Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Resepi 3 Jenis Cookies Viral Ala Famous Amos Guna Satu Bancuhan Je

Menarik betul resepi 3 jenis cookies viral guna satu bancuhan je. Maksudnya guna satu bancuhan bahagi 3 untuk dapatkan 3 jenis cookies ala famous amos cookies. Nampak macam mudah je untuk mencuba resepi 3 jenis cookies ni. 

Mudah dan menjimatkan masa buat sekali harung 3 jenis cookies iaitu red velvet cookies, callebaut dark choc cookies, chocolate almond cookies.

Resepi 3 Jenis Cookies Viral Ala Famous Amos Guna Satu Bancuhan Je

Resepi cookies viral ini dikongsikan oleh Puan Nadirah Mahamad dan telah dikongsikan di group Masak Apa Hari Ni. Lambat tahu pula cookies viral 2020 ni. Kalau tidak, sempat raya haritu buat cookies ala famous amos ni. 

Takpe! Boleh gunakan famous amos cookies resepi viral ni. Mana lah tahu menjadi pulak cookies kali. Terpaling nak buat red velvet cookies tu. Terpaling favourite.

Resepi 3 Jenis Cookies Viral Ala Famous Amos

Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan-bahan A hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik dan sebati.
  • 250 gram Butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar (boleh juga pakai 1 cawan je)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur (kalau gred b guna 2 biji)

Resepi 3 Jenis Cookies Viral Ala Famous Amos Guna Satu Bancuhan Je

Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.

Bahan B
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat6 sudu besar minyak

Bila dah gaul sebati bahagikan adunan menjadi 3 adunan.

ADUNAN 1 : RED VELVET COOKIES

  • Letak 2 sudu serbuk koko
  • Letak pewarna merah (letak sampai warna jadi cantik)
  • Untuk topping, boleh letak white choc chip tapi atau almond nips dgn butterscotch chip (atau boleh letak apa yang ada je)

Resepi 3 Jenis Cookies Viral Ala Famous Amos-Red Velvet

ADUNAN 2 : CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES

  • Cuma tambahkan topping dia je, callebaut dark choc coin bersama nestum

Resepi 3 Jenis Cookies Viral Ala Famous Amos-CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES

ADUNAN 3 : CHOCOLATE ALMOND COOKIES

  • Letak serbuk koko dalam 4 sudu
  • Letak topping choc chip, almond nips (tambah je apa-apa yang kau orang suka)

Resepi 3 Jenis Cookies Viral Ala Famous Amos-CHOCOLATE ALMOND COOKIES

Selepas adunan telah dibahagikan tiga dan ditambah perisa masing-masing, sejukkan ketiga tiga adunan dalam peti ais selama 1 JAM.

Selepas 1 jam, keluarkan adunan dan sedia untuk dibakar. Adunannya memang lembik sikit. Jarakkan sikit masa susun adunan di atas loyang supaya bila dibakar nanti tak melekat antara biskut.

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25 minit dengan suhu 150° api atas bawah/ ikut kepanasan suhu oven masing-masing.

kredit resepi & gambar : Puan Nadirah Mahamad

Post a Comment

13 Comments

  1. kukis yg paling senang dibuat dan yg bonusnya sedap!!! mudah je nk suh anak² gotong royong buat kukis ni

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Fizah. Senang nye nak buat biskut nie.

    ReplyDelete
  3. thank you sharing resepi ! terliur ni .. mmg kena buat ni

    ReplyDelete
  4. sy buat cookies ni mmg out... hehehe ke ada yg sudi belanja? hahaha

    ReplyDelete
  5. menariks..save dulu. tq for sharing!!!

    ReplyDelete
  6. Cookies nie nampak menyelerakan dan membuatkan orang terliur melihatnya...😆

    ReplyDelete
  7. Yeay! Dah ada resepi cookies untuk raya. Nak cuba buat nanti :)

    ReplyDelete
  8. wahhhh menariknya... kene save ni resepinya sebab tengok pun tak perlu kan banyak bahan

    ReplyDelete
  9. thanks..nnt blh try ..mcm best je .sekali buat je dpaat 3 jenis yg berlainan.

    ReplyDelete
  10. Senanglah satu adunan boleh buat 3 jenis biskut.

    ReplyDelete
  11. Whoaaa.. tapi oven takda... masuk kat air fryer... leh tak ehhh

    ReplyDelete
  12. haluuuu pulis !! ni ada orang buat biskot tapi tak shareee dengan kami..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.