Responsive Ad Slot

Slider

Tarikh Pembayaran BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) 2021

kemaskini bpr 2021 permohonan bsh 2021 bpn 2021 tarikh bayaran bantuan prihatin nasional bantuan sara hidup 2021 semakan bsh permohonan baru bsh 2021
Bermula dari BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) , BSH (Bantuan Sara Hidup) dan terkini BPR (Bantuan Prihatin Rakyat). Semua skip ni adalah sama cuma istilah berbeza dan jumlah berbeza mengikut bajet yang dibentangkan.

Sejak tercetus zaman pandemik dan bermulanya PKP (perintah Kawalan Pergerakan), ramai yang terjejas pendapatan. Syukur kerajaan masih meneruskan bantuan berbentuk wang sehingga kini. Sudah tentulah ada yang ternanti-nantikan BPR yang dijadualkan akan dapat pada Januari 2021.

Seperti yang diumumkan PM dalam Pakej Bantuan Khas18 Januari 2021, baki Bantuan Prihatin Nasional(BPR) 2020 dijadualkan akan diberikan pada 21 Januari 2021 ni. 

Kiranya digabungkan baki BPN dengan BPR atau terus jadi BPR? Agak kecelaruan di situ.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bantuan Prihatin Rakyat telah diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia (Bajet 2021). BPR adalah inisiatif bantuan tunai bersasar yang akan memanfaatkan 8.1 juta penerima yang layak dengan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion.

Seperti yang telah diberitahu pada perenggan atas sekali, Bantuan Prihatin Rakyat sama seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Cuma perlaksanaanya telah ditambah baik dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan isi rumah dan individu bujang yang relevan selari dengan tekanan peningkatan kos sara hidup tinggi yang berlaku masa kini akibat pandemik COVID-19.

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPR) 2021 Kategori Isi Rumah dan Bujang.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada penerima yang layak (sedia ada) dan pemohon baru yang disahkan berjaya.

Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Permohonan dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) bermula 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021.

Permohonan dan kemaskini boleh dibuat dan disemak di link : https://bpr.hasil.gov.my/

  • Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus perlu membuat kemaskini 
  • Permohonan Baharu untuk pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 dan berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah

Cara Pembayaran BPR 2021 Disalurkan Kepada Penerima

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat akan disalurkan melalui akaun simpanan penerima yang layak. Iaitu penerima sedia ada yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini di mana maklumat mereka telah ada dalam simpanan pangkalan data dalam senarai nama penerima. Dan juga pemohon baru yang berjaya.

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 bagi kategori isi rumah akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan mengikut fasa pembayaran sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan yang ditetapkan. 

Tarikh Pembayaran BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) 2021
kredit : mysumber.com



Bagi kategori individu bujang (lelaki atau perempuan), pembayaran BPR akan dibuat secara one-off (sekaligus).

Tarikh Pembayaran BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) 2021

Jadual dan tarikh pembayaran terkini Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 akan diketahui tak lama lagi untuk rujukan penerima BPR 2021.

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah

RM1,200 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM1,800 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang

Jadual Pembayaran
Fasa 1 :  Januari 2021
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM4,000

RM800 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM1,200 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang

Jadual Pembayaran
Fasa 1 : Januari 2021
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 Hingga RM5,000

RM500 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM750 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang

Jadual Pembayaran
Fasa 1 : Januari 2021
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021
Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah Berusia 21 Tahun Keatas

RM350

Jadual Pembayaran
One-Off : Januari 2021
Nota: Pembayaran akan dibuat sekali gus (one-off) bermula pada tarikh yang ditetapkan.

Bayaran BPR 2021

GOLONGANJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG)RM800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – 5000 (ANAK 0-1 ORANG)RM500
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM750
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
(BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS)
RM350

Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Semalam dah boleh check i-sinar kan. Alhamdulillah buat yang lulus. Yang tak lulus, ada hikmahnya tu. Mungkin belum masanya kita menggunakan duit KWSP tu. 
8
( Hide )
  1. Semoga penerima dana bantuan dapat tercukupi kebutuhannya dengan baik.
    Salam.

    ReplyDelete
  2. Kiranya yang BPN tue dibayar sekali dgn BPR ke? Hihi akak x brp faham..

    ReplyDelete
  3. Bantuan untuk mereka yang memerlukan.
    Harap dapat meringankan beban untuk terus hidup.

    ReplyDelete
  4. Semoga membantu mereka yang benar2 memerlukan

    ReplyDelete
  5. yg dpt bantuan ni hrp gunalah dgn penuh berhikmah...situasi dunia sekrg memerlukan kita berbelanja sambil berjimat..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu