Header Ads

Latest Update
recent

Buah Mahkota Dewa

Geram betul tengok buah mahkota dewa yang lebat. Kalaulah buah mahkota dewa boleh petik dan macam gitu je, dah lama petik dan makan. Persoalannya, buah mahkota dewa boleh dimakan begitu saja tak?

Orang dulu-dulu kata buah mahkota dewa dan manfaatnya banyak untuk tujuan perubatan. Salah satunya, buah mahkota dewa untuk kencing manis. Yang tu kena kaji dulu lah ye.

Buah Merah Mahkota Dewa

Buah mahkota dewa in english dikenali dengan nama Crown fruit @God's Crown fruit. Nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dari keluarga Thymelaeaceae (Thymelaeaceae). 

Dikenali juga dengan nama Simalakama. Buah Mahkota dewa asalnya dari Indonesia dan Malaysia. 

Terkenal di Indonesia sebagai satu tanaman ubat-ubatan. Kulit dan daun buah mahkota dewa dikatakan mengandungi alkaloid dan samponin yang bersifat antibarah. 

Buah Mahkota Dewa

Menjawab persoalan di atas. Sendiri tanya sendiri jawab. 

Selepas membaca, buah mahkota dewa kering digunakan untuk perubatan dengan cara meraciknya. Jadi jawapan dia buah mahkota dewa tak boleh dimakan begitu je. Mesti diproses untuk keluarkan biji dan dikeringkan. 

Kat kampung, buah mahkota dewa ni tanam terus dalam tanah memang lebat buah dia. Sekali dia berbuah lebat betul. Tak tahu nak buat apa, terbiar jatuh gitu je. 

Dulu tanam sebab orang kata boleh buat ubat. Tapi tak pernah guna pun rasanya. Tanam je. Kot lah ada kegunaan di masa akan datang kan.

Tengok buah mahkota dewa ni nampak macam buah jambu bol pulak. Lama tak makan jambu bol. Teringin pulak. Huhu

11 comments:

  1. oh buah ni kena proses dlu..tk pernh dgr buah mahkota dewa

    ReplyDelete
  2. Betul tu Fiza. Buah mahkota dewa macam buah jambu bol. Sakit hati betul tengok buah mahkota dewa yang lebat berbuah dah masak merah begitu!

    ReplyDelete
  3. Kat rumah makcik dan rumah mak akak ada pokoknya, masa awal2 dulu geram tengok buahnya lebat merah menyala pulak tu... tp xboleh makan da

    ReplyDelete
  4. Oh, akak baru tahu tentang buah ni. Tak pernah tengok.

    ReplyDelete
  5. Ooo macam ni rupanya buah mahkota dewa ni ye 😁

    ReplyDelete
  6. kat umah mertua akak pun ada pokok ni...mak mertua ada kencing manis..

    ReplyDelete
  7. Dari jauh nampak macam epal pula. Merah menyala.
    Pengetahuan baru.

    ReplyDelete
  8. br tau buah merah mahkota dewa ni.. sedap pulak namanya

    ReplyDelete
  9. susah dh nk dpt jambu bol skrg ni.. memang teringin sgt2, di kg2 ada lah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.