Header Ads

Resepi Kupang Goreng Kunyit Berlada

Rezeki dapat beli kupang lagi tapi kupang dalam pek. Yang dah siap-siap dibuang cengkerang dia. Sebenarnya kurang gemar beli kupang jenis dalam pek sebab rasa dia macam kurang sikit. Mungkin sebab keaslian rasa tu hilang bila cengkerang dia dah dibuang.

Cengkerang eh? ke kulit? Mohon pencerahan kalau ada yang tahu.

Asal ada kupang masak sambal je tahu. Tak pernah bertukar ke menu masakan lain. Husband pula katanya nak yang ada kuah-kuah sikit. Jadinya, masak kupang goreng kunyit berkuah sikit lah gitu.

Ikutkan paling resepi masak kupang simple rebuskan aje. Tapi macam dull dan boring. Tak kena dengan selera husband. Isi kupang tu masak simple simple je sudah. 

In case kalau buntu tak tahu kupang nak masak apa sedap, nah senarai menu yang boleh digunakan untuk masak kupang.

Aneka resepi masakan kupang

  • kupang rebus
  • kupang goreng cili padi
  • kupang masak berlada
  • kupang masak serai
  • kupang sambal
  • kupang masak lemak cili api
  • kupang masak singgang
  • kupang masak masam manis
  • kupang masak butter
  • kupang kering
  • kupang sweet sour
  • kupang masak kari

Resepi Kupang Goreng Kunyit Berlada

Resepi Kupang Goreng Kunyit Berlada

Bahan-bahan
Isi kupang
Cili api ikut tahap pedas masing-masing
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 bantang serai * diketuk
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Air

Cara penyediaan
Tumbuk cili api, bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup. Bawang besar separuh tumbuh, separuh potong. Nak tumbuk semua pun boleh. Nak lagi sedap, gunakan kaedah menumbuk guna lesung batu. 

Malas nak menumbuk. Boleh kisar kasar guna blend. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk @ kisar bersama dengan serai. Bila dah naik bau, kupang. Kemudian masukkan air, garam, asam keping dan daun kunyit.

Biarkan mendidih dan masak. Bila letak serai dan daun kunyit tu, aroma dia lagi sedap. Penambah selera makan.  

Resepi Kupang Goreng Kunyit Berlada

Mudah dan cepat masak kupang tumis/goreng kunyit berlada ni bila guna isi kupang yang dah siap dikopek. Senang dan cepat kerja memasak di dapur.

19 comments:

  1. wahh nampak sedap! tapi sha takmakan kupang pulak haha

    ReplyDelete
  2. boleh tahan juga menu ni. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Lama sebenarnya tidak makan kupang.
    Ok juga buat berkuah.

    ReplyDelete
  4. Kupang biasanya kitorang beli untuk masak shell out je, masakan lain tak pernah cuba lagi..tapi maybe sebab jarang makan, jadi taktau boleh masak lauk apa. Lepas ni kita try masak goreng kunyit berlada pulak..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Fiza. Tapi akak Tak reti makan kupang. 🤭

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap tu Fiza.
    Betul la tu panggil cengkerang.

    Yelah..akak pun kalau kupang memang tau rebus jelah.

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap, Fizah masak kupang goreng kunyit berlada. Lama dah akak tak makan kupang.

    ReplyDelete
  8. Jarang dapat makan kupang sebab family tak suka. Huhuhu

    ReplyDelete
  9. Sedap ni. Baru lepas makan jiran bagi. Kita buat sambal je

    ReplyDelete
  10. Jarang makan kupang.. tapi mmg senang masak kalau dah terbukak gitu..

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi ni shida masak..kupang..pun shida dan suami tak pernah lg rasanya mkn kupang..

    ReplyDelete
  12. kupang ni kalo akak, makan dekat food review aje..jarang nak beli sendiri dan masak sendiri..

    ReplyDelete
  13. Lamanya x mkn kupang... dlu masa belajar cafe kt kolej tu selalu buat kupang masak kuning... sejak tu lah pandai mkn kupang

    ReplyDelete
  14. Cantik kupang. Besar isinya ye.

    ReplyDelete
  15. atie mmg tak gemar seafood, then adik makan hari tu.. pastu malam tu terus ke emergency room..since that dah tak pernah ada dah kupangggggg makan dirumah

    ReplyDelete
  16. Kupang ini belum pernah cuba makan lagi.. Teringin juga nak rasa.. Macam menarik je bila masak macam nie..

    ReplyDelete
  17. uih sedap bennor ni ratah gitu atau makan dgn nasi panas jadi bertambah ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.