Header Ads

3 Basic EO (Essential Oils) Wajib Ada Di Rumah

Sumpah penat semalam tak dapat nak menghadap blog. Blogwalking apatah lagi. Penat otak cari idea siapkan kerja kerja design banner. Satu hal lagi tak cukup tidur. Tanda suruh rehat lah tu kan. 

Dapat rehat recharge energy barulah sihat mental dan fizikal. Sambil berehat sedut manfaat Essential oils yang ada. Semalam restock Essential oils kat mak minyak. Nak membeli kat HQ tak boleh rentas negeri. Nak post macam errm.. malas nak tunggu.

Syukur mak minyak ada stok yang saya nak. Topup 3 basic EO (Essential oils) je yang wajib ada kat rumah saya untuk kegunaan harian.

3 Basic EO (Essential Oils) Wajib Ada

  • Lavender (15ml)
  • Lemon (15ml)
  • Peppermint (15ml)

3 Basic EO (Essential Oils) Wajib Ada Di Rumah

Essential Oil Peppermint

Semua orang tahu bau peppermint/pudina tu macamana, kan? Diffuse EO awal pagi masa buat kerja, memang fresh terasa. Kalau mengantuk, titiskan EO atas tapak tangan. Tekap dua tapak tangan dan gosok, kemudian tekupkan pada muka dan sedut sekali perlahan-perlahan. Segar terus biji mata!

Ubat mengantuk paling handal setakat ni selain' tidur' ubat mengantuk sebenar paling berkesan. Kah! Tapi serious lah boleh buat segar rasa. 

Membantu lah jugak untuk saya yang jenis buat kerja menghadap komputer ni. Mengantuk tu memang tak boleh elak kalau tak mengantuk sangat tak cukup tidur.

Diffuse EO peppermint, on air cond. Dia punya terasa sejuk tu tak boleh bawa bincang. Sejuk kemain, pandai eh EO ni psycho otak kita. Dah nama pun aromatheraphy. Membuatkan kita rasa dalam keadaan yang lebih baik.

Harga EO peppermint : RM131.50 (15ml)
EO peppermint flavouring : RM60.50 (5ml)

Essential Oil Lavender 

Kebiasaannya saya akan diffuse EO lavender bila waktu nak tidur. Bau EO lavender yang bersifat menenangkan memberikan tidur yang lebih berkualiti. Nak bau lagi sedap, boleh titiskan EO lemon juga campurkan bersama EO lavender.

Perghh..bau tak boleh describe. Feeling good! Bila nampak cat dinding macam berkulat putih-putih, letak EO dalam botol air, spray dan lap dinding guna kain. Ini kalau guna cat jenis boleh lap tu lah. 

Almaklumlah rumah lama, kadang dinding tu lembap dia berkulat. Tak obvious pun tapi rimas juga sakit mata tengok. Lama juga bertahan lepas lap dengan air campur EO.

Harga EO lavender : RM144 (15ml)

Essential Oil Lemon

Essential Oil lemon saya akan diffuse waktu pagi bila nak buat kerja selain peppermint. Atau rasa pening nak demam ke nak selsema ke, diffuse je EO lemon. Feel better lepas tu.

Kadang-kadang nak mop lantai, titiskan EO lemon. Bau naik lepas mop tu harum sungguh haih. Wangi tak tahu nak habaq! Bau semulajadi ni lebih best dan selamat.

Ada orang guna EO untuk campurkan dalam minuman atau buat kek dan sebagainya. So EO ni pelbagai guna dan banyak manfaatnya.

Harga EO lemon : RM67.50 (15ml)
EO lemon flavouring : RM36.50 (5ml)

Cara EO Bekerja

How quickly Essential Oils work

How to use Essential Oils

How to Use Essential Oils

Saya mula terjebak guna dengan Young Living (YL) EO ni since 2019 lagi. Nampak lah keberkesanan dan kegunaan EO YL ni. Berbaloi lah nak membeli. 

Lagi-lagi kalau jadi ahli, banyak lagi dia pun special. Dapat harga EO lebih murah dan banyak rewards. Itu yang Onz tu.

Siapa nak membeli boleh lah contact saya ye. Details ada pada banner di atas. Alang-alang guna jual sekali lah walaupun jarang promote. 

Duduk rumah lama-lama nak tenang-tenang je dengan bau-bauan aromatheraphy ni. Ada bajet boleh lah membeli. Kalau tidak, kena utamakan hal keperluan yang lagi penting macam tu. Okay?



12 comments:

  1. kakmim blom lg terjebak dgn EO ni... tp suka dgn si owl tu.. masih bertahan lg x membeli

    ReplyDelete
  2. baca entry ni terasa mcm terbau2 smpi ke sini ;-)

    ReplyDelete
  3. baca entri akk mcm terbau2 bau wangi dia. hehe

    ReplyDelete
  4. Whoaaaaa.. tak pernah try lagi... Nanti one day must try ni... sebab semua cakap wangi sangat je tu.. Hehee

    ReplyDelete
  5. sigggghhhh dah lama mengidam EO ni, tapi aduh kena siapkan bilik dulu baru boleh beli satu set!

    ReplyDelete
  6. lavender tu memang wajib ada..hehe

    ReplyDelete
  7. On ya akak pun ada guna EO YL. Memang popular lavender itu.

    ReplyDelete
  8. Kat rumah ni baru berjinak2 pakai.

    ReplyDelete
  9. Kak Amie suka aroma lemon. Menyegarkan!

    ReplyDelete
  10. Bestnyaa..fiza..yg lambakan yg jual dekat luar or shopee tu..ok ke?

    ReplyDelete
  11. tudiaa..cantikkkk poster fiza buat...baguss 👍

    pernah cuba citrus fresh? yang tu pun sedap dan menyegarkan kalo diffuse pagi2..

    ReplyDelete
  12. Suka betul bau lemon.. Wangi dan menenangkan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.