Ayam Golek Bro Resepi Mak Aku Bukan Resepi Mak Kau

Friday, January 08, 2021

Teringin nak makan ayam golek, terus teringat Ayam Golek Bro. Ayam golek tersedap di Seremban setakat ini. Siapa yang tak kenal dengan ayam golek bro kampung sentosa Seremban ni.
Resepi mak aku, bukan resepi mak kau

Harga Ayam Golek Bro

Begitulah tagline Ayam Golek Bro ni. Suka dengan rasa ayam golek bro ni sejak harga dia RM13 lagi. Tak ingat tahun bila harga tu. Sekarang ayam golek bro harga dia RM16 seekor. Tapi puas hati lah sebab sedap.

Resepi mak dia tu memang sedap lah. Terasa perapan tu sampai ke isi dalam. Aroma asap tu buat tambah sedap lagi ayam golek ni. Ini kalau bulan puasa, beratur orang membeli. Lambat memang tak merasa lah.

Menu Ayam Golek Bro

Selain ayam golek, ada menu ayam golek bro yang lain iaitu nasi ayam golek bro. Yang lain-lain tu tak tahu apakah selain ayam golek bro dan nasi ayam golek bro. Nasi ayam golek bro tak pernah cuba lagi. Teringin juga nak rasa nasi ayam dia.

Ayam Golek Bro Resepi Mak Aku Bukan Resepi Mak Kau
Sebarang pertanyaan/tempahan sila hubungi nombor dalam gambar tu

Sekarang kotak ayam golek bro dah exclusive dah. Siap ada kotak ayam golek bro sendiri. Baguslah kan untuk marketing dia. Walaupun dah dikenali, tetap kena teruskan marketing. Baru lah maju ke depan.

Biasanya kami orang akan beli seekor. Boleh makan untuk 2 kali hidangan. Tak pun buat ratah makan macam tu je pun sedap. Packaging dia bagus, dia akan alas kotak dengan plastik dan baru letak ayam golek bro tu. Tak ada lah minyak atau kotak bocor.

Dalam bungkusan ayam golek bro didatangkan sekali dengan sos dalam plastik ziplock. Sos black pepper dia sedap. Ada pedas sikit dan manis sikit. Just nice. Tapi kalau kau orang beli kenalah mintak lebih. 

Bila lupa nak minta extra sos black pepper, tak best lah nak makan sos tak cukup. Rasa ayam dia jangan cakaplah. Isi ayam tu lembut. juicy dan terasa rempah perapan tu. Tambah dengan hangus hangus luar tu dengan aroma asap. Perghhh..telan air liur kalau bulan puasa ni. 

Ayam Golek Bro Resepi Mak Aku Bukan Resepi Mak Kau

Singgah Seremban, bolehlah cuba rasa Ayam Golek Bro. Kot kena dengan selera kau orang jugak.

Lokasi Kedai Ayam Golek Bro

Alamat : lot 269, Kampung Sentosa, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi  Ayam Golek Bro 
Setiap hari : 11:00 pagi sampai 7:00 malam
Contact : 019-392 3696

8 comments

  1. betul, kadang ayam buat ratah mcm macam tu saja.. mmg sedap

    ReplyDelete
  2. kalau kat Bangi famous Ayam Golek Paksu hehe kat sana ayam golek Bro yee..
    takoddd dengan tajuk tu hahahah.. brutal..

    ReplyDelete
  3. Hari tu beli tapi perapan rempahnya tak banyak macam selalu....... Frust.....

    ReplyDelete
  4. Akak pun terliur apabila Fiza cerita. Harap dapat cuba.

    ReplyDelete
  5. Meleleh air liur baca entry ni pagi-pagi. Pandai dia pilih tagline. Memang menarik orang untuk beli. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap ayam golek dia. Akak suka. Sini ayam golek, sekor sampai RM22. Mahei bebenor.

    ReplyDelete
  7. amboi tagline dia macam cari gaduh pula..haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.