Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Membawang Satu Jenayah. Boleh Dihukum Penjara

Istilah Membawang dah biasa kita dengar. Semua dah sedia paham apa itu 'membawang. Ustaz Syamsul Debat cakap jangan membawang, bawang mahal. Guna istilah membangkai. Memang kenalah tu membangkai ibarat memakan daging saudara sendiri.
Surah Al-Hujurat Ayat 12

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Istilah membawang

Membawang meaning is mengumpat. Membawang in english is gossiping. Ada faham? Istilah membawang ni wujud bila makcik makcik mengumpat bila merewang majlis kenduri tu. Mendapatlah dia dengan gelaran makcik bawang.

Ringkasnya, definisi membawang adalah mengumpat. Mengumpat boleh jadi fitnah kalau tak betul. Kalau betul pula, tak baik mengaibkan orang seperti yang dijelaskan dalam surah Al Hujurat Ayat 12 di atas. Hukum membawang ada berdosa ye.

Jadi, tak perlu buat dosa membawang tu. Dalam kamus dewan edisi ke empat pun wujud dah istilah membawang membawa maksud :
[mem.ba.wang] | ممباوڠ
Definisi : ki makan bawang, marah. 
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Baru-baru ni pula ada terbaca keratan akhbar dengan tajuk headline dia 'Membawang' boleh dihukum penjara.



Ditulis semula dari keratan akhbar.
Mereka yang gemar menghabiskan masa di media sosial jangan ingat boleh sesuka hati membuat komen sehingga menjejaskan orang lain.

Tulisan-tulisan atau komen ala gosi, peras ugut, memalukan individu lain jika disabit kesalahan berisiko dipenjaran sehingga setahun, kata SKMM.

Kenyataan tersebut mendedahkan, dalam tempoh Januari sehingga Oktober lalu, sebanyak 3,772 aduan diterima berhubung jenayah buli siber.

Bagaimanapun, kebanyakan aduan tersebut berlaku di platform media sosial yang berpangkalan di luar negara.

Aduan tersebut merangkumi gangguna seksual, ancaman serta penyalahgunaan maklumat butiran peribadi bagi tujuan tidak 'menyenangkan' orang lain.

Dalam tempoh sama, sebanyak 180 kes disiasat berhubung penyalahgunaan media sosial di bawah Seksyen 233 AKM 1998, jelas kenyataan.

Sementara itu, peguam Arik Zakri Abdul Kadir berkata, orang ramai di ingatkan bertanggungjawab dengan setiap pautan dimuat naik di media sosial kerana setiap kata-kata mengaibkan dan mengancam boleh diambil tindakan mahkamah menerusi Seksyen 114A Akta keterangan 1950 dan undang-undans sivil.

Dalam undang-undang, jangan ingat pelaku akan terlepas apabila tidak menamakan mangsa di media sosial kerana secara implikasi dia masih boleh disabutkan kesalahan.

Kalau kes dibawa ke mahkamah, hakim boleh ambil bukti daripada banyak pihak dan melihat adakah kenyataan itu merujuk kepada mangsa, katanya.

Mengulas lanjut, kenyataan tersebut berkata, bagi aduan di luar bidang kuasa SKMM, siasatan dirujuk ke agensi penguatkuasaan lain termasuk polis.

Kata kenyataan itu lagi, terdapat kesm individu mencipta akaun palsu bagi menulis komen yang berniat tidak baik.

Ciri-ciri akaun palsu, guna nama lain, maklumat peribadi tidak tepat, senarai rakan sikit, tidak kisah peribadi dan lain-lain, jelas kenyataan itu.

Sekarang dah makin banyak kes sebarkan fitnah di media sosial. Cyber bullying taknak kalah juga hebatnya. Geng membawang pun ikut sekali.

Post a Comment

10 Comments

  1. Bermula dengan makcik bawang.. sekarang dah jadi cyber bawang pulak. Semoga kita dielakkan termasuk dalam golongan 'bawang'

    ReplyDelete
  2. hahaha ada rupanya istilah membawang tu...igtkan netizen yg create..

    ReplyDelete
  3. Bagus jika dah ada akta, lepas ini bawang2 rangers kena jaga-jaga mulut tu...

    ReplyDelete
  4. hmm... br baca artikel ni.. mmg betul lah cyber bully skrg mmg kes serius sampai main saman berjuta2 kan? lagipun dosa mengumpat mmg berat pun ibarat mkn daging saudara sendiri... apalah saja hukuman di dunia ni sekadar penjara je.. insof lah kakmim jgn nk membawang sgt

    ReplyDelete
  5. itu lah..dah banyak kali jugak tulis pasal ni kat blog...orang suka sebut membawang, tanpa sedar benda tu adalah mengumpat...

    ReplyDelete
  6. kita dulu or makcik2 dulu membawang just lite-lite tp membawang zaman moden ni menyeramkan, kadang hardcore lain macam tanpa fikir hati perasaan org lain

    ReplyDelete
  7. kalau laaaaaa boleh ditangkap smua makcik2 bawang ni... aman

    ReplyDelete
  8. penuhla penjara macam ni kuikui.. kerajaan kena bina banyak lagi penjara..

    ReplyDelete
  9. Kalau betul jadi mengumpat, kalau salah jadi fitnah. Baik tidak payah membawang langsung.

    ReplyDelete
  10. Artis kot yang selalu kena bawang ni, kan. Orang biasa cam kita ni, tak kot. Err, entahlah, senang citer, kalau tak boleh komen baik, diam je la, kan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.