Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 11 Januari 2021

Monday, January 11, 2021

11 Januari 2021 | Masing-masing ternanti-nantikan Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ni pukul 6 petang.

Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 11 Januari 2021

Adakah Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diperketatkan semula? Harapnya perutusan yang terbaik lah untuk rakyat. Keutamaan dan fokus lebih kepada COVID-19 yang sedang mengganas ni.

Nantikan siaran lansung yang diadakan serentak melalui saluran RTM, TV3, bernama TV, Astro Awani dan Facebook LIVE Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

PKP 2.0 (13 JANUARI 2021 - 26 JANUARI 2021)

RENTAS NEGERI TIDAK DIBENARKAN UNTUK SELURUH NEGERI

PKP 2.0

Pulau pinang 
Selangor 
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
WP Labuan 
Melaka 
Johor 
Sabah 
  • Rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan. 
  • Hanya 2 orang anggota isi rumah dibenarkan dalam kenderaan sama.
  • Pergerakan terhad dalam 10km radius saja bagi membeli barang keperluan 
  • 30% dibenarkan bekerja dalam pejabat (kum. pengurusan)

PKPB 

Pahang 
Perak 
Negeri sembilan 
Kedah 
Terengganu 
Kelantan 

PKPP

Perlis 
Sarawak

PERLAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKPB DAN PKPP

Pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 & 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini.

Hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing.  Jumlah pekerja yang ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.

Bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai essential services, arahan bekerja dari rumah atau work from home akan berkuatkuasa. Semua majikan mesti mematuhi arahan ini untuk mengurangkan pergerakan di dalam komuniti, terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi.

Sepanjang perlaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP, kedua duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

Siaran lansung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 11 Januari 2021



kredit info : Majlis Keselamatan Negara

10 comments

  1. hmmmmm masa penang disebut, terus mood rasa down :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood down juga masih PKPB dan seluruh Malaysia kena PKP PKPP lagi. huhu

      Delete
  2. Kita akur aje dengan peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  3. persoalan dah terjawab smlm.. walaupun sarawak pkpp tapi kuching pkpb.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjawab sudah. Marilah kita berPKP PKPB PKPP beramai ramai.huhu

      Delete
  4. Tidak sangka Melaka masuk PKP.
    Masuk dalam kumpulan ketat pengawasan. Sebelum ini dalam kumpulan Pemulihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak, saya rasa macam N9 PKP tapi masuk PKPB. takpelah, apepun kita hadap je.

      Delete
  5. Semoga dengan usaha ini, kes akan semakin berkurangan.. Tolonglah semua patuhi arah yang telah dikeluarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. Kalau masih ada berdegil tak tahu nak kata dah. huhu

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.