Nasi Hijau Ayam Golek

Friday, January 01, 2021

Bila tak berapa nak sihat semalam, nak memasak pun tak larat. Boleh pulak pening dan rasa badan lain macam. Rasa nak demam macam tu lah. Selagi tak teruk malas betul nak telan paracetamol. Bertahan je lah.

Husband pun keluar membeli makanan. Kedai nasi ayam favourite tutup pulak. Kedai nasi beriyani favourite pun tutup. Dah kenapa semua kedai makan nak tutup berjemaah. Semua orang cuti awal kot.

Kenapa tak guna foodpanda ke grabfood ke? Husband keluar beli barang sekali beli makanan. Alang alang nak beli barang, beli makanan sekali cerita dia.

Mujurlah ada kedai buka jual ayam golek. Husband beli lah nasi ayam. Tapi nasi ayam dia rare. Nasi hijau ayam golek.



Apa nak panggil nasi ayam ni? Nasi ayam hijau ayam golek? Nasi ayam golek? Nasi hijau ayam golek je sudah. Pandai pandai bagi nama menu kedai orang.

Nasi warna hijau dan ayam golek tu tarikan utama buat orang tertarik nak membeli. Selain tu, sos dia ada dua jenis. Satu sambal ayam golek dan satu lagi macam sambal gesek tapi kurang pedas.  

Ada sos kicap dan juga sup tak ada dalam gambar. Nak makan baru teringat nak snap. Sempat lagi tu. Portion boleh tahan banyak dengan harga RM7 sebungkus.

Dari segi rasa, kurang sikit sebab ayam dia terlalu kering tak juicy. Pulak tu dapat bahagian berdaging semua. Kurang feel menikmati ayam golek yang sepatutnya sedap.

Kalau dapat bahagian kepak mungkin boleh mengubah rasa sedap tu jadi 5 bintang. Mungkin lepas ni boleh cuba lagi dan request bahagian ayam yang kita nak. Kalau dapat lah kan...

Orang Seremban nak cuba, boleh cuba beli di Gerai Lemang Jalan Jelebu. Kalau ayam golek, saya suka ayam golek bro yang popular kat Seremban ni. 


9 comments

  1. Nampak sedap heheh btw , jika sudi. boleh join dan support segmen saya di https://ingintahu31.blogspot.com/2021/01/segment-bloglist-2021-ingintahu.html

    ReplyDelete
  2. wah rare betul, jarang orang buat nasi ayam warna hijau. harga pun boleh tahan :)

    ReplyDelete
  3. samalah kita x suka part yg berisi byk.. kalo g kepsi pun mst akn request thigh or wing... breast mmg xmo... boleh kemurungan kalo dpt breast.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Macam-macam jenis orang jual nasi ayam. Letak sambal gesek? Mesti nasi ayam ala Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  5. Banyaknya nasi dia. Berbaloi dengan harganya.

    ReplyDelete
  6. alaa, hope bangun hari ni dah ras sihat...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.