais krim, dll yang bergreen tea.

    ReplyDelete
  10. Allah..lawanya fiza gambar ni...menarik betol tgknyee..kalah aiskrim tu haaa ^_^

    ReplyDelete
  11. mochi balls dia ada ke dalam kunyahan2 tu..ke tak rasa jugak..hahahha..adeii

    ReplyDelete
  12. Sedapnya aiskrim matcha mochi.. Tapi tak ternampak pula dekat sini..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.